Ambiga kesal dengan kerajaan Malaysia menganiayai hak kebebasan rakyat sehingga terpaksa membuat permohonan suaka di luar negara. Menurutnya:
Ambiga berkata, permohonan suaka politik oleh aktivis Ali Abdul Jalil dan penulis blog kontroversi Alvin Tan memberi imej buruk kepada negara ini.
Ini kerana, jelas beliau, dengan permohonan suaka politik itu, ia memberi gambaran bahawa Malaysia tidak dapat memberi jaminan keselamatan kepada seseorang yang memberikan pendapat mereka.
"Ia bukan persoalan tentang pilihan. Tetapi lelaki muda ini melarikan diri kerana dia takut dengan kehidupan dia.
"Dan itu menjadi asas kenapa dia mendapat suaka politik. Dan sebenarnya, suaka politik yang diberikan kepada mereka, memberi gambaran buruk kepada (negara) kita.
BENARKAH MEREKA DITINDAS
Ambiga langsung tidak mahu menyentuh kenapa mereka berdua di tangkap? Kenapa ambiga bertindak membutakan mata yang remaja ini perlu dihukum kerana melanggar undang-undang yang termaktub.
PERLUKAH ALVIN DIHALALKAN MELAKUKAN AKTIVITI PENYEBARAN LUCAH SAMA ADA DALAM BENTUK GAMBAR, VIDEO DAN PENULISAN.
MANAKALA ALI DIBERI HAK BERSUARA MENGHASUT HAPUSKAN RAJA-RAJA?
Ali Abdul Jalil Anak muda kelahiran Pulau Pinang berusia 27 tahun, telah didakwa di bawah Akta hasutan kerana kenyataannya di media maya facebooknya bahawa dia mahu UMNO dan Sultan Sultan di hapuskan dari bumi Malaysia ini...!!
Tidak jadi isu sangat kalau dia hanya menyebut UMNO. Tetapi bila Ali berani menyebut soal kedudUkan raja-raja berpelembagaan itu adalah salah.
Adakah Ambiga mahu remaja seperti menjadi contoh supaya lebih ramai bangkit sepertinya?
Alvin Tan adalah remaja kontravesi dengan halaman pornonya. Adakah Ambiga mahu kebebasan rakyat malaysia menerbitkan halaman berbogel, sex bebas atau gay sesuka hati tanpa dihalang oleh kerajaan. Dan Alvin juga menghina agama islam dianggap sebagai gurauan.
Berdasar hujah diatas,
1-Meraka tidak ditangkap kerana mengutuk kerajaan
2-Sebaliknya ditangkap dan didakwa kerana menghasut untuk manghapuskan raja berpelembagaan dan menghina agama islam.
ADAKAH AMBIGA BERPENDAPAT MEREKA DIUSIR DARI NEGARA INI?
Kenapa Ambiga tidak mendedahkan mereka diusir keluar negara? Sudah pasti Ambiga tidak akan bercakap sedemikian kerana dia sedar kedua-dua remaja ini melarikan diri dari dihukum.
Adakah Ambiga masih berpegang kepada kerajaan tidak boleh menghukum mereka kerana itu hak
asasi mereka untuk berbuat apa sahaja.
Ambiga adalah seorang peguam yang menjadi ahli DAP. dan motif penubuhan DAP adalah sebuah Kapitalis Parti yang berikrar akan menghapuskan hak-hak melayu yang termaktub demi kesesamaan kaum.
Adakah atas motif ini, Langkah yang terbaik adalah menghalang kerajaan mengambil tindakan ke atas dua remaja ini kerana ini akan membantutkan kebangkitan rakyat menentang raja, menentang perlembagaan dan meruntuhkan semangat negara islam kepada lebih pluralisme yang sanggup mengorbankan tatatusila Agama Bangsa dan negara?
PERLUKAH RAKYAT MALAYSIA MEMBENARKAN PENGHINAAN SISTEM DIRAJA DI MALAYSIA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN
Di ketika ini Ambiga dan sekutunya sedang berusaha untuk menghapuskan akta hasutan yang mana nanti sesiapa sahaja boleh menghina raja dan agama islam sesuka hati tanpa ada sebarang tindakan. Jadi apa muslihat Ambiga sebenarnya?
AMBIGA KATA ADA BANYAK LAGI UNDANG-UNDANG
Apa guna ada berjuta undang-undang kalau kesalah Alvin dan ALi ini ambiga sudah anggap tidak perlu dihukum?
Ambiga sedarkan mereka didakwa atas keasalah menghina raja dan islam. Jadi akalu undang-undang lain pun dan di dakwa atas kesalahan yang sama.
Kerana sekarang Ambiga sedang berusaha untuk mempertahankan hak mereka menjadi biadap menghina raja dan islam. Apa bezanya kalau ada undang-undang lain?
Sebenarnya bukan undang-undang tetapi apa niat sebenar Ambiga mahu membela remaja ini?
Ada berberapa persoalan lain untuk kita fikirkan, kenapa budak remaja mentah ini dapat memohon suaka dengan mudah dan siapa yang tolong?
Ini permainan licik dengan penuh muslihat, dari tangan-tangan cuba kaburkan motif sebenar penangkapan mereka dan kenapa mereka melarikan diri dan siapa yg taja mereka mendapat suaka?
Ada berberapa persoalan lain untuk kita fikirkan, kenapa budak remaja mentah ini dapat memohon suaka dengan mudah dan siapa yang tolong?
Ini permainan licik dengan penuh muslihat, dari tangan-tangan cuba kaburkan motif sebenar penangkapan mereka dan kenapa mereka melarikan diri dan siapa yg taja mereka mendapat suaka?
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.