Tuesday, 23 December 2014

(Video) Mahfuz Gambarkan Maruah PAS Sekadar Pengemis Kepada DAP

Sendiwara Mahfuz semakin menyerlah apabila menyamar dirinya terpaksa mengemis daripada DAP kerana UMNO. Seolah-olah PAS tidak pernah diajak bermuzakarah dalam perpaduan UMMAH.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan parti politik Melayu di negara ini terpaksa mengemis dengan bangsa lain, Mahfuz berkata kenyataan itu seperti membuka aib dan kelemahan Umno sendiri. 

Benarkah UMNO aib diri sendiri atau Mahfuz takut masyarakat islam sedar tentang aibnya PAS?

Ketika segenap lapisan masyarakat ingin melihat perpaduan islam di Malaysia. Di ketika itu usaha Harun Din dan Haron Taib berusaha mendapatkan laluan ke meja sebulat antara PAS dan UMNO. Siapakah yang bangkit menentang?

Ketika Nasharuddin Mat Isa berusaha menjalinkan perpaduan UMNO PAS dimana Mahfuz berada dan apa usahanya? Yang nampak kelibat Mahfuz antara pihak paling takut UMNO PAS bersatu. Kenapa? Kerana takutkan kepada DAP?

Butakah Mahfuz dengan apa yang berlaku dengan PAS di Selangor bangaimana DAP tidak berpuas hati bila PAS dilantik Timbalan Dipertua?

Butakah Mahfuz  dengan pelbagai tekanan DAP menidak hak-hak termaktub Islam di Malaysia dan MHfuz berpejam mata.



Apa ertinya semua ini. Adakah ini kerana Mahfuz terpaksa mengemis atau ada lain selain dari itu.

Dengan keistimewaan, bantuan dan kelebihan kepada individu seperti Mat Sabu dari DAP kerana kesetiaan tidak berbelah bahagi. adakah itu boleh dinamakan hasil mengemis atau lebih sesuai dipanggil barua?

Adakah dalam perjuangan memantabkan amanah Allah kita diwajipkan mengemis kepada bangsa anti Islam untuk mencapai matlamat islam PAS?

Jangan jadi munafik Mahfuz berpura-pura mengemis. Susah sangatkah hidup Mahfuz hingga perlu mengemis sedangkan Abangnya boleh dapat projek dari BN Kedah. kenapa tidak mengemis projek DAP?

Istilah mengemis pada Mahfuz perlu sampai tertiarap ditinjak dan dipijak DAP menentang hasrat PAS melaksakan Hudud. Adakah kita nampak Mahfuz tampil membela hak PAS laksanakan impian Hudud atau Mahfuz hanya jadi kaki dan tangan DAP? Adakah ini dinamakan menegmis atau lebih wajar dipanggil barua?

Mungkin isitilah mengemis adalah suatui yang dangkal kalau dia Mahfuz bergembira menikmati kebahagian bersama DAP.


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.