Saturday, 3 May 2014

Kakak Mangsa Dibelasah Dalam Himpunan #MansuhGSt Saman Haji Hadi & Unit Amal & Bancuh Kaw-kaw

Semalam jam 1 pagi di Dataran Merdeka, adik saya dan seorang lagi lelaki dibelasah oleh Unit Amal PAS diketuai oleh Anuar. Rakan-rakan dari DAP dan Anti-Lynas terpaksa hubungi polis. Bila polis sampai, dengan angkuhnya si bangang bernama Anuar dan belasan orang kawan-kawannya tunjukkan kad anggota Unit Amal.

Adik saya cedera teruk dibelasah. Muka dan badan lebam teruk. Seorang lagi lelaki dicampak dalam longkang. Mereka berdua diserang oleh belasan orang Unit Amal PAS dengan kayu dan helmet, ditendang dan ditumbuk.

Keluarga kami akan failkan saman terhadap PAS!!! Biar mahkamah haramkan Unit Amal PAS yang berlagak macam diorang anggota keselamatan beruniform. Sila sebarkan. PAS mesti bertanggungjawab terhadap perangai anjing anggota Unit Amal nya.


Presiden PAS kena saman sebab tuduh orang edar pil kuda.

Unit Amal PAS bakal disaman sebab jadi gengster belasah orang.

Semoga Unit Amal PAS diharamkan selepas ini. Diorang tu berdaftar bawah undang-undang tak? Ke syok sendiri aje macam JMF tu?



Unit Amal PAS, diketuai oleh Anuar, sebelum belasah adik saya awal pagi semalam, diorang tuduh adik saya mabuk dan ambil ganja.

Oh, baguslah! Ikut perangai Presiden kamu yang pandai-pandai tuduh orang edar pil kuda.

Nanti kalau disaman, bolehlah buat solat hajat perdana dan kutip derma.


Jihad cara Unit Amal : Serang orang secara mengejut pukul 1 pagi. Belas-belasan orang belasah dua orang. Guna kayu dan helmet hentam orang tanpa senjata.

PONDAN! Seriously PONDAN!


Ada anggota Unit Amal hantar ugutan pada saya. Mungkin jalan pintas untuknya ke syurga dengan menyerang saya.

PAS dah rosak!


Nama mamat tu ialah Anuar, bekas bodyguard ayah Adam Adli. Sekarang dia anggota Unit Amal Pandan. 

Saya dalam perjalanan ke Gombak untuk buat police report dan failkan aduan jenayah. Juga akan berbincang dengan peguam untuk saman sivil.

Anuar juga pernah ditugaskan jadi bodyguard pimpinan PAS dalam program-program PAS. Kami akan minta polis buat kawad cam.

Ahli-ahli PAS sekelian yang rasa dah confirmed masuk syurga, tak payah jadi juara hudud kalau kes macam ni pun korang tak mampu handle.


Selagi Unit Amal tidak ditubuhkan mengikut undang-undang, jangan pandai-pandai kasi kuasa pada mereka. Mereka bukan pengganti polis atau Rela.

Huru-hara tau bila jadi apa-apa, diorang simply boleh cakap kad kuasa memang takde, baju merah siapa-siapa pun boleh cop sendiri, itu ini takde pun dalam buku manual, ahli kami tidak dilatih secara formal, etc.

In the mean time, suruh diorang jadi sukarelawan banjir aje...


Adik saya dah buat police report, baru korang nak cakap, benda boleh settle, tak payah kecoh-kecoh, jangan malukan Islam, jangan malukan bangsa Melayu, Cina tepuk tangan, tahapahapatah lagi.

Pagi tadi kami contact pimpinan PAS, korang buat bodo (pimpinan yang terlibat, cuba check log telefon korang). Geng PAS kata, diorang tau insiden tu, padan muka, memang adik saya bersalah, bla bla bla. Korang tak mau tolong siasat sedangkan maklumat dah diberi. Lepas tu cabar adik saya suruh buktikan itu ini.

Now dah buat police report, korang kata kami Yahudi pulak sebab nak malukan Islam (wei... Islam dengan PAS tolong bezakan la wei...). Dah kasi chance tadi nak selesai diam-diam, korang buat kurang asam kan. Korang boleh blah!


Kalau polis bantai orang, maki polis dapat pahala, pejuang hak asasi manusia dia jadi.

Kalau Unit Amal PAS bantai orang, siapa bising buat kecoh, dah sah dia masuk perangkap Yahudi.

Kalau polis tak bagi berhimpun, ianya tak ikut perlembagaan, mesti lawan.

Kalau Unit Amal PAS tak bagi berhimpun, ianya ikut arahan pimpinan, jangan persoalkan.


Mukadimah : Assalamualaikum warahmatullah! Saya anggota Unit Amal kawasan sekian-sekian.
Isi : Jangan nak tuduh Unit Amal. Jangan nak burukkan PAS. Babi, puki, celaka, laknat, sial dan sebagainya.
Penutup : Semoga awak dan keluarga awak masuk neraka jahannam.

Hmm... Marilah husnuzzhon. Tu bukan anggota Unit Amal PAS tu. Diorang kan dah ditarbiyah, dah gi tamrin, jambori segala.



#Semua penulisan diatas dipetik dari FB kakak tersebut dan persoalan yang PPM ingin tanyakan Sejak Bila Unit Amal PAS layak bergelar Jabatan Amal dan ambil alih kerja polis?

Video Pemilihan PKR Sungai Petