Friday, 21 November 2014

Kalau Benar Indonesia Arah Karamkan Bot Nelayan! Malaysia Boleh karamkan Bot PATI!

Kalau benarlah arahan ini kenapa Malaysia tidak boleh sedemikian rupa terhadap bot PATI yang hingga sekarang sudah berjuta-juta PATI menceroboh untuk mencuri hasil negara, melacur, menjadi penjenayah, berniaga secara haram malah membuat penduduk kadang terasa terancam dengan kehadiran mereka. 

Mereka baru ada masalah 200 nelayan menceroboh kita ini berjuta PATI menceroboh pernah mereka fikirkan? Baca bawah..PPM


Pihak berkuasa Indonesia menahan sebanyak 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut semalam.

Penahanan tersebut dibuat susulan amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.

“Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu,” kata Jokowi di sini kelmarin.

Setiausaha Kabinet Republik Indonesia, Andi Widjajanto dalam wawancara dengan Reuters berkata, pihak berkuasa Indonesia perlu membanteras aktiviti tangkapan ikan secara haram demi untuk menyelamatkan negara itu yang mengalami kerugian sekitar AS$25 bilion setiap tahun.

“Presiden telah berkata bahawa sektor maritim Indonesia kini berada dalam keadaan darurat dan kita perlu mengambil satu pendekatan baru yang berani. Oleh sebab itu, Indonesia mengecam tindakan penangkapan ikan secara haram tersebut dan tindakan yang keras harus diambil.

“Kami berharap tindakan itu dapat memberikan mesej yang jelas kepada negara-negara jiran kami seperti Malaysia dan China bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan yang biasa bagi kami,” lapor Reuters.

Dalam wawancara itu juga, Andi memberitahu, sekurang-kurangnya 300 nelayan haram lagi akan ditahan dalam beberapa hari yang akan datang.

Sebagai usaha berterusan untuk membanteras tangkapan ikan secara haram itu juga, kerajaan Indonesia tegas Andi, merancang mengadakan protes secara diplomatik ke atas negara-negara yang terlibat yang dijangka membuat aduan ekoran penahanan rakyat mereka.

Kerajaan Indonesia juga bercadang melancarkan satu pasukan pengawal perairan yang baharu Disember ini yang bertujuan mencegah lanun, aktiviti tangkapan secara haram selain melindungi sempadan laut negara itu.

Sebelum ini, Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti berkata, Indonesia juga akan menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentang penangkapan ikan secara haram dengan enam duta dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Australia, China pada bulan depan. – Utusan

“Keenam-enam duta itu telah berjanji akan membantu menentang penangkapan ikan secara haram,” kata Susi. - UTUSAN

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim berkata, pihaknya akan memantau perkembangan kes itu dan sedang berhubung dengan Kementerian Luar Indonesia untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan itu.

“Sehingga kini Kedutaan Besar Malaysia sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar Indonesia mengenai dakwaan tangkapan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain berkata, seandainya terbukti 200 nelayan yang ditahan itu merupakan warganegara Malaysia, pihaknya akan menawarkan bantuan dan khidmat nasihat yang sewajarnya.-UTUSAN


5 comments:

  1. Nak lari dari masalah harga minyak naik, Malaysia dijadikan mangsa...Indon, indon.

    ReplyDelete
  2. hubungan antra dua negara harus dijaga oleh orang orang waras.

    ReplyDelete
  3. lu ni si PPM, manusia atau SETAN SIAL?!

    ReplyDelete
  4. Ini juga disyaki adalah MO licik si PENGGANAS-PENGGANAS Red Bean si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-ZIONISnya - untuk MENGALIH perhatian dari berpuluh ribu PATI Cina dari PELANCONG China yg. HILANG; serta usaha PENIPUAN disyaki utk. menambah jumlah kaum Cina di negara ini melalui pemberian Mykad milik mereka yang telah meninggal dunia – lihat di . http://sarawakia.blogspot.com/2014/11/orang-cina-tidak-tahu-bahasa-melayu.html, Orang Cina tidak tahu bahasa melayu adalah PATI? , November 19, 2014!

    Maka, sebab itu, aku syak sampai BERATUS pelatih PKLN hari tu TAK boleh Bahasa MELAYU/KEBANGSAAN lansung – yg. amat MUSTAHIL kalau rakyat Negara ini; jadi ini amat MENGANCAM KESELAMATAN/KEDAULATAN Negara Islam ini serta umatnya!

    Maka, baik KDN periksa balik kes ini yg. telah SENYAP – dan pastikan pemillik IC tersebut samada betul rakyat Malaysia! Kes ini bukan hanya pd. tanggungjawab Kem. Pendidikan! Malangnya juga sekrg.. polis nak dipastikan semua tahu bahasa INGGERIS - jadi ini juga amat bahaya kalau PATI yg. tak tahu lansung cakap Melayu serta PENYAMAQ boleh jadi polis nanti dgn. IC palsu - dan hanya perlu berbahasa Inggeris! Bahkan aku pernah telefon JPA termasuk PDRM - ada yg. tak fasih Bahasa Melayunya; heran betul aku!


    Sebab itu mereka cuba MENGALIH perhatian dgn. MO MENGHASUT umat Islam/Melayu kita utk. membenci saudara se BUMIPUTERA Islam/Melayu kita dari Indonesia, selatan Thailand dan Selatan Filipina termasuk BUMIPUTERA Melayu Sulu dsbnya serta pekerja ISLAM Bangladesh dan pelarian ISLAM Rohingya!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  5. Tengok si Jokowi ni ada buat isyarat tangan puak SETAN Barat-Zionis ”Devil Horn" – lihat symbol puak SETAN Barat-ZIONIS “Satu K’jaan Baru- New World Order/One World Govt.” ini di http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; and http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013!

    Si puak Setan ni nak MELAGAkan BUMIPUTERA Islam Malaysia-Indonesia!

    Si Jokowi-LIBERAL pro-Barat/ZIONIS ni juga akan menjadikan lebih ramai saudara se BUMIPUTERA dari Alam Melayu kita di Indonesia terutamanya Bumiputera Islam/Melayu, yang sungguh malang, akan terus menjadi KULI termasuk sbg. org. gaji-buruh-pengutip sampah (di Indonesia juga ada perkampungan "Rubbish Slum" spt. Bumiputera Filipina di Manila), serta jadi mangsa bot-karam kat Malaysia ni apabila terpaksa naik bot haram untuk pulang bercuti Hari Raya/Ramadhan dsbnya!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.