Saturday, 29 March 2014
#BedroomMove @AnwarIbrahim @WanAzizah laki binipun berebut jawatan Presiden PKR
Apabila melihat senarai pencalonan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang diumumkan sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menentang isterinya, Wan Azizah wan Ismail bagi jawatan Presiden.
Bagaimanakah mereka yang terdiri daripada anak-anak Malaysia yang terpelajar boleh redha dan menerima bahawa jawatan Presiden PKR ditandingan oleh pasangan suami-isteri paling liberal ini? Logik akal mana yang boleh merelevansikan pertarungan ini?
Bukankah lebih mudah jika Anwar sahaja yang bertanding dan menang percuma? Atau Azizah sahaja yang bertanding kerana selama ini pun Azizah menjadi Presiden, Anwar yang membuat keputusan.
Justeru pertandingan ini bukan sahaja memalukan bahkan meloyakan. Bayangkan jika ia terjadi dalam UMNO, Najib Razak menentang Rosmah Mansor. Mahu satu dunia kecoh dan heboh kononnya berantakan keluarga Perdana Menteri berebut jawatan Presiden parti.
Selain itu, anak Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah turut bertanding jawatan Naib Presiden PKR. Maka jadilah parti ini seperti Parti Kaldaian Rakyat. Anwar menggunakan PKR untuk mengkaldaikan penyokongnya sahaja.
Hanya satu kesimpulan yang dapat saya buat ialah, penyokong dan pendokong PKR ini merupakan antara manusia paling bodoh sahsiah politik dan tiada maruah diri di kalangan mereka.
Jika maruah parti dan politik mereka gadaikan untuk Anwar Ibrahim, apakah tidak mustahil mereka juga akan menggadaikan agama, bangsa dan negara.
Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.
Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.
Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.
Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.
Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru bian, Datuk Mansur Othman, Fuziah Salleh, Suresh Kumar, N Surendran Nagarajan, Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, dr Shanmugam Rangasamy, Dr Sretharam Sinnasamy, Mohd rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Nurul Izzah Anwar, Dr Xavier Jayakumar, Sam Iskandar Md Akin, dan Tian Chua.
Share this:
#PakatanRosak Bergitu Terhormatnya Intergriti Karpal Berbanding Kemaruk Kuasa @AnwarIbrahim
Wah bergitu terhormatnya bilamana Ahli politik veteran Karpal Singh hari ini mengumumkan beliau mengundur diri sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dihadapinya.
Dalam satu kenyataan di sini, Karpal Singh berkata, timbalan pengerusi parti, Tan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku Pengerusi.
"Saya tidak boleh, sehinggalah sabitan diketepikan atau denda dikurangkan di bawah RM2,000, untuk terus menjadi Pengerusi DAP.
"Dalam keadaan ini, saya dengan ini mengumumkan, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telahpun difailkan, pengunduran diri saya sebagai Pengerusi DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Tetapi inni amat berbeza dengan cara Anwar menghormati PKR sebagai parti rakyat, sebaliknya Anwar cenderung membawa PKR sebagai parti hak milik mutlak keluarganya.
Perbezaan ketara ini menunjukan Anwar terselah lebih mengutamakan bagaimana menyelesaikan masalah pribadi dengan mempergunakan parti tetapi Karpal memilih menyelesaikan terlebih dahulu masalah peribadinya tanpa mengheret parti. Tindakan seperti Karpal lah yang paling wajar dalam mengukur intergriti seorang pemimpin.
#MissingMH370 Akhirnya Lim Lip Eng Sedar kebodohannya Hendak Jadi Komander SAR #MH370
Akhirnya mamat yang fikir bijak sangat ini mengakui akan kebodohannya yang melampau. Kenapalah tak teruskan je idea-idea bodhnya tu supaya senang sikit rakyat memperbodohkan semua DAP yang terkenal dengan budaya biadap tak bertempat.
Tetapi percayalah semua ini lakonan serang tarik serang tarik dan minta maaf macam tu sahaja. Semua benda meraka mainkan adalah perkara biasa dan perdulikanlah apa perasaan keluarga tragedi MH370.
Atau sememangnya mereka dah lama tahu bagaimana MH370 hilang?
Tetapi percayalah semua ini lakonan serang tarik serang tarik dan minta maaf macam tu sahaja. Semua benda meraka mainkan adalah perkara biasa dan perdulikanlah apa perasaan keluarga tragedi MH370.
Atau sememangnya mereka dah lama tahu bagaimana MH370 hilang?
#PakatanRosak Balasan Kesetiaan Ahli PAS Kepada Lim Guan Eng Melihat Rumah Sendiri Dirobohkan Diusir
Menjadi ahli Pas yang menyokong kerajaan DAP negeri tidak memberi kelebihan kepada Abdul Najib Darus, 59, selepas rumahnya di Kebun Bunga di sini yang didiaminya sejak hampir 80 tahun lalu, bakal dirobohkan pada bila-bila masa.
Abdul Najib akan menerima notis akhir untuk mengosongkan rumahnya pada Isnin ini tanpa sebarang jaminan pampasan setimpal daripada kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurut Abdul Najib, dia kini buntu memikirkan masa depannya kerana rumah warisan arwah bapanya, Darus Din itu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Kebun Bunga.
Katanya, masalah yang dihadapinya itu berlarutan sejak 2008 selepas DAP mengambil alih kepemimpinan negeri ini meskipun sudah beberapa kali meminta pertolongan pemimpin Melayu kerajaan negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.
"Sejak menerima notis mengosongkan tanah ini pada 2009, saya tak senang duduk memikirkan nasib keluarga termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) dan cuba meminta bantuan daripada beberapa pemimpin kerajaan negeri.
"Tapi biarpun pelbagai janji dibuat namun tiada sebarang hitam putih diberi berkenaan nasib saya malah saya terpaksa berhadapan pengusiran apabila notis akhir pengosongan itu ialah pada 31 Mac ini," katanya selepas mengadakan bantahan selepas solat Jumaat di sini hari ini.
Abdul Najib pernah ditawarkan menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Itam selama tiga tahun dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 27 Oktober 2009.
Namun, dengan pendapatan yang tidak sampai RM800 sebulan, dia sukar menerima tawaran itu menyebabkannya terbatal.
Jelas Abdul Najib, dia kini hilang kepercayaan terhadap pimpinan kerajaan DAP negeri dan berharap ada pihak sudi tampil membantunya mendapatkan rumah sesuai.
"Saya bukan minta pampasan yang tinggi, cukup sekadar rumah saya yang dirobohkan diganti sebuah rumah yang selesa, bukannya menyewa seperti surat tawaran dulu.
"Kalau pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri tidak dapat bantu, siapa lagi yang boleh dijadikan tempat mengadu nasib orang Melayu di negeri ini," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140329/po_04/Rumah-ahli-Pas-Pulau-Pinang-bakal-diroboh#ixzz2xKIv27Id
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 28 March 2014
#PrayForMh370 Misteri Kenapa Satelit Amerika Gagal Kesan #MH370 #rememberingMH370
Setelah satelit Thailand mengesan 300 objek dan ahari ini satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth, semalam.
Memetik laporan sebuah media tempatan, imej satelit tersebut mungkin berkaitan dengan MH370.
Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.
Objek itu terapung di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini.
Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.
Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum.
Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.
Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.
Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini.
Persoalan yang paling pelik kenapa Tahailand negara seteruk-teruk teknologi boleh mengesan objek sejumlah 300 tetapi Amerika yang punyai super power punya teknologi satu benda pun belum jumpa?
Satu perkara lagi umum tahu yang kepulauan Diego Garcia cukup dekat dengan lokasi MH370 dikatakan terhempas tetapi sungguh menghairankan negara kaya ini hanya berminat menghantar sebuah kapal terbang berdanding negara-negara yang lain.
Jadi dimana keikhlasan Amerika sekarang kecuali CNN sedang berusaha sedaya upaya memperburukan Malaysia?
17 Tahun Usaha Kerajaan Tidak Sia-sia Menamatkan Persengketaan Bangsamoro Dengan Kerajaan Filipina
This summary is not available. Please
click here to view the post.
#PrkBaligian Peguam Pembela Penjenayah N. Surendran Mengajar Tatarakyat Kepada Orang Sarawak
Betapa hebat N. Surendran menyelar Ketua Menteri Sarawak Angkuh dan ini telah dipetik dari kenyataan peguam yang tidak kenal makan saman.
