Saturday, 26 April 2014

#Video @AnwarIbrahim Tergamam Dimalukan Rafizi Dalam Parlimen

Apa sudah jadi Rafizi kerana kebodohan yang melampau, tersalah tembak kepala ketuanya sendiri. Akibatnya peluru makan diri sendiri. Akhirnya mahu tidak tergamam Anwar Ibrahim dibuatnya.




Alasan kenapa penerangan kebaikan dan fungsi GST menemui kegagalan

Memang susah untuk membuat sesi penerangan kebaikan GST terutama kepada pro Pakatan Rakyat kerana ada berberapa faktor yang menghalang mereka untuk memahami kenapa kita perlu laksanakan GST.





Friday, 25 April 2014

Awas @ahmadmaslan Propaganda Hantu-hantu Blue Wave Army

Nampaknya Pecacai Pakatan Rakyat sudah mula ambil kesempatan atas pengumuman penubuhan Blue Wave Army. Ini menyebabkan mula wujud fanpages Fb dan Group Fb yang menggunakan nama Blue Wave Army.

Masalahnya admin dalam page dan group ini menimbulkan kesangsian dengan gaya bahasa, cara penulisan yang serba serbi pakai main tibai je. Kalau benar ini dibawah Ahmad Maslan kenapa bergitu berani berbahasa dan membuat posting yang boleh makan diri. Malah mereka cuba membuat posting yang boleh menimbulkan huru-hara rakyat pertikaikan peranan dan ketulusan PDRM.


Thursday, 24 April 2014

1 Saat @AnwarIbrahim Mampu Selesaikan #KrisisAir #Selangor ?

Semua orang tahu yang krisis air Selangor telah diramalkan semenjak awal pemerintahan PKR di Selangor pada 2008.

Apa yang kita lihat Anwar sebagai penasihat Ekonomi adalah manusia yang paling keras kepala menafikan krisis ini. Tetapi mereka lupa yang cuaca dunia bukanlah dapat diramal dengan tepat. Sebab itu Anwar dan Khalid Ibrahim terjebak sebagai pembawa bala besar kepada rakyat Selangor. Untungnya tidak ada Reformasi Air Selangor. Sebab orang-orang atas pagar atau pro kerajaan bukanlah jenis hentam sabrono macam pengikut taksud Pakatan Rakyat.



Isu ini sepatutnya tidak akan berlaku jika Anwar peka akan permasalahan rakyat dan ambil berat dengan mengalisis masa depan rakyat dari jangka pendek hingga jangka panjang. Tetapi kuasa yang mereka ada, disalahgunakan dengan mempolitikan semua ini demi keuntungan dirinya sahaja. Itulah yang berlaku termasuk menempatkan kaum keluarga sebagai peneraju utama PKR dan hasilnya tanggungjawap kepada rakyat tetap diabaikan.

Sepatutnya Anwar wajip bertanggungjawap sepenuhnya dengan situasi ini tetapi ini tidak berlaku. Anwar berpura-pura tidak perasan prihal ini sebaliknya menumpukan reformasi 2.0 untuk selamatkan dirinya dari mengimnap di salah sebuah penjara di negara ini. malah jika ini berlaku kepada Datuk Seri Najib maka adalah suara-suara sumbang desak letak jawatan. Tetapi bila kena kemuka Anwar Ibrahim mana muka-muka tersebut?

Jika Anwar mampu selesaikan tragedi MH370 dalam masa 1 saat, kenapa tidak mampu melakukan perkara yang sama terhadap krisis air Selangor? Atau seperti kelaziman kehidupan Anwar, semuanya hanyalah berdrama demi periuk nasinya semata-mata.


Anwar Hendak Bantai Fadillah Yusof Tetapi Terkena Muka Sendiri


Apalah nasib malang Anwar Ibrahim hendak tembak orang tetapi tertembak muka sendiri. Apalah yang bagang sangat sampai tidak sedar situasi kawasan sendiri. Bukan setakat tidak tahu malah tidak pernah ambil tahupun. PPM malas nak mengarang tapi cukup dengan penulisan Tun Faisal.




Apa Anwar kata?

Terus je kata Jalan Persekutuan ha ha ha. Ini bukan sekadar kes jarang turun kawasan, tapi ini kes BUKA MULUT JE MENIPU... Lim Guan Eng tak nak kata ini jalan persekutuan juga ke? Atau Guan Eng nak mengaku yang dia tak buat kerja dan PR gagal urus tadbir Pulau Pinang dengan baik?

Kalau dah jenis dan keturunan penipu, memang penipu juga lah. Kantoi BIG TIME! Inikah jenis pemimpin PKR dan PR? Sampai bila macai nak sedar... ha ha ha..








Dipetik dari blog Cucu Tok Selampit

@anwaribrahim Berbohong Lagi Berkenaan Jalan Permatang Pauh, @PetraJayaMP Membogelkan Pembohongan Beliau



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kantoi berbohong sekali lagi. Ye lah kalau tidak berbohong bukan Anwar Ibrahim namanya. Berdasarkan soalan yang ditanya oleh pemegang akaun laman sosial Twitter @Gguzmen, beliau meminta penjelasan daripada Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kenapakah jalan di kawasan berkenaan amat teruk terutama dari simpang lebuhraya Kulim sehinggalah sampai ke Bukit Mertajam. CTS yang kebetulan membuat audit di sini mengakui kebenaran fakta berkenaan.


