"Christian student made to wear headscarf, join Muslim prayers at Negri school, say sources" The Malaysian Insider
Tujuan laporan Polis ini dibuat adalah berikutan isi kandungan artikel tersebut mencurigakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ia jelas sekali ditulis dengan niat jahat dan berbaur hasutan.
Artikel tersebut boleh mencetuskan ketegangan agama dan melaga-lagakan kedua- dua penganut agama Islam dan Kristian di negara ini.
Artikel itu hanya memaklumkan bahawa "The Source" memberi maklumat berkenaan insiden tersebut dan artikel itu ditulis berdasarkan maklumat "The Source". Sejauh mana kredibiliti "The Source" itu boleh dipercayai.
Apakah "The Source" benar-benar wujud atau ia sekadar satu rekaan untuk memfitnah dan melemparkan tomahan.
Sehubungan itu, SEMUT Malaysia memohon agar pihak polis melakukan siasatan ke atas artikel tersebut dan juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.