Susulan kejadian beberapa pemimpin PKR dihalang dari memasuki Sarawak, PKR semalam telah membuat satu sidang media khas untuk mengutuk tindakan tersebut.
Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam kenyataannya membidas tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak itu dan turut menyifatkan Ketua Menteri yang baru ini memang seorang yang sombong dan angkuh.
Beliau turut menyalahkan pihak Barisan Nasional di atas insiden ini sambil menuduh bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak telah mengikut telunjuk BN untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat dari membantu calonnya dalam kempen sempena PRK Dun Balingian.
“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” ujar Surendran kepada media.
Tambah Surendran lagi, seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 secara jelas telah dilanggar oleh kerajaan Sarawak dengan niat untuk menghalang aktivis politik dari memasuki negeri tersebut.
“Kerajaan Sarawak dan BN tidak tahu secara jelas Akta Imigresen dan bertindak tanpa mengambil kira undang-undang yang sah.“Ia juga melanggar Perkara 9 (2 ) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bergerak".
“Kuasa ini mesti dijalankan dalam Persekutuan Perlembagaan yang ditetapkan dalam Perkara 9 ( 3) Akta Imigresen dan Perlembagaan,” tambah pemimpin PKR itu.
Sementara itu, Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri telah mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa kerajaan negeri pimpinannya tidak mengalu-alukan kedatangan ekstremis kaum dan agama untuk pembuat kacau daripada memasuki Sarawak
Tetapi sesuatu yang N. Surendran patut sedar rakyat Sarawak tahu yang dia seorang yang tidak tahu mana baik dan mana buruk dalam mengejar cita-citanya sebagai ahli politik. Sesunguhnya akhlak N. Surendran cukup teruk dan boleh dipertikaikan kerana dengan hanya mengejar cita-cita politik dia sanggup manipulasi isu membela pemberontak dan penjenayah yang menjadi sampah masyarakat demi meraih imbuhan politik. Contohnya boleh dibaca pada pautan ini dan bila dicabar tangani tahu pula takut mati katak baca sini.
Dari itu dimana kelayakannya untuk meneraju masyarakat dan apatah lagi untuk mengajar baik dan buruk terhadap rakyat Sarawak? Sesungguhnya rakyat Sarawak sedar PKR dan Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim hanya mahukan kuasa dan setelah mendapat kuasa tanggungjawap dan kebajikan rakyat diabaikan. Jadi dimana kredibiliti PKR untuk datang mengajar rakyat Sarawak mengikut acuan budaya fitnah mereka, sehingga sanggup mengabaikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat?
Kalau rasa hendak saman, saman jelah ada orang Sarawak peduli tetapi tak perlu memutar belit fakta yang rakyat Sarawak yakini.
Thursday, 27 March 2014
Gambar2 Ceramah Anwar Bo Layan kehilangan taring di #PRKBalingian
Anwar mungkin boleh berasa megah sangat di Kajang tetapi untuk PRK Balingian bukan boleh dikatakan medan tempur yang sesuai untuk PKR. Suasana disini cukup berbeza dari Kajang.
Anwar bersusah payah menyampai ceramah yang kadang-kadang amat sukar mendapat 20 orang yang datang. Malah adakala Anwar terpaksa mundar-mandir ke serata ceruk untuk menyampai hujahnya tetapi bo layan. Jadi apa yang dah jadi dengan taring Anwar?
Bicara Saya Sedih - Tun Dr Mahathir
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.
Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.
Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.
Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01#ixzz2xAWAIb4g
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 25 March 2014
#PrayForMH370 Shahrir Abdul Samad Bancuh Kurang Ajar #RIPMH370 Tian Chua Kaw-kaw
Memang ramai terikut dasar kurang ajar Tian Chua (klik dan rujuk dipautan ini) hingga memalukan negara kita dimata dunia. Apa punya labahau akupun tak tahu..
Sunday, 23 March 2014
#PrkKajang (Video) Dendam SMM Mengganas kepada peniaga Memalukan Azizah #MoveKajang
Kerana dendam dari video boleh dilihat pada pautan ini (klik sini) SMM tak ada balas kasihan lagi untuk mana-mana orang yang menolak undi PKR adalah musuh mereka.