Sunday, 14 December 2014

Perkasa Tidak tahan bahang panas sampai terpaksa Serang @NajibRazak

Tahun 2014 adalah antara tahun-tahun yang paling teruk Perkasa diasak direjam dihentak dan dibuang Pakatan Rakyat. Namun pukulan semua ini tidaklah sehebat melainkan serangan dari kalangan UMNO sendiri.

Dalam Perkasa memenuhi rutin mempertahankan hak-hak termaktub bangsa agama bangsa. Tiba-tiba hari ini terpacul artikel Presiden PERKASA Datuk Ibrahim yang dikeluarkan Malaysiakini. atas nama nasihat, menasihati Perdana menteri kurangkan lawatan ke luar negara. Banyak persoalan yang tertimbul dari tindakan ini.
  • Adakah perkasa mula tidak percayakan kepimpinan DSN?Perkasa benar-benar ikhlas menasihat tanpa menghujahkan kenapa PM perlu berbuat sedemikian?
  • Adakah Perkasa mula rasa kecewa dengan sikap setengah ahli UMNO yang mendedak Perkasa di mansuh kan dan ini adalah cara mendedak UMNO yang perkasa juga boleh menjadi seteru? 
  • Apa jua strategi dan motif Perkasa. rasanya Artikel ini tidaklah menaikan imej Perkas dimata-mata orang yang tidak mempercayakan Perkasa selama ini sebaliknya lebih banyak mencipta musuh-musuh baru untuk bangkit menyerang Perkasa.
Selama Perkasa di bawah Ibrahim Ali, banyak dugaan berat ditempuhi Ibrahim Ali termasuk tidak layak lagi menjadi MP. Malah imej Ibrahim Ali jauh tercalar dengan pelbagai cemuhan hingga ada negeri yang tidak buka pintu untuk membenarkan Ibrahim Ali masuk. Itulah harga dibayar Ibrahim Ali.

Perkasa telah terjerat dengan matlamat Agama Bangsa dan Negaranya. tetapi adakah cara menyerang PM menggunakan flatform media adalah paling bijak buat Perkasa? Sedangkan Perkasa boleh rangkakan mesyuarat khas dengan PM untuk menyampaikan suara mereka?

Kalau benar-benar Perkasa hendak tunjuk dia bekerja sekurang-kurangnya tunjuklah dahulu mereka telah berjumpa dan berbincang dengan DSN secara tetutup. Itu nampak lebih ikhlas kalau Perkasa mahu menasihatkan DSN.

Tindakan Perkasa nampak jelas sangat yang kurang ikhlas dalam artikel menegur. Malah kurang bijak. Ibrahim Ali terlalu menyampai apa yang dia tidak puas hati tetapi tidak menghujahkan langsung kenapa PM bertindak sedemikian. Ini menjadi persepsi dan peluru baru yang bukan setakat membunuh PM malah membunuh Perkasa itu sendiri.


  • Bagaimana kita boleh membezakan zaman Perdana Menteri dulu dengan sekarang?
  • Kita juga kena fikirkan keadaan politik BN yang macam mana ketika DSN ambil alih?
  • Kita juga kena pertimbangkan situasi Geo politik ekonomi duni di masa kini. 
  • Malah dari sudut peranan Malaysia di pentas dunia jaih berbeza ditambah situasi dunia jauh berbeza.
  • Tahun 2014 kita ada dua tragedi MH370 dan MH17.

Tidak bolehkah artikel Ibrahim Ali mengambil kira semua perkara di atas walaupun bertujuan menegur PM?

Apa untungnya Perkasa beralih marah kalau sekadar hendak tunjuk taring kepada PM yang Perkasa juga boleh jadi seteru tetapi akhirnya Perkasa tetap akan jadi sasaran puak Libralisme untuk dihapuskan sama sekali?

Kadang-kadang kita kena fikir untuk bertindak mempertahankan sesuatu yang betul memang bukan pernah nampak bijak. Ini bermaksud samada Perkasa menyerang atau mempertahan, kedua-duanya sudah jadi tidak bijak lagi buat Perkasa.

Sekarang apa Perkasa sudah buat, dia sekadar mencari masalah baru bertambah dalam masalah ruting Perkasa. Siapa yang arahkan? dan atas sebab apa sebenarnya Perkasa lakukan?

Yang paling jelas kelakukan Perkasa akan menjadi tanda aras yang baru yang perpecahan melayu dalam kubu UMNO semakin ketara. Cumanya siapa yang mahu memulakan rancangan mencatum semula setiap keretakan selain dari masing-masing cuba merobohkan. 

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.