Anwar Ibrahim tanpa malu dan segan telah menjawab kononnya jalan berkenaan adalah jalan persekutuan. Lebih meyakinkan beliau menyatakan bahawa beliau telah merujuk kepada Kementerian yang berkenaan. Tidak berpuas hati, pemilik akaun @Gguzman telah mendapatkan jawapan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. Datuk Fadilah menjawab bahawa jalan berkenaan adalah jalan P7, iaitu jalan di bawah seliaan Kerajaan DAPPulau Pinang.


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/anwaribrahim-berbohong-lagi-berkenaan.html#LYTMEsfOJTcvwOlI.99

#Video @AnwarIbrahim Terdiam Dibantai Dr.Maza #HadithPalsu

Berdasar kenyataan Anwar Ibrahim yang dusah tidak tahu akan dosa besar mengubahkan hadis demi politik peribadinya. Ini adalah kenyataan penuh Dr. Maza dari facebooknya. Manakala video yang Anwar lafazkan sedemikian rupa anda boleh rujuk di pautan ini




Saya tindak pasti sejauh mana ketepatan laporan akhbar rasmi Parti Keadilan ini. Jika benar ia merupakan satu tokok tambah kepada hadis Nabi s.a.w. Walaupun hadis Nabi s.a.w tentang bangun ketika jenazah yahudi lalu itu sahih namun tiada tambahan 'tunduk dan diam' dalam mana-mana riwayat. Jika tidak, pasti para sarjana tiada khilaf tentang 'illah (punca hakiki) bangun tersebut. Adalah dilarang menokok tambah hadis yang memberikan implikasi makna lain dari maksud asal sesebuah riwayat.

Semua pihak kena berhati-hati berkaitan hadis. Sebelum ini kita ada ulama muda sebuah parti yang sering meletakkan hadis luar dari konteks untuk maksud politik mereka. Sehingga menyatakan harga naik ketetapan Tuhan untuk menjustifikasikan keadaan politik yang ada tapi tidak pula mahu menyatakan air tiada itu ketetapan Tuhan kerana itu tidak menguntungkan politik mereka. Ada penceramah yang membawa hadis palsu dalam menarik pendengar. Jangan pula ada yang menokok tambah hadis untuk menjustifikasikan tindakan politik tertentu.
Jenazah bukan muslim dihormati dengan cara yang Islam ajar kita, tidak memerlukan 'penambahan sendirian berhad' ke atas riwayat yang sahih. Pihak berkenaan hendaklah menarik balik penambahan tersebut.


Wednesday, 23 April 2014

#Video Bala besar Bakal Menimpa Selangor dalam Tempoh 28 hari @AnwarIbrahim

Dalam tempoh 28 hari lagi rakyat selangor akan kenal bertapa tingginya langit itu. Dan pada masa itu mereka akan kenal kebenarannya. Selama ini telah acap kali mereka diperingatkan akan bala yang akan datang ini tetapi mereka engkar kerana kepentingan politik kotor.

Sekarang air sudah dicatu dan dalam tempoh 28 hari empangan bakal kering kontang tetapi sayang tiada reformasi air melaainkan reformasi selamat kepala hawaq Anwar Ibrahim. Masalah Anwar lebih besar dari masalah rakyat Selangor bukan?







Tuesday, 22 April 2014

Video @AnwarIbrahim Memfitnah Rasulullah SAW Demi halalkan Perbuatan Haram Bersama #KarpalSingh

Sudah bersiap sediakah Anwar Ibrahim menuju ke neraka? Kerana sanggup menyebar hadith palsu semata-mata untuk menghalalkan perbuatan haramnya kepada Karpal Singh? Video ini cukup membuktikan Anwar semakin menyimpan dan untuk mengetahui lebih lanjut hujah-hujah dan hadith sahih sila baca pautan ini




Amaran Tegas Henti Siasatan PDRM kepada N.Surendran mengatasi Kuasa Yang di-Pertuan Agung

Sikap N.Surendran sememangnya semakin melampau-lampau sehingga mempertikai makna Polis Diraja Malaysia dengan menganggap PDRM hanyalah badan suruhnya.

N Surendran berkata laporan polis yang dibuat NGO Pro-Umno tidak mengubah pendiriannya mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman negara terhadap kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walau berjuta-juta laporan polis dibuat, saya tetap dengan pendirian saya dan kita ada hak untuk kritik mahkamah dan saya akan secara lantang kritik seperti yang saya lakukan ini.

“Mereka jahil dan tidak faham bahawa kita ada hak untuk mengkritik kehakiman,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.




Malah dia memberi amaran kepada PDRM jangan jalankan siasatan terhadapnya. Siapa sebenarnya mamat jahanam ni? Bila masa Kuasa N.Surendran Lebih Tinggi Dari Yang di-Pertuan Agung Sampai sanggup Beri Amaran PDRM.


Demi #KarpalSingh Anwar Sanggup Fitnah Cara Rasulullah S.A.W Hormati Jenazah Kafir

Anwar sudah keterlaluan kerana politik sanggup memfitnah Rasulullah, lihat kenyataan KeadilanRakyat

Anwar memberikan contoh bahawa Rasulullah turut bangun, tunduk dan diam ketika lalu jenazah Yahudi.

"Rasulullah SAW sedang bicara bersama sahabat. Aada jenazah yahudi yang semasa hayatnya memusuhi Islam, baling najis kepada Nabi. maki hamun.

"Kemudian bila jenazah (Yahudi tersebut) dibawa depan Rasulullah, Baginda bangun, tunduk dan berhenti bercakap.

"Sahabat mempersoal tindakan Rasulullah SAW. Baginda menyatakan, bukankah dia (Yahudi tersebut) suatu nyawa, seorang manusia?, kat Anwar dihadapan kira-kira 2,000 hadirin ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai malam tadi.

