SWP sudah nekad untuk menyertai Pakatan Rakyat. Dengan menghantar surat permohonan resmi kepada Pakatan Rakyat, telah membuktikan desas-desus berberapa pertemuan Larry Sng dengan Anwar adalah sesuatu yang sukar dinafikan apatah timbul surat permohonan ini.
Larry Sng adalah anak kepada ahli perniagaan terkaya di Sarawak iaitu Sng Chee Hua. Merupakan GODFATHER kepada banyak aktiviti politik di Sarawak. Kebanyakan hasil kekayaannya melibatkan hasil bumi Sarawak.
Di satu masa dahulu keluarga Sng adalah tersangat kaya kerana memperolehi pelbagai keistimewaan di Sarawak termasuklah konsesi balak dan projek Empangan Bakun.
Itu di zaman Pahin Sri Haji Taib Mahmud dan sudah tentu situasinya berbeza di zaman Tan Sri Adenan Satem. Di zaman Ketua Menteri baru adalah lebih tegas memerangi pelbagai rasuah, aktiviti haram temasuk pembalakan malah membeku segala konsesi balak baru. Sudah tentu akan memberi tekanan kepada pelbagai pihak.
Ini bukan kisah baru SWP mahu menyertai PR walaupun pada masa yang sama mengakui kawan baik BN. Apatah sistuasi sekarang DAP amat memerlukan bantuan SWP dan sudah tentu menjadi peluang tebaik buat SWP untuk keluar dari kemelut parti bebas.
Dengan SWP bakal menjadi sekutu yang setia DAP, sudah tentu modus operandinya merampas sebahagian besar kerusi Pakatan Rakyat pada PRN akan datang. Di bawah adalah keputusan PRN10 2011
DAP memenangi 12 kerusi dari 15 yang DAP bertanding.
PKR memenangi 3 kerusi dari 45 kerusi PKR bertanding
PAS masih tiada kerusi dari 5 yang PAS bertanding
Manakala SWP telah bertanding atas tiket bebas
Kerusi di menangi Pakatan pada PRN 2011
- N9 Padungan Wong King Wei PR (DAP )
- N10 Pending Violet Yong Wui Wui PR (DAP )
- N11 Batu Lintang Lihat Chee How PKR
- N12 Kota Sentosa Chong Chieng Jen PR (DAP )
- N13 Batu Kawa Christina Chiew Wang See PR (DAP )
- N34 Krian Ali Anak Biju PR (PKR )
- N39 Repok Wong Hua Seh PR (DAP )
- U40 Meradong Ting Tze Fui PR (DAP )
- N45 Bukit Assek Wong Ho Leng PR (DAP )
- N46 Dudong Yap Hoi Liong PR (DAP )
- N48 Pelawan Wong Kee Woan PR (DAP )
- N59 Kidurong Chiew Chiu Sing PR (DAP )
- N63 Piasau Ling Sie Kiong PR (DAP )
- N64 Pujut Fong Pau Teck PR (DAP )
- N70 Ba'Kelalan Baru Bian PR (PKR )
Apa diketahui DAP amat berminat 5 kerusi berpotensi besar yang PKR dan bebas pernah bertanding melawan BN. 5 kerusi ini terdiri dari majoriti penduduk Dayak yang kemungkinan memberi peluang besar untuk DAP memenanginya.
Di sini menjadi faktor utama kenapa fungsi SWP adalah penting dalam membantu menjayakan hasrat DAP. Apatah SWP adalah GODFATHER dari kepercayaan kaum Dayak semasa SWP masih menjadi kawan baik BN.
Kerusi yang diidamkan DAP yang PKR/BEBAS pernah bertanding:
Mesyuarat Khas PKR yang melantik Baru Bian Secara resmi Ketua PKR |
Sesuatu yang menarik semenjak 2 tahun lepas, Chong DAP selalu menyerang Baru Bian kerana Baru Bian melantik diri sendiri sebagai ketua PKR tanpa perlu pengundian dalaman PKR.
Pada 29 November 2014, Anwar Ibrahim telah tiba di Sarawak, kerana mula sedar nasibnya bakal memasuki penjara kerana kalah kes liwat2 semakin cerah.
Malah Anwar juga sedar perang dingin antara DAP PKR di Sarawak ini telah berlarutan selama 2 tahun dan boleh menjejaskan jumlah 45 kerusi yang pernah PKR bertanding pada PRN 2011.
