Pendedahan dari Putin tersebut membuatkan negara lain mempersoalkan keselamatan negara masing-masing kerana kemampuan Russia untuk menggodam satelit risik.
US pula yang menyokong kerajaan Ukraine mengatakan bahawa imej tersebut adalah satu penipuan dan manipulasi gambar yang dilakukan oleh pihak Russia. Namun, seorang pakar bebas dari Eropah telah mengesahkan gambar tersebut sebagai asli dan tidak dimanipulasikan dengan sebarang aplikasi pemprosesan imej. US telah menyokong teori yang dibuat oleh Kerajaan Ukraine yang menyatakan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh pelancar misil jenis BUK ‘ground-to air missile’ walaupun kesimpulan tersebut hanya dibuat selepas beberapa jam selepas kejadian tersebut. Ini menambahkan lagi persoalan bagaimana Ukraine boleh menuduh Russia sebagai dalang tanpa siasatan yang terperinci dan lebih mengelirukan lagi apabila US dan blok barat menyokong tuduhan yang dibuat oleh Ukraine tersebut.
Russia yang tidak mendapat liputan positif melalui media yang dikuasai oleh blok barat hanya membuat pendedahan tersebut 5 bulan selepas tragedi MH17 setelah kajian dan siasatan dilakukan secara menyeluruh. Putin juga apabila ditemuramah oleh wartawan dari Jerman telah menyatakan bahawa blok barat sekarang ini sedang melakukan provokasi untuk Russia mencetuskan Perang Dunia Ke-3 ataupun Perang Dingin Ke-2. Tindakan NATO pula yang meluaskan gerakan tentera di Eropah Tengah dan Timur memaksa Russia untuk memperkukuhkan sempadannya dengan mobilasi tentera. Ini adalah tindakan wajar bagi mana-mana negara apabila diancam oleh tindakan sedemikian, Putin menjelaskan.
Ramai pemerhati politik antarabangsa yang menyatakan bahawa MH17 akan menjadi ‘trigger-point’ kepada Perang Dunia Ke-3 seperti mana Perang Dunia Pertama meletus adalah akibat daripada perselisihan antara Serbia dan Austria yang akhirnya melibatkan seluruh dunia Eropah yang lain.
Pada ketika ini, Malaysia pula akan menjadi mangsa kejadian kerana perlu memilih untuk menyokong ‘kebenaran’ yang datangnya dari US dan blok barat ataupun untuk menyokong ‘kebenaran’ dari Russia. Diplomasi tahap tertinggi diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini sebelum terjebak ke dalam kancah perperangan. Siasatan dan analisis tragedi MH17 yang dilakukan oleh negara Belanda pula belum lagi mengeluarkan sebarang jawapan. Dunia masih lagi menunggu jawapan tersebut kepada siapa yang patut dipersalahkan atas kejadian itu. Dato’ Sri Najib pula menyatakan bahawa penyiasat dari Malaysia yang dapat akses ke dalam kawasan hempasan MH17 mendapat kerjasama dari pihak Russia. Ini, sekiranya tidak dijelaskan dengan baik, akan mendatangkan spekulasi kepada Washington yang Malaysia menyokong Russia, dan ini juga tidak memberikan sebarang kebaikan untuk Malaysia.
Sekiranya benar Perang Dunia Ke-3 meletus, pada waktu itu, Kerajaan pimpinan parti manakah yang rakyat akan percaya untuk memimpin dan memandu Malaysia untuk keluar dari kemelut tersebut. Rundingan demi rundingan perlu diadakan untuk mengecualikan Malaysia dari terlibat dengan kancah perang yang tidak menguntungkan negara kita. Seperti yang semua sedia maklum, Anwar Ibrahim yang sememangnya pro kepada US dan sering mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah sudah pasti akan menyokong US dan juga blok barat sekiranya perang berlaku. Dato’ Sri Najib pula yang dilihat akan mengekalkan polisi Perdana Menteri yang sebelum-sebelumnya, akan mengambil langkah untuk berkecuali dengan perperangan kuasa-kuasa besar.
Pengalaman Kerajaan Malaysia yang sedia ada juga akan membantu negara dalam memandu arah sekiranya desakan dari kuasa-kuasa besar ini datang. Adakah Pakatan Pembangkang yang lansung tidak pernah mentadbir negara lebih-lebih lagi dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa dapat menyelamatkan negara kita? Ataupun dengan memilih untuk menyokong mana-mana kuasa besar ini, Malaysia akan terlepas dari campurtangan pentadbiran pada suatu masa nanti? Pendek kata, tanpa pengalaman pentadbiran dan hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Kerajaan yang ada selama ini, rakyat Malaysia tidak akan dapat menikmati keamanan yang ada ketika ini setelah 57 tahun merdeka.
Ramai juga yang tidak mengetahui peranan kepimpinan negara yang sejak merdeka sehingga kini adalah untuk menguruskan krisis-krisis dan juga konfrontasi yang berlaku tanpa pengetahuan awam. Sedang Kerajaan Malaysia memikirkan kaedah diplomasi dan rundingan untuk mengelakkan rakyat Malaysia menerima akibat buruk dari perperangan, pihak Pembangkang pula hanya memikirkan bagaimana untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada dan meletakkan diri mereka kepada puncak kuasa. Kredit To KLXpress

No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.