"Orang Islam dilatih sebegitu, orang (bukan Islam tengok Islam hebat, ciri kemanusiaannya tinggi. Umno tiada modal, mempersoalkan kenapa hormat dia (mendiang Karpal).


Berdasar hadis yang diriwayatkan yang Anwar Ibrahim cuba spin sebenarnya.

 “suatu hari baginda bersama sahabat ra sedang duduk di suatu kawasan,lalu mereka melihat sekumpulan orang bukan islam membawa jenazah dikalangan mereka..Sejurus selepas itu baginda saw berdiri untuk memberi penghormatan kepada jenazah itu..Jadi sahabat bertanya kenapa baginda berdiri sedangkan jenazah itu adalah jenazah org kafir..maka baginda menjawap adakah salah untuk baginda berdiri untuk memberi penghormatan sedangkan jenazah itu juga adalah hamba yang dicipta oleh allah swt..”




Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut:

Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.
Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

- Hadis ini menunjukkan digalakkan berdiri apabila ada jenazah melintasi kita, samada jenazah itu Muslim ataupun kafir. Cuma ada pendapat ulama yang mengatakan ia mansukh.

- Illah berdiri ketika jenazah bukan Islam melintasi, ialah seperti berikut:

a) kerana ia satu jiwa yang diciptakan Allah (sebagaimana di dalam hadis di atas)

b) kerana merasai kegerunan terhadap kematian. Dalilnya: Jabir bin Abdillah melaporkan: Kami dilintasi oleh satu jenazah, lalu Rasulullah SAW berdiri, dan kami berdiri bersamanya. Aku berkata: “Wahai Rasulallah, Ia hanyalah jenazah Yahudi”. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya bagi kematian itu ada kegerunan. Maka apabila kamu melihat jenazah, berdirilah”. Direkod oleh Ahmad (no: 1992) Dinilai Sahih oleh Ibn Hibban (no: 3050)

c) Menghormati Malaikat. Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: “Itu jenazah Yahudi”. Baginda bersabda: “Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat”. Direkod oleh Nasai (no: 1929).

Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: “Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?” Jawab baginda: “Ya, berdirilah. Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh”. Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).

Wallahu A’lam.


Monday, 21 April 2014

Khalid Ibrahim Kempen Rumah Mampu Sewa sebab rakyat Selangor Tak layak beli Rumah




Itulah kalau manusia pandai berjanji ikut sedap mulut demi meraih undi. Tetapi bila sudah dapat kuasa janji dimungkiri tetapi tak apa tak salahpun sebab tak ada pecacai PR nak mengamuk di jalan raya.

Menurut Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengakui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mampu untuk menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

Kenyataan itu ternyata bertentangan dengan manifesto pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 yang menyasarkan semua rakyat di negeri ini akan memiliki rumah sendiri.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tidak mampu memenuhinya. Tetapi kenapa semasa berjanji tidak pernah terfikir soal ini? Sekarang dari air kena catu, sampah bersepah-sepah sampai naik menyampah sehinggalah sana-sini anak syarikat negeri bankrap. Sekarang janji-janji manifestopun dah bankrap. memang jenis PKr haram sepatah ayat tidak boleh dipercayai.






Ops Inilah bukti punca @AnwarIbrahim takut Hudud Dilaksanakan

Sebagai seorang muslim kenapa Anwar bergitu takut jika Hudud dilaksanakan?



Walhal PAS baru meminta kerjasama PKR dan Anwar untuk mendengar hujah PAS di parlimen berkenaan hudud. Tetapi bukan setakat membenarkan PAS bentangkan malah untuk berusaha bersetuju meneliti terlebih dahulu apa yang cuba dibawa PAS pun tidak mahu.

Sepatut sebagai seorang muslim, Anwar wajar memberi peluang kepada PAS dahulu. Ini tidak belum apa-apa Anwar terus mengwar-warkan kebimbangan bangsa lain walhal dia seorang muslim, epatutnya peka apa tuntutan islam. Jika Anwar terus menolak mentah-mentah tanpa rundingan apa maknanya?

Atau apa yang berlaku di Brunei iaitu Sultannya menyatakan hukuman mati kepada peliwat menjaadi trauma buat Anwar? Kalaulah Anwar tidak melakukannya kenapa mesti takut sangat? sekurang-kurang berilah peluang PAS bentangkan..

#KrisisAir Orang #Selangor Layak Memilih Catuan @ Lombong @ Hujan @ Air Arak @KhalidIbrahim



Memangdangkan krisis air Selangor semakin parah. Rakyat Selangor bolehlah menilaikan semula air apa yang paling sesuai mereka gunakan memandangkan kalau diikutkan Menetri besarnya pernah mengwar-warkan menggunakan 17 air lombong sebagai alternatif mengganti kemelut krisis air. Air lombong yang keruh sama dengan muka Khalid Ibrahim kau orang nak isi perut?

Atau pun mengikut saranan Exco Kerajaan Negeri Selangor menyeru rakyat guna sahaja air hujan. Ish-ish air hujan era sekarang bukannya sama dengan era 60an. Apatah kawasan Selangor yang penuh dengan kilang-kilang industri. Nampaknya Asid menjadi sebahabian isi perut ke? Zalimnya Exco ini.

Atau memandangkan kilang arak mendapat hak istimewa bebas dari catuan air Selangor, bermakna rakyat Selangor juga boleh mengambil alternatif penggunaan airnya. Ohh tidak tetapi kilang itu mendapat hak istimewa sedemikian. Itulah kot yang Khalid Sukakan sangat.


Sunday, 20 April 2014

ANALISIS : 3 TEMBELANG BESAR KES SODOMI ANWAR DIDEDAHKAN !

Sebelum ini MiM telah menulis beberapa artikel tentang kes sodomi Anwar dari sudut analisis perubatan KLIK SINI

Sekarang sudah ada dokumen penuh Mahkamah Rayuan kes Sodomi Anwar Ibrahim telah dikeluarkan on-line. Anda boleh baca di sini : KLIK SINI



Masaalahnya ialah dokumen tersebut mengandungi 85 muka surat, 169 perenggan dan berbahasa Inggeris. MiM percaya ramai yang tidak faham dan lebih gemar mendengar sahaja atau membaca daripada akhbar-akhbar dan portal-portal berita.

Jika portal itu pro-pembangkang, sudah tentu banyak penemuan dan hujah-hujah tidak akan dilaporkan walau pun ianya bernas yang bersandarkan bukti-bukti.

Ada laporan pro-pembangkang yang bercampur aduk dengan perkara lain untuk menunjukkan kononnya Mahkamah Rayuan berat sebelah dan sebagainya, satu taktik kotor portal berita pro-pembangkang yang kita sudah tahu.

Kerana itu juga, tidak ramai orang tahu bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya telah disahkan terlibat di dalam aktiviti homoseksual semasa kes Sodomi beliau sebelum ini.

Dokumen Mahkamah Rayuan ini sekaligus telah menjawab segala pembohongan jahat jijik dan putar belit kepimpinan pembangkang tentang kes sodomi Anwar Ibrahim yang mereka tabur di dalam ceramah-ceramah mereka dan portal-portal pro-pembangkang.

Manakala hujah-hujah hakim-hakim Mahkamah Rayuan bukan semudah kelentong pemimpin-pemimpin pembangkang semasa berceramah tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta konkrit, hujah-hujah mahkamah dan bahan rujukan yang sah.

Di antaranya ialah semasa Mahkamah Rayuan memberi hujah tentang DNA Anwar Ibrahim :

[96] Dr. B.R. Sharma in his book ‘Forensic Science In Criminal Investigation & Trials’ 4th Edition at page 1118 states as follows:

6. The quantities of the DNA required for analysis are extremely small, in micrograms. In recent times the requirements have become even less, due to amplification of material clues through cell regeneration, technology – Polymerase Chain Reaction (PCR).

7. An important advantage of DNA profiling is that the contamination of evidentiary clues by similar biomaterial may increase the difficulties but do not prevent the identification significantly.

[97] In the same vein, Jane Moira Taupin in ‘Introduction to Forensic DNA Evidence For Criminal Justice Professionals’, CRC Press states at page 18 that

“The polymerase chain reaction (PCR) was a boon for forensic science, as it enables the analysis of minute quantities of blood and semen and is effective for degraded samples such as those commonly encountered at crime scenes. PCR is essentially a molecular photocopier that can amplify very small samples and allow them to be detected and analysed.”.[98] In States & Others v Jyotish Prasad & Others LNIND 2009 DEL 799, the High Court of Delhi held that :

“While, as a hypothesis, it may be stated that a vaginal swab kept in an unrefrigerated condition would be subject to degradation, but that has to be established as a fact. In the present case, the DNA analysis report does not indicate that the vaginal swab Exhibit-PW-14 obtained from the deceased had deteriorated to such a condition or, at all, which did not permit them to do DNA profiling in respect thereof. Begitu juga rujukan artikel buku Smith & Cook yang menyatakan :

‘spermatozoa may remain in the posterior fornix as long as 17 days, and may survive a menstrual period.’Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang benar-benar faham terminologi perubatan dan maksud-maksudnya?

Kerana itu, kepimpinan pembangkang mengeksploitasikan ketidakmahiran rakyat ini untuk kepentingan mereka bukannya untuk menyatakan kebenaran.

Lebih menjadi masaalah ialah apabila rakyat mendapatkan info kes Anwar Ibrahim daripada portal-portal pro-pembangkang. Sudah tentu mahkamh yang akan disalahkan tanpa mereka melaporkan sepenuhnya tentang kes sodomi Anwar.

Lebih parah lagi ialah apabila ada rakyat bukannya mahu ingin tahu dan menilai sendiri keputusan Mahkamah Rayuan.

And believe me, tidak ada satu pun media pembangkang yang menyiarkan alamat on-line keputusan Mahkamah Rayuan itu iaitu http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf !

Sebabnya satu sahaja iaitu mereka tidak mahu rakyat tahu perkara yang sebenarnya dan rakyat boleh terus diperkudakan oleh Pakatan Pembangkang. Itu sahaja.

Di antara pembohongan kepimpinan pembangkang :

1. Mahkamah 'tali barut' kerajaan jahat kerana tidak memanggil saksi alibi Anwar Ibrahim

Jawapannya :

a. Pembohongan kepimpinan pembangkang kerap dimainkan di dalam ceramah-ceramah mereka. Realitinya, Anwar Ibrahim sendiri yang tidak memanggil alibi saksi untuk mempertahan diri beliau. Dan di antara saksi beliau ialah Wan Azizah.

b. Kita tentu hairan kenapa Anwar Ibrahim tidak menggunakan Wan Azizah untuk menafikan kes beliau. Apakah Anwar Ibrahim takut Wan Azizah akan tersasul tersilap skrip di dalam kandang saksi apabila disoal oleh peguam Saiful?

c. Apakah Anwar Ibrahim takut lebih banyak lagi cerita laki bini didedahkan?

d. MiM percaya peguam Saiful akan menggunapakai taktik peguam Anwar yang sebelum ini mengasak serta mendedahkan pelbagai perkara tentang saksi-saksi Saiful untuk menjatuhkan kredibiliti saksi supaya tidak diterima oleh mahkamah.