Jadi andai kata Anwar benar-benar masuk penjara apa nasib PKR Sarawak, jika DAP menang lebih banyak kerusi pada PRN11 yang dijangka antara 2015-2016. Ini juga boleh mengubah status Pakatan di Semenanjung.
Anwar pada 30 November 2014, telah mengadakan satu mesyuarat khas PKR Sarawak semata-mata mentabalkan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak dan sekaligus mematikan usaha DAP Sarawak untuk mencari pasal dengan manipulasi Baru Bian.
Tetapi andai kata kehadiran SWP di terima dalam Pakatan nanti sudah tentu bakal menjadi cerita baru.
Perlu diketahui situasi sekarang PKR telah telah mutamadkan dalam Pakatan Rakyat untuk bertanding dan yakin menang di 26 kerusi.
Dalam pada masa itu PKR juga membuka 25 kerusi untuk dirundingkan dan dibahagikan dalam Pakatan Rakyat. Kerana kerusi ini kawasan kubu kuat PBB dan PRS yang sukar ditembusi PKR.
Manakala DAP mempunyai congakan lain. Berhajat memilih 12 kawasan dari kedua carta di atas kerana pada pendapat DAP, PKR tidak layak bertanding di Kawasan tersebut.
Berdasar rekod PKR telah bertanding 45 kerusi pada PRN 2011 tetapi hanya memenangi 3 daripadanya. Sudah tentu ini menjadi alasan yang paling kuat DAP untuk mendesak PKR sebagai tidak layak. Kerusi yang dimaksudkan.
Berdasar rekod PKR telah bertanding 45 kerusi pada PRN 2011 tetapi hanya memenangi 3 daripadanya. Sudah tentu ini menjadi alasan yang paling kuat DAP untuk mendesak PKR sebagai tidak layak. Kerusi yang dimaksudkan.
Dengan pelantikan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak secara resmi oleh Anwar Ibrahim. Boleh menyukarkan stategi DAP untuk mempertikai hak Baru Bian pertahankan kerusi PKR yang bakal bertanding pada PRN11.
Dan andai kata SWP menjadi ahli Pakatan Secara resmi bermakna usaha DAP menjadi lebih kuat.
Pada sejarah, Larry Sgn adalah bekas ahli PRS yang sudah pasti berminat kepada semua kerusi PRS bertanding pada PRN 2011. Pemintaan itu sudah tentu akan dipernuhi DAP sekiranya SWP menjadi rakan membantu DAP dalam Pakatan.
Manakala PAS yang merupakan parti pendatang yang baru menapak di Sarawak tidak mempunyai sebarang pengaruh yang kuat kepada rakyat tempatan. Tidaklah dipandang sebagai persaingan hebat oleh DAP mahu PKR.
Walau bagaimanapun PAS tetap merayu bagaikan peminta sedekah untuk mendapat lebihan kerusi bertanding pada PRN 2011. Mungkin boleh menjadi rakan PKR menentang kehendak DAP.
Sayangnya PAS tidaklah bergitu kuat hingga boleh menjadi ancaman kepada DAP. Apatah di semenanjung PAS dan DAP berperang besar.
Sebab itu pada kesempatan kedatangan Anwar di Sarawak telah dipergunakan sebaik mungkin PAS untuk melobi Anwar membantu memenuhi hasrat PAS. Tetapi adakah ini dipersetujui PKR Sarawak?
Namun bergitu ada berberapa perkara perlu diketahui. Pada PRU13 PKR dan DAP Sarawak telah berjaya mencari dana yang besar dari luar negara. untuk kempen PRU13 tetapi sayangnya sebahagian besar dana PKR DAP Sarawak telah diambil oleh PKR dan DAP pusat.
Puncanya baik DAP atau PKR Sarawak adalah parti pendatang yang berpusat di Semenangjung. Dan sudah tentu setiap dana yang diperolehi PKR dan DAP Sarawak perlu disalurkan ke pusat dan sudah tentulah hasilnya PKR dan DAP Sarawak akan peroleh 1/4 dari dana tersebut.
Persoalan disini orang Sarawak tidak suka orang luar masuk campur politik tempatan tetapi kenapa membenar PKR DAP PAS bertapak di Sarawak?
Akhirnya apakah SWP akan diterima masuk dan bagaimana Nasib PKR sekiranya SWP dan DAP bersatu menjadi kuat. Dan andai kata misi DAP berjaya hingga PRN11. Siapa paling layak dicalonkan sebagai Ketua Menteri dari PKR atau DAP. PecahPalakMikir
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.