Selama ini ramai orang kenal Rafizi kerana juara mengkritik tetapi dalam masa yang sama Rafizi langsung tidak boleh dikritik kerana lagi di kritik maka terbongkarlah tembelangnya. Selama ini Rafizi cukup pantang dengan perkataan DEFISIT apatah kalau menyentuh soal tanggungjawap Perdana Menteri. Laju dia mengkritik dengan pelbagai teori yang langsung tidak membantu.
Tetapi dalam diam Selangor adalah semakin teruk walaupun merupakan sebuah negeri paling maju di Malaysia. kalau negeri paling maju boleh defisit alamatnya cara terbaik tutup terbelang cakap ajelah defisit berimbang iyalah hendak selamatkan tengkok bunyinya.
Bajet Selangor untuk tahun 2015 secara faktanya menunjukkan nilai defisit yang tinggi sebanyak RM450 juta yang mana ia seakan-akan sudah menjadi ‘legasi’ pakatan rakyat sejak mereka mula merangka bajet negeri sejak tahun 2009 lagi.
Ini kerana, dalam Bajet Selangor 2009, ia dicatatkan mengalami defisit sebanyak RM120 juta diikuti RM194 juta (2010); RM210 juta (2011); RM167.1 juta (2012) dan RM761.4 juta pada tahun 2013.
Setiap tahun kerajaan negeri membentangkan bajet dan memberikan alasan bajet negeri adalah bajet berimbang, namun setiap tahunlah juga dalam tempoh itu kerajaan negeri mengemukakan permohonan di Mesyuarat DUN Negeri untuk kelulusan peruntukan tambahan.
Bagaimana pula dengan Bajet Selangor 2015 ini?
Apakah benar-benar tiada permohonan peruntukan tambahan sebagaimana yang diucapkan oleh Menteri Besar?
Kita agak skeptikal dalam soal ini lebih-lebih lagi dengan peruntukan pembangunan yang melibatkan 46.81 peratus iaitu RM1.13 bilion daripada keseluruhan bajet negeri tahun depan.
Inilah Rafizi langsung tidak berani hendak sentuh soal difisit Selangor.. memang dasar penipu. Cubalah anda pergi twit dekat twitternya tanya kenapaa Selangor defisit paling teruk. alamat tak lama gerenti kena ban terus.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.