e. Keputusan Mahkamah Rayuan :

Alibi
[109] As we have noted earlier, the respondent’s line of defence was an alibi of which he had given notice before the commencement of the trial.
But at the trial, it appears that this defence was never pursued for reasons best known him.
It is pertinent to note that an alibi represents a complete defence to exculpate the respondent from the offence charged.
[110] It was submitted before us by the DPP that thefailure of the respondent to proceed to call any witnesses to support his defence of alibi raises questions on the bona fides of his defence.
Generally, we agree with the submissions of learned counsel for the respondent that no adverse inference can be drawn against an accused person in a criminal trial. 2. Pihak polis tukar sampel bukti

Jawapannya :

a. Pembohongan kepimpinan pembangkang ini turut ditaburkan di dalam ceramah-ceramah mereka.

b. Realitinya, Professor David Lawrence Wells (DW2) yang dipanggil oleh Anwar Ibrahim sendiri mengaku tidak dapat mengesahkan sampel bukti itu telah diusik.

[122] It is crystal clear that the learned trial judge was simply overwhelmed by the evidence of these two expert witnesses called by the defence.
We find that His Lordship had overlooked the testimony of DW2 under cross examination regarding the issue of tampering of the containers where DW2 admitted that he could not say that there had been tampering of the containers (see page 2234 appeal record). In cross examination, DW2 answered as follows:
S: Would you say that the containers were tampered?
J: No, I can’t. All I was saying yesterday is that this is the container that if any tampering occurred, it would be evident to others....c. Realitinya juga, bahan bukti swab dalam kontainer tidak pernah diusik oleh mana-mana pihak termasuk pihak polis seperti yang dibohongi oleh Pakatan Pembangkang :

[22] On 30.6.2008, at about 9 am, PW25 cut the bottom of exhibit P27 and put each container containing the swabs into individual envelopes which he marked as ‘B’, ‘B1’ to ‘B10’.
On the same day at about 7.55 pm, PW25 handed over the envelopes together with a handing over form ‘Pol.31’ (exhibit P24) to the chemist Dr Seah (PW5) who acknowledged receipt through exhibit P30.
In her testimony, PW5 confirmed that she found no evidence of any tampering to the seals on the various individual containers which contained the swabs.
According to her, had she found any evidence of tampering she would have stated it in her report.3. Anwar telah dizalimi oleh Mahkamah Rayuan.

a. Dakwaan ini merupakan satu lagi pembohongan jijik Pakatan Pembangkang.

b. Realitinya, pihak mahkamah telah memberi sepenuh ruang untuk Anwar Ibrahim mempertahankan diri beliau.
c. Kerenah peguam-peguam Anwar yang menangguh kes lebih daripada 60 kali tetapi Mahkamah tetap menerima alasan-alasan mereka.
d. Selain tidak memanggil alibi saksi beliau untuk memberi keterangan, beliau juga membuat kenyataan tidak bersumpah di dalam mahkamah.

e. Sesiapa sahaja yang waras akan terfikir, kenapa Anwar Ibrahim begitu liat tidak mahu bersumpah dan memberi keterangan membela diri beliau sendiri, sama ada di dalam kandang saksi mahkamah mahu pun di dalam masjid ketika dicabar oleh Saiful dan Dato' Eskay sebelum ini?

f. Padahal, segalanya itu akan memberi impak positif untuk beliau sendiri tetapi tidak dilakukan.

g. Maka, akan timbul persoalan bahawa Anwar Ibrahim tidak berani bersumpah kerana beliau memang bersalah. Very simple.

h. Keterangan Mahkamah Rayuan :

[107] In our view, the trial judge in the instant appeal could quite properly wonder why the respondent had elected to make an unsworn statement; that it could not be because he had conscientious objection to taking the oath since, if he had, he could affirm.
Could it be that the respondent was reluctant to put his evidence to the test of cross-examination?
If so, why? He had nothing to fear from unfair questions because he would be fully protected from this by his own counsel and by the court.

#HadisPalsu Ustaz Dr. Zulkifli Tunjuk Sumber Rujukan Kepada Persoalan Wardina

Ini adalah hujah dan penjelasan yang Wardina cari-cari sangat hingga sanggup mengatakan "SAYA RISAU MASYARAKAT KITA DISOGOK DENGAN SUMBER CERITA TANPA RUJUKAN" tetapi tidak tahulah siapa yang di merujuk sampai berani sangat membangkitkan isu ini di media sosial, seolah-olah Ustaz Don menjadi seorang penyebar hadis palsu pulak. Dan di bawah hujah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri: 



PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

*Baca sehingga tamat. Sebelum kesimpulan disertakan 7 qaul berkenaan tempat roh berada setelah keluar daripada jasad. Pendapat yg ditarjihkan Ibn Qayyim itu adalah pendapat yang diterima pakai.

a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT
1. HADIS
• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]

• Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]

2. ATHAR
• Saidina Ali RA berkata:
اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”

• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]

• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]

• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]

• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]

• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]

3. PANDANGAN ULAMA'
Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:

• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]

• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”
Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]

• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”

• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]

• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]

• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]

• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]

• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]

TARJIH
Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

*************
b) KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]

SUMBER KISAH INI
Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.

1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.

2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.

3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

ULASAN SAYA
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."

• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.

• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.

• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
[ADMIN]

DI MANA ROH SELEPAS KELUAR DARIPADA JASAD?

Antara pendapat ulama ialah:

Pertama: Jumhur ulama berpendapat ruh orang yang beriman berada dalam tembolok burung dalam syurga yang bebas berterbangan. Ini berdasarkan beberapa riwayat hadis, Antaranya, Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً
Maksudnya: “Semua ruh para syuhada’ berada dalam tembolok burung-burung hijau, mereka bebas berterbangan dalam syurga mengikut kemahuan kemudian bertenggek di pelita-pelita (قنديل), maka Tuhan mereka melihat dan memerhatikan mereka.”
Riwayat Muslim dalam sahihnya (3/1502) dan al-Tayalisi dalam Musnadnya (1/38)

Kedua: Sebahagian sahabat dan tabien berpendapat: Semua ruh orang yang beriman berada di sisi Allah dan mereka tidak membincangkan lebih daripada itu, mereka berhujahkan hadis riwayat Ibn Umar R.Anhuma daripada Nabi SAW:
الْأَرْوَاح عِنْد الله فِي السَّمَاء
Maksudnya: “Semua ruh berada di sisi Allah di langit.”
Riwayat Sa’id Bin Mansur dalam al-Sunan dan al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (314)

Ketiga: Sebahagian daripada sahabat dan tabien berpendapat bahawa semua ruh dihimpun di satu tempat di bumi, maka ruh orang yang beriman di simpan berhampiran Jabiyah, ruh orang kafir di telaga Barahut. Ada pendapat di Jordan dan ada pendapat di antara langit dan bumi. Mereka berhujahkan dengan dua hadis:

• Abdullah bin Amr R.Anhuma menyebut:
إن أَرْوَاح الْمـُؤمنِينَ تجمع بالْـجَابِيَة وأرواح الْكفَّار تجمع ببئر برهوت
Maksudnya: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dihimpunkan di Jabiyah dan semua ruh orang kafir dihimpunkan di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (7/283), al-Haithami dalam Mawarid al-Zam’an (1/187), al-Dailami dalam al-Firdaus (1/418) dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam kitab al-Ruh hlm (146)

• Daripada Ali berkata:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِبِئْرِ زَمْزَم، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارِ بِبِئْرِ بَرَهُوْتِ
Maksudnya: “Semua ruh orang yang beriman dihimpun di telaga zam zam dan semua ruh orang kafir dihimpun di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam al-Ruh hlm (146)

Keempat: Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ruh orang yang beriman dalam syurga dan ruh orang kafir dalam neraka. Mereka berhujah dengan hadis Ummu Mubassyir Binti al-Bara R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ نَسَمَةَ المُؤمنِ تَسَرَحُ في الجنَّةِ حَيثُ شاءَتْ، ونَسمةُ الكافِرِ في سِجِّينٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jiwa orang yang beriman bebas pergi mari dalam syurga mengikut kehendaknya, sedangkan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.”
Riwayat Ibn Majah (1449), al-Tabarani dalam al-Kabir (19/65), al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (2/329) dan al-Baihaqi (153) dengan sanad yang hasan

Kelima: Sebahagian ulama berpendapat bahawa ruh orang yang beriman berada di sebelah kanan nabi Adam dan ruh orang yang kafir berada di sebelah kirinya, mereka berhujahkan hadis Isra’ Mi’raj.

Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: “Sesungguhnya Ishaq bin Rahawaih berkata: “Di atas dasar inilah telah ijma’ ahli ilmu.”
Ibn Hazm berkata: “Inilah pendapat semua ahli ilmu.” Lihat al-Fasl fi al-Milali wa Ahwa' al-Nihali oleh Ibn Hazm (4/590).

Keenam: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dan kafir berada dalam kubur kecuali ruh para syuhada’, mereka dimasukkan ke dalam syurga.” Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn Hazm daripada kebanyakan ahli hadis.

Ketujuh: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya ruh orang yang beriman berada dalam Illiyyin dan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.” Inilah yang ditarjihkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang disebut oleh Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (325).

Berdasarkan kepada tujuh pendapat di atas, imam al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat bahawa ruh orang yang mati syahid dalam syurga dan bukan ruh orang lain. Pendapat seperti ini juga telah dipilih oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.

PENUTUP

Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.

Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.

Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.

___________________

NOTA KAKI

[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)

[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).

[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi

[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.

[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190

[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)

[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.

[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.

[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.

[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.

[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.

[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.

[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)

Tun Dr Mahathir Sedap Je Balun Anwar Ibrahim




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pertembungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sandiwara politik semata-mata.

Dr. Mahathir berkata, Anwar sentiasa ‘bersandiwara’ dan perkembangan terbaharu itu juga merupakan salah satu daripada sandiwara Ketua Pembangkang itu.

“Semuanya adalah sandiwara, apa yang berbeza agendanya sahaja. Beliau nak jadi Perdana Menteri di atas pentas bolehlah.

“"Saya boleh baca rentak politik beliau. Apa yang saya tahu Anwar ini penipu besar," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk Leaders in Today's Society: Issues, Challenges and Way Forward di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PKR antara Anwar serta Wan Azizah yang merupakan penyandang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga secara sinis menyindir Anwar berhubung kenyataannya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam masa satu saat.

“"Saya dengar beliau kata mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam masa satu saat sahaja, masih banyak lagi saat yang ada, buatlah," jelas beliau.

Ditanya mengenai langkah Pas untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat pada Jun ini, menurut Dr. Mahathir, parti tersebut mempunyai hak berbuat demikian.

Begitupun, jelasnya, terserah kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang itu atau sebaliknya DrMim


@AnwarIbrahim Dimalu-malukankan Mr Barack Obama Presiden Amerika Syarikat



Aduhai alangkah malang buat Anwar Ibrahim terduduk malu, dimalukan Mr Obama. Anwar yang kita tahu tengah kecewa duka hajat menjadi PM sedang berusaha keras untuk mencuri peluang bertemu dengan Obama.

Tetapi adalah amat memalukan buat Anwar Ibrahim, apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak berminat untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kunjungannya ke Kuala Lumpur minggu hadapan.

Khabarnya Pegawai rasmi Amerika Syarikat telahpun menerima permohonan Anwar Ibrahim ya g teringin gila, untuk bertemu dengan Obama. Macam biasa peluang ini bakal Anwar gunakan untuk menghasut membincangkan ketidakadilan yang berlaku di Malaysia, tapi sayangnya pihak Obama menolak.

Obama akan mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat Malaysia apabila tiba di sini pada 26 April depan.

Ditanya sama ada Obama akan meluangkan masa terhadnya di Malaysia untuk pertemuan itu, Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice berkata ia sebarang perancangan dibuat.

"Saya rasa presiden tidak merancang untuk pertemuan tersebut - namun mungkin ada pertemuan lain di peringkat yang lebih rendah," kata Rice.

Obama walau bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan wakil masyarakat di Kuala Lumpur. Cumanya Obama tak sudi untuk mendengar celoteh mengarut Anwar Ibrahim.

#HadisPalsu Wardina Mendapat Pujian Dr Maza Tetapi Ustaz Dhiya Zaid Ada 2 Hujah Terbaru Terbaik


Sebenarnya PPM sedikitpun tidak berasa terkejut dengan apa yang dinyatakan Dr Maza di FBnya:
Saya yakin hasrat Wardina amat baik untuk memastikan ajaran agama yang beliau dengar itu sahih. Hak beliau untuk bertanya apabila mendengar perkara-perkara yang dirasakan pelik. 
Ustaz Don juga saya rasa bukan berniat buruk. Mungkin niat beliau ingin menyampaikan cuma kadang-kala terlepas pandang keabsahan perkara-perkara tertentu. 
Saya lihat ada nilai tawaduk juga pada ucapan Ustaz Don bahawa jika dia salah tolong tegur. Itu sikap yang baik. Wardina tidak menegur langsung cuma meminta pihak yang bermaklumat menegur. 
Itu pun suatu nilai yang amat baik. Mudah-mudahan kebaikan bertemu kebaikan menatijahkn kebaikan yang lebih besar.
Bunyinya cukup mulia cumanya satu yang Dr Maza tidak sentuh adakah kaedah memuat naik 5 video yang di edit dan dilebelkan tahap hadis palsu dan diwar-warkan di dalam Facebook dinamakan satu amalan mulia?

Sebelum ini PPM ada copy paste isu penjelasan Ustaz Dhiya Zaid Bancuh Dengan Bukti Kitab Lama klik dan baca disini rasanya itu jawapan yang diminta Wardina. Tetapi menjadi panas dengan pelbagai pendapat dari pelbagai pihak. 

Kalaulah isu dibualkan antara "Wardina bertemu Ustaz Don" atau "Wardina bertemu Majlis Islam untuk meminta disiasatkan kesahihan penyampai Ustaz Don, secara diam-diam". Bukankah lebih bijak.

Satu persoalan yang harus difikir menyatakan dengan secara terbuka di media sosial dengan mengggunakan "Hadis Palsu" adakah wajar?

Mungkin suatu hari nanti masyarakat kita boleh mengambil contoh hingga hak bertanya atau pertikaikan ibu-bapapun boleh menggunakan facebook?  Kerana hak bertanya lebih mulia walaupun dilihat membuka pekong ibu-bapa, dan apatah lagi jika isunya belum pasti sepertimana Wardina tidak pasti kesahihan Hadis yang dibicarakan Ustaz Don?(ini sekadar contoh)

Andaikata kebenaran Ustaz Don lebih tinggi. Bagaimana dengan nasib dengan maruah Ustaz Don yang tercalar dengan kaitan penyebaran hadis palsu? Melainkan Dr Maza ada jawapan sebaliknya yang menyebabkan dia yakin Wardina harus diberi pujian melambung.

Tahniah isu menyebabkan imej Ustaz yang lemah lembut seperti Ustaz Don diabaikan demi ego seorang wanita yang lebih menjurus mencari isu sensasi di Fan Pages nya berbanding memahami peradaban bertanya. Terutama orang yang bertanya sendiri tidak tahu siapa yang benar atau salah. Itu pendapat PPM. 

Satu lagi PPM berminat sangat dengan dua hujah Ustaz Dhiya Zaid yang terbaru yang kita boleh sambung dari episod sebelum ini, wajar kita renungan semula sebagai penutupnya. iyalah sudah terlanjur Wardina buka persoalan di facebook mari kita buka kesemuanya.

Hujah pertama Magic

Dalam kuliah Maghrib tadi di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan dan kuliah Isyak tadi di Surau Al-Mustaqim Mentari Court, saya ada sebutkan kisah "MAGIC" yang sudah masyhur itu. (tidak perlulah sudah dinyatakan di sini).

Kita sudah bawakan kitab rujukan. Tetapi masih ada yang tidak puas hati. Mereka mengatakan cerita ini tidak logik dan tidak masuk akal. Asal bawa kitab sahaja. Fuhhh! Letih main dengan orang macam ini.

Mula-mula mereka tuduh ini cerita palsu. Bila kita bawakan kitab rujukan yang dikarang oleh ulamak yang bukan calang-calang orangnya, mereka katakan pula, "Jangan main ceduk ja". "Kitab tidak boleh menjadi hujjah kesahihah sesuatu cerita." "Kisah itu tidak selaras dengan Al-Quran dan Sunnah." Fuhhh! Memang letih sangat-sangat main dengan orang serba tahu. Semua orang salah. Dia sahaja yang betul.

Allah. Allah.

Ada juga mulut-mulut tidak "ditahnik" mengatakan "Takkanlah telaga Zamzam & Telaga Barahut itu boleh memuatkan semua ruh-ruh."

Oh!

Fahamilah baik-baik, yang "klimak" kepada cerita yang dibaca Ustaz Don adalah bukan tentang ruh tersebut, tetapi berkisar tentang orang yang memutuskan silaturrahim. Ini ceritanya. Kalau nak cerita bab ruh, baik buka kitab Ar-Ruh karangan Ibn Qayyim. Lagi pula kita tidak disuruh sembang-sembang pasal ruh ini kerana kita sendiri tidak mengetahui hakikat ruh tersebut. Dalam Al-Quran sudahpun menjelaskan. Firman Allah Ta'ala:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah Al-Israa’: 85).

____________________

Kesimpulan.

1. Para Ulamak khilaf tentang di mana tempatnya ruh selepas keluar daripada jasad. Hal ini dijelaskan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ar-Ruh.

2. Tidak semua kisah yang tidak selaras dengan Al-Qur'an dan Sunnah ianya tidak sahih. Berapa banyak kisah-kisah benar yang berlaku di zaman para Sahabat, para Tabi'en, Salaf As-Soleh, para Auliya' yang kadang-kadang tidak selaras dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana di sana ada yang namanya KARAMAH. - sila rujuk Matan Al-Aqidah At-Thahawiyah & Matan Jauharah At-Tauhid -

3. Sesuatu perkara yang terjadi di dunia ini kadang-kadang tidak boleh dita'bir dengan logik akal. Ada perkara yang kita boleh fikir dan rasional pada pandangan akal manusia. Tetapi di sana ada juga perkara yang yan g diistilahkan sebagai "Irhash" atau "khariqul ’adat" yang terjadi dengan kuasa dan kehendak Allah Ta'ala. - bukan kuasa manusia -

4. "Beghat Nanang" kalau sampai kita mengatakan bahawa ruh-ruh manusia tidak muat masuk ke dalam telaga. Jangalah pandai-pandai. Kita tidak tahu tentang urusan ruh. Hang tahu mana dalam telaga ada ruh-ruh manusia. Hang tahu mana ruh-ruh tidak muat masuk dalam telaga.

5. Tentang telaga Barahut itu, ada hadisnya. Tentang ruh yang berada dalam telaga pun ada riwayatnya. Sila rujuk kitab Ibn Qayyim. Sekali lagi saya katakan, ulamak khilaf tentang di mana letakknya ruh ini selepas mati. Tidak perlulah kita panjang-panjangkan cerita. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, pergilah belajar dengan Tok Guru. Jangan belajar di 'mukabuku' dan 'google' sahaja.

6. Sebahagian kita mungkin lebih mempercayai 'tokoh' yang hidup di zaman kita kerana dia memiliki Phd. Sehingga kita lupa kepada 'ulamak' kita yang hidup di zaman lampau, kerana mereka tidak mempunyai Phd. Begitukah kita? Mungkin kita boleh menuding jari bahawa Imam Az-Zahabi dan Ibn Hajar Al-Haytami mungkin melakukan kesalahan. Tetapi kenapa kita tidak boleh menuding jari kepada 'tokoh' yang hanya menulis pendapatnya dibalik "laman sosial" sebagai orang yang mungkin juga silap dan salah pendapat dan tulisannya. Kenapa tidak begitu?

7. Mungkin 'tokoh' di zaman ini lebih memahami Al-Quran & Hadis berbanding Imam Az-Zahabi & Ibn Hajar Al-Haytami sehingga boleh menilai kisah yang disebut oleh para Ulamak kita 'bercanggah' dengan Al-Quran & Hadis.

8. Janganlah kita perlekehkan dan permainkan kisah ini. Sehingga mengatakan kita boleh seru ke telaga tersebut bertanyakan bagaimana keadaan MH370. Ini baru betul "cerita palsu" yang perlu disiasat. Jika kita tidak bersetuju, DIAM sahaja. Jika kita tidak tahu, DIAM sahaja. Jika kita ingin tahu, BELAJAR & BERTANYA PADA AHLINYA.

Sekian.

Terlebih kurang, mohon ampun dan maaf.

Hujah Kedua Tidak Masuk Akal

Ada yang mengatakan sesuatu perkara yang tidak lojik atau tidak masuk akal, mustahil dikaitkan dengan agama. Seolah-olah setiap apa yang dikaitkan dengan agama MESTI mengikuti logik akal manusia.

Tidak!

Tidak semua perkara yang berkaitan dengan agama mesti logik dan masuk akal. Ada perkara-perkara yang terkadang tidak mampu terjangkau dek akal dan logik manusia yang serba naif ini. Ada peristiwa-peristiwa yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerana ia memang tidak terjangkau oleh akal manusia. Kerana apa? Apa tujuannya? Supaya manusia sedar mereka lemah, agar manusia sedar ada kuasa yang Maha Hebat yang wajib DIIMANI dengan penuh penyerahan di hati.

Contoh mudah peristiwa Isra' & Mi'raj.

Nah, jika 'ungkapan' seperti ini terus dibiarkan, umat Islam di Malaysia akan menilai agama berdasarkan rasional akal mereka. Maka jangan hairan jika ada orang yang mengatakan;

"Takkanlah kerana tidak pakai tudung masuk Neraka."

Berhati-hatilah!

#PPM note.. Semoga 2 hujah ini memberi kelebihan untuk kita renungi bersama. 
Wallahu a'lam..