Saturday, 15 March 2014

PM sahkan Pesawat MAS MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Kepulauan Andaman

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

"Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya.

Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.

Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

"Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya.

Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan kapal terbang MAS MH370 atau pesawat MAS Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.

Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MAS MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran – menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan – apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat MAS MH370 tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan kapal terbang MAS MH370 tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat,” kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen mengenai kapal terbang mas.

Video Wan Izzah Benar-benar Guna Air mata Angkara bengang dipanggil DOLL

Lihatlah sendiri bagaimana air mata Wan Azizah meraih undi? Tiada cerita lain selain balok-balik cerita air mata sendiri dengan keluarganya. Bila hendak cakap soal rakyat?

#PrKKajang Video Betul2 Khairy Dilempang Jurus Buaya Bomoh


Melihat kenyataan diatas, PPM tak faham apalah yang terdesak sangat bomoh ni? Siapa sebenarnya bagi untung untuk dia melalut sedemikian rupa? Hakikatnya dia boleh cakap siapa sahaja nama menteri termasuk Obama tetapi bila masa menteri mahupun Obama menggangkatnya sebagai tokoh bomoh terulung melainkan kenyataan DrMaza ini:
Inikah gaya jurus lempang buaya dimaksudkan Bomoh.

Friday, 14 March 2014

#PrkKajang (Video) Kerana Anwar Ibrahim Menteri Pakatan Separuh Nyawa Dibelasah Menteri Barisan Nasional


PKR tidak mampu memimpin negara jika pemimpinnya hanya mempercayai anak dan isterinya, di samping mementingkan keluarga berbanding perjuangan terhadap parti dan rakyat. Itu hakikat buat orang seperti Anwar Ibrahim.

Tetapi di dalam Dewan Lain pula ceritanya apabila Menteri Pakatan separuh nyawa dibelasah kerana tidak ada standard untuk bergelar Yang Berhormat!

#MissingMH370 Video Tun Dr Mahathir Bidas Gelongan Sering Cari Salah Kerajaan Malaysia #PrayForMH370


"Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam program Siri Bicara Profesional bersama Tun Dr Mahathir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Itulah kata-kata Tun selepas melawat anggota keluarga penumpang penerbangan itu dan keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, kerana mereka juga memenuhi permintaan untuk menjaga sehingga lima orang bagi setiap keluarga.

Thursday, 13 March 2014

Twit Awek Meraung Dikendurikan dan berbogel ditiggalkan Budak Gipang Di Tepi Jalan

Aduhai apa nak cakappun tak tahulah dengan budak-budak sekarang. Sampai open macam-macam cara dan akhirnya tahu lari. Kalau betulpun balai polis kan ada tetapi ini tak nak tunjuk berani sangat dan sekarang beranilah tanggung. Sampai beribu-ribu datang tanya khabar.. ambik jangan tak ambik..


Wednesday, 12 March 2014

#MissingMH370 Kerana Bodoh Khalid Samad Tamak Makan Untung #PrayForMH370 #PrkKajang #PRKBalingian

Dalam situasi rakyat bersedih mereka ini menjadi semakin tidak matang, Hilang akal waras, malah menjadi semakin kebudak-budakan. Inilah cara imaginasi Khalid Samad yang semakin teruk rupanya.

Sampai bila Khalid samad hendak jadi buadak-buakk berhingus harap bulu dan janggut je panjang lebat serata badan tetapi akal mak aiii makin singkat.

Kalau inilah cara makan gaji wang rakyat tetapi kerja merapu hingga boleh mencetus perpaduan rakyat apakah ini namanya makan gaji buta.

Sesungguhnya situasi #PrayForMh370 menjalin perpaduan rakyat tetapi orang macam Khalid Samad ini mana boleh diam kalau tidak mengkhianat. Ini namanya bodoh dan tamak semua benda nak buat untung tapi tidak tahu tempat.


#PrayForMh370 Twit paling sayu dari seorang anak #MissingMH370


Bolehkah kita renungi sekejap perasaan mereka ini dan hentikanlah sebarang ulasan bodoh menagih RT di Twit.. menagih like di Facebook.







#MissingMH370 Keajiban Penumpang Masih Aktif Laman Jaringan Internet #PrayForMH370



Ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit anggota keluarga yang berada dalam pesawat berkenaan.

Akhbar Washington Post melaporkan sebahagian ahli keluarga kepada 239 penumpang yang menaiki pesawat itu mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.



Dalam kes lain pula, ada saudara penumpang mendakwa dapat melihat status penumpang yang masih aktif menerusi laman jaringan tempatan China digelar QQ.

Bagaimanapun, panggilan dibuat ahli keluarga tidak dijawab penumpang manakala mesej juga tidak dibalas.


ANGGOTA Tentera Udara Indonesia menaiki pesawat di sebuah lapangan terbang di Medan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat, semalam.


“Ahli keluarga turut memaklumkan mengenai akaun QQ yang masih aktif dan maklumat itu disalurkan kepada pegawai MAS di Beijing dengan harapan dapat membantu mengesan kedudukan penumpang dan pesawat itu melalui signal Sistem Pengesanan Global (GPS),” lapor akhbar berkenaan.


Selain itu, dilaporkan, seorang ahli keluarga turut meminta anggota polis China untuk datang ke rumahnya untuk ditunjukkan akaun penumpang yang masih aktif, namun pada petang Isnin, status berkenaan ditukar kepada tidak aktif. Sumber

Pakar #MissingMH370 6 Senario Trajedi Air France 447 Diteliti Kemungkinan #PrayForMH370


Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.

Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.

"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.

"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.

Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. - BERNAMA

#PrayForMH370 Buktikan Sifat Kemanusian Kita #MissingMH370 #PrkKajang #PrkBalingian

Jika:

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia bertenang, bersabar dan berdoa kepada Allah agar pesawat MH370 dapat ditemui segera.

Menurut Perdana Menteri, pencarian pesawat yang hilang itu tidak hanya memerlukan usaha melalui peralatan dan teknologi canggih, tetapi juga pertolongan Allah.

"Tawakal adalah prinsip orang Islam yang beriman, jangan kita tidak berusaha kerana berusaha itu juga adalah perintah Allah.

"Kita telah lakukannya secara besar-besaran, kita telah tambah pesawat dan kapal dengan peralatan canggih. Saya yakin lambat laun kita akan jumpa juga, tetapi persoalannya bila? Sekarang kita kena bersabar, berdoa dan insya-Allah kita akan jumpa," katanya dalam program secara langsung Assalamualaikum terbitan TV Alhijrah di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140312/dn_33/Najib-Bersabar-bertenang-dan-berdoa#ixzz2vidsd7NQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tetapi adalah kesal dengan sikap setengah golongan pembangkang yang menjadikan isu meraihkan keungan politik yang tidak bertempat.


Tuesday, 11 March 2014

#Reformasi2 Karpal Singh, 2014 Bakal Banyak Kerusi PR Tergadai #PrkKajang #PrkBalingian


Pengerusi DAP. Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas pada 21 Februari lalu mahkamah sama mendapati peguam itu bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah lima tahun lalu.

Prosiding jatuh hukum dilakukan hari ini selepas pembelaan memohon masa bagi menyediakan laporan perubatan Karpal bagi tujuan mitigasi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140311/ma_07/Karpal-didenda-RM4000#ixzz2vduR2WWW 

Nampaknya tahun ini seperti Karpal dan Anwar ada lagi yang hendak kena tergadai kerusi termasuk Tian Chua bakal datang tak lama lagi.. Malang betul tahun ni bukan!! untuk pakatan?

Tetapi puak-puak ini makin suka pulak leee yeee..

Majlis Peguam Akui Anwar Homoseksual Jadi Untuk Apa #Reformasi2

Di bawah Kenyataan Akhbar Majlis Peguam bertarikh 9 Mac 2014 berkaitan penghakiman kes liwat 2 Anwar yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat.


The Malaysian Bar is deeply troubled by the conviction and sentence to five years’ imprisonment of Dato’ Seri Anwar Ibrahim by the Court of Appeal, for what was essentially consensual sex between two adults.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim was convicted and sentenced under section 377B, read with section 377A, of the Penal Code


Terjemahannya:
"Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa."

Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.

Jadi persoalannya untuk apa kita terikut dengan Reformasi2 untuk membela aktiviti sek antara 2 orang dewasa lelaki sesama lelaki. Kalau anda seorang beragama islam anda tahu manusia jenis ini nabi tak mengaku umat tapi sekarang anda hendak angkat jadi Perdana Menteri?


Monday, 10 March 2014

#PrayForMH370 Hampir 20,000 nelayan bantu cari #MissingMH370



Hampir 20,000 nelayan laut dalam seluruh negara sudah digerakkan bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Sabtu lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 di perairan Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang akan membantu operasi berkenaan secara sukarela sambil menjalankan kerja menangkap ikan.



"Kita sudah meminta mereka untuk terus melaporkan kepada kita jika menemui objek yang luar biasa ketika di laut, supaya kita dapat menyalurkan maklumat itu kepada pasukan menyelamat," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi. BH




Ismail berkata, beliau juga sudah menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk sama-sama membantu, selain akan turut meminta pertolongan daripada Thailand dan Vietnam.

#PrayForMH370 Ini Jawapan-jawapan Terbaik Untuk Soalan Bodoh Tentang #MissingMH370

Oleh kerana banyak sangat soalan-soalan bodoh yang kedengaran dek kerana ramai sangat hendak jadi pakar mee segera, ini jawapan untuk prapembangang:



Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.

Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.

Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.

Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, "Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash."

Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, "We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane," a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.

Sementara itu, Reuters pula melaporkan, "Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID."

Perkataan "alleged", "believe", dan "presumed" yang digunakan dalam ayat-ayat di atas menunjukkan laporan itu bukanlah sesuatu yang konklusif.

Hanya orang yang buta literasi media akan menganggap laporan itu sebagai sesuatu yang muktamad.

Ada orang tuduh kerajaan sembunyikan fakta bahawa kapalterbang MH370 telah terhempas atau kemalangan. Orang ini sebenarnya hidup di zaman batu. Dalam zaman yang serba terbuka ini, perkara sedemikian tidak boleh ditutup dengan mudah. Kejadian ini bukan berlaku di dalam gua!

Sekiranya kerajaan membuat kenyataan MH370 terhempas, persoalan selanjutnya ialah "Di mana?" dan "Mana bukti MH370 terhempas?" Takkanlah kerajaan nak jawab "Di Laut China Selatan, dekat Vietnam." Itu jawapan kedai kopi!

Tragedi ini sedang diikuti secara dekat oleh industri penerbangan termasuklah Boeing, agensi keselamatan penerbangan antarabangsa, kerajaan negara-negara yang rakyatnya terbabit dalam insiden ini, media antarabangsa, industri insuran dan pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan.

Kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh dibuat seperti kenyataan Pak Malau di kedai kopi. Selagi kerajaan tidak dapat membuat rumusan yang konlusif mengenai apa yang berlaku, maka ia tidak akan membuat kenyataan sedemikian.

Sesetengahnya pula mempersoalkan "masa" yang diambil bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya kita rajin mencari maklumat di internet, kita akan tahu bahawa ini bukanlah satu proses yang mudah. Apabila Air France 447 jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua tahun untuk menemui majoriti bangkai kapalterbang dan mayat penumpang di laut dalam.

Ada pula yang memperlekehkan negara kerana tidak menghantar kapal selam untuk mencari pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang tak faham mengenai fungsi pelbagai jenis kapal selam tetapi masih mahu mengkritik sesuatu yang dia sendiri tak arif.

Ambil contoh kapalterbang. Adakah kita akan menghantar kapalterbang Airbus A380 yang terbaru dan paling canggih ke medan tempur? Walaupun mahal dan canggih, Airbus A380 bukan dibina untuk tujuan tersebut!

Inilah jadinya apabila orang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan di media sosial. Bak kata Albert Einstein: "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."

Nah, respon saya kepada sindiran itu adalah cukup mudah. Buat apa hantar kapal selam, lebih baik hantar kapal korek; sekurang-kurangnya kapal korek boleh korek pesawat di dasar laut! Sumber

#PrayForMH370 10 Tanda? #MissingMH370



PesawatMH370 Boeing 777-200milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?

Terdapat227 penumpangtermasuk153 warganegara Chinadan38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua12 anak kapalmerupakan rakyat Malaysia.

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu,19daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakanpasport curi.





2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?

PenerbanganMH370berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.

3. Di mana pesawat ini menghilang?

Pesawat ini menyeberangiLaut China Selatandan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat inidipercayai cuba berpatah balikdari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.





4. Di mana misi mencari dilakukan?

Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?

Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yangmempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula.Kali terakhir pemeriksaandilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?

Pihak MAStidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitanserangan pengganasbuat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.





Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.

7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?

PesawatAir Francedalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.

Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan ataukotak hitamberkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.





8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?

Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.

9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia,gerakan besar-besaranini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand,Singapura, Indonesia, Filipina,Australiadan Amerika Syarikat.

Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.




10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran beritaAstro Awani 501dan laman sesawangwww.astroawani.comjuga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/10-tanda-tanya-berkenaan-kehilangan-mh370-31583?cp

#PrayForMh370 Pengesahan Gambar Serpihan pintu @ Seikat Kayu


Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberitahu, objek didakwa serpihan pintu pesawat yang dikesan pasukan mencari dan menyelamat Vietnam, adalah seikat kayu yang kelihatan seperti tukun tiruan.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam dan mereka mengesahkan tiada penemuan serpihan pesawat.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140310/dn_37/Serpihan-didakwa-pintu-pesawat-adalah-seikat-kayu#ixzz2vXVTNI8P
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, 9 March 2014

Serpihan Persawat Ditemui



Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih diteruskan. Astro awani

#Reformasi2 Anak Beranak Didahulukan Yang Lain aku peduli apa-Anwar

Yang Wajip Pada Anwar Anak Beranak Didahulukan Yang Lain aku peduli apa. Inilah slogan yang sebenarnya Anwar perjuangkan dengan bertopengkan Pakatan Harapan Rakyat. Sedangkan harapannya ialah selamatkan dosa-dosa silamnya dari menjadi bukti menjatuhkan dirinya.

Cuba kita lihat bagaimana ketua Pembangkang yang langsung tak ambil tahu permasalahan rakyat. Negeri banjir dia sibok ke Washinton melancung! Negeri kering air dia kalu melacung ke Jepun, Pesawat hilang langsung dia buat tak tahu selain kalut nak bina tentera serang dan perjatuhkan Najib.

Sebab itulah isi hati Anwar hanya pentingkan dirinya melebihi keluarga dan orang lain. Tetapi bila dirinya tersangkut Azizah dan anak beranaknyalah bahan benten pertahanan terakhir dan sebab itu yang hanya layak menjadi calon PRK Kajang adalah Wan Azizah.

Ini jelas membuktikan Anwar yang tubuhkan PKR dan PKR itu hak mutlak keluarga Anwar. 


#Reformasi2 Anwar Ditegur Kawan-kawan Rapatnya Jangan Meliwat Lagi #PrayForMH370


Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya tidak 'melatah' dan menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat.

Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anuar Shaari berkata, Anwar perlu akur dengan keputusan itu dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi yang mungkin akan memburukkan keadaan.

"Anwar masih ada peluang untuk melawan kes beliau sekiranya tidak berpuas hati. Saya cuma mohon kepada beliau dan 'konco-konconya' agar tidak melakukan apa-apa provokasi yang menyusahkan rakyat.

"Tidak perlu melakukan apa-apa demonstrasi yang boleh mendatangkan keadaan huru-hara. Cukuplah insiden 1998 dulu, jangan cuba ulangi lagi. Hormatilah keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan semalam memutuskan Anwar didapati bersalah oleh atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008, sekali gus menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Ketua Umum PKR itu.

Sementara itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, penyokong PKR diminta menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat.

Serentak dengan itu, katanya, seluruh pimpinan PKR perlu mencari calon lain yang lebih berkelayakan untuk menggantikan Anwar yang sudah terpalit dengan kesalahan meliwat itu.

Katanya, tindakan sedemikian hanya dianggap sebagai 'menzalimi' Anwar jika mereka tetap meletakkan Anwar untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana beliau sudah cukup terbeban dengan keputusan mahkamah itu.

"Saya berharap semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan ini sebagaimana kami menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar.

"Dalam hal ini, kita yakin PKR mempunyai maruah, menjunjung demokrasi dan kedaulatan undang-undang serta tidak akan memaksa rakyat mengadakan demonstrasi.

"Saya juga berharap pihak berkuasa tidak teragak-agak memastikan kesejahteraan negara serta tidak menggadaikan rakyat hanya kerana seorang manusia yang sudah terpalit dengan kesalahan liwat," katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim pula berkata, Anwar diminta tidak menggunakan taktik lama dengan melemparkan tuduhan bukan-bukan kepada kerajaan bahawa keputusan mahkamah itu merupakan campur tangan daripada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, kata beliau, penyokong Anwar termasuk parti pembangkang lain diminta akur serta hormat dengan keputusan mahkamah itu dan tidak mudah melatah dengan mengadakan demonstrasi.

"Kita tahu dalam sistem kehakiman Anwar masih ada ruang untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan, namun kita harap penyokong beliau tidak terus melatah dan menghormati keputusan ini.

"Jelas di sini kita ada kebebasan kehakiman yang dijamin, oleh itu, jangan ada orang cuba mentafsirkan berlaku campur tangan politik kerajaan dalam sistem ini," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd
#hhehe maksud PPM jangan meliwat rakyat lagi ok...

#Prayformh370 Penglibatan Kerjasama Pelbagai Ajensi Antabangsa Mengkaji Teori Tompakan Minyak dan Pengganas


TUMPAHAN minyak yang dilaporkan ditemui kira-kira 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam mungkin menandakan lokasi hilangnya pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Ada teori mengatakan lokasi terakhir pesawat itu ialah di sekitar perairan di Teluk Siam, tetapi semuanya masih menjadi misteri terutama apabila laporan terbaru mengatakan dua daripada 227 penumpangnya menggunakan passport curi.

Tinjauan udara yang dilakukan oleh tentera Vietnam dikatakan telah menemui tompokan minyak sepanjang 15 ke 20 kilometer di luar pesisir pantai negara itu semalam yang menandakan itu mungkin petunjuk pertama akan misteri kehilangan pesawat yang Boeing 777-200ER yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.

Ekoran misteri kehilangan pesawat pada kira-kira pukul 1.30 pagi waktu Malaysia itu, enam negara telah bekerjasama melakukan gerakan mencari dan menyelamat. Tetapi usaha itu masih buntu kerana ketika pesawat itu hilang tidak ada panggilan atau isyarat kecemasan, tiada cuaca buruk atau petanda-petanda lain yang menyebabkan pesawat yang ketika itu berada pada keadaan paling selamat dalam penerbangan tiba-tiba hilang.

Kemungkinan kehilangan pesawat itu angkara perbuatan pengganas muncul apabila Austria dan Itali mengesahkan dua penumpang MH370 menggunakan passport warganegara mereka yang dicuri. Kedua-duanya lelaki.

“Ia sangat mengelirukan ketika ini,” kata penyiasat kemalangan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Safety Operating Systems di Washington, John Cox.

Bagaimanapun para pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, setakat ini belum ada tanda-tanda yang menunjukkan kehilangan pesawat itu berpunca daripada perbuatan pengganas.

Kata pegawai itu, ini kerana penyiasatan masih di peringkat awal dan pihak AS bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan negara-negara sekitarnya bagi mengenal pasti puncanya.

Passport Austria yang dicuri dan digunakan oleh individu misteri itu untuk menaiki penerbangan MH370 milik lelaki berusia 30 tahun yang dilaporkan hilang di Thailand pada 2012, sementara pasport Itali milik Luigi Maraldi mengatakan dokumennya itu hilang pada Ogos lalu. Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar kedua-dua negara itu.

Kehilangan pesawat di tengah lautan dan penggunaan passport curi oleh dua penumpang penerbangan itu menimbulkan kecurigaan.

Ketika pencarian melalui udara dihentikan malam tadi dan disambung seawal pagi ini, namun pencarian di laut oleh kapal-kapal yang telah ditugaskan diteruskan sepanjang malam ketika kejadian itu sudah melebihi 24 jam sejak ia terputus hubungan dengan menara kawalan.

Ketika hilang, terdapat 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam pesawat berenjin kembar dan badan lebar itu – mereka terdiri warga China 153 termasuk seorang bayi – yang merupakan kumpulan terbesar menaiki penerbangan itu.

Kini China, Vietnam, Filipina, AS dan Singapura telah menghulurkan bantuan kepada Malaysia untuk mencari pesawat yang hilang itu. AS menghantar kapal pemusnah Pinckney dari Angkatan Laut AS Ke-7 untuk membantu pencarian.

Malah Presiden Barack Obama juga telah dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika beliau sedang bercuti bersama keluarganya di Key Largo, Florida.

Tumpahan minyak yang ditemui oleh pesawat tentera Vietnam terletak di lokasi 140 kilometer di selatan pulau Tho Chu di Teluk Siam. Menurut Jabatan Marin dan Pantai Thailand, maksimum kedalaman kawasan itu kira-kira 80 meter.

Seorang pakar keselamatan AS yang juga bekas pengarah Perkhidmatan Rahsia AS, Magaw berkata, jika kehilangan pasawat itu ada kaitan dengan perbuatan pengganas, tidak mustahil mereka menggunakan laut sebagai kawasan untuk menghilangkan bukti penglibatan mereka.

Kata Magaw, kehadiran dua penumpang yang menggunakan passport curi merupakan petunjuk awal kemungkinan wujudnya penglibatan pengganas.

Di pihak imigresen Malaysia pula, mereka menggunakan kaedah biometric dengan memeriksa dokumen setiap pelancong yang keluar untuk melihat sejarah perjalanan mereka selain memeriksa cap jari dan muka melalui pengesahan pengenalan bergambar.

Pegawai-pegawai dari AS kini bekerja rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan China untuk merungkai misteri kehilangan MH370 dengan tumpuan pada pemeriksaan masuk lapangan terbang dan sama ada kasut para penumpang diimbas dengan betul untuk mengesan bahan letupan.

Penerbangan MH370 hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi dan kali terakhir pesawat itu dikesan radar ialah ketika ia berada kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Bharu.

Agensi pengumpul maklumat penerbangan yang berpangkalan di Houston, FlightAware memberitahu, ketinggian terakhir pesawat itu ialah pada paras 35,000 kaki dan terbang ke aras timur laut pada kelajuan 539 batu sejam. Kelajuan dan ketinggian itu merupakan kebiasaan untuk pasawat 777 ketika dalam keadaan cruise mode.

Kehilangan pesawat itu secara tiba-tiba kemungkinan disebabkan ia pecah ketika di udara yang disebabkan oleh kegagalan struktur badan pasawat yang antaranya berpunca daripada letupan. Tetapi kata Cox, jika pecah seperti itu pesawat akan bersepai kepada banyak bahagian kecil dan serpihan-serpihan itu akan timbul di permukaan air yang akan mewujudkan seolah-olah satu kawasan padang yang penuh dengan serpihan.

Setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai penemuan serpihan seperti itu, dan jika pesawat itu menjunam disebabkan kegagalan mekanikal atau kecuaian juru terbang serpihan-serpihan seperti itu amat kurang dan sukar untuk dikesan. Tetapi kata Cox, jika situasi itu berlaku, juru terbang, pembantu dan kru pesawat mempunyai masa untuk melakukan panggilan kecemasan.

Sumber : Bloomberg

#PRAYFORMH370 Pendedahan Ciri-ciri Pesawat #MiissingMH370 Terbaik Tetapi Langit Milik Allah

Saya kongsikan tulisan rakan FB saya, Tuan Hezry Yasin bagi mereka yg x berkesempatan menontonnya tadi :

Seperti yang saya tulis pada status tadi, saya mencadangkan untuk tonton TV3, perkongsian daripada kapten yang cukup berpengalaman, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain.

Dan daripada itu, ramai yang tak berkesempatan untuk tonton, minta saya kongsikan.

Baik ini sedikit info yang dapat saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang cetek dan apa yang mampu saya ingat. Kepada juruterbang/kapten/jurutera kapal terbang dan yang sewaktu dengannya, sila betulkan dengan hikmah sekiranya saya silap.

1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan.

Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.

4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.

5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.

7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

9. Akhir sekali, sebagai penutup, Kapten Nik menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Wallahu A'lam.

Ini apa yang dikongsikan oleh Kapten Nik Huzlan.

Sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang boleh meramal apa jua malah boleh mencipta sebaik mungkin tetapi apa yang berlaku kini adalah diluar kemampuan manusia untuk menilaikan melainkan dengan izinnya. Oleh itu adalah lebih baik kita berdoa dengan harapan segalanya berlaku dengan baik.. Wallahu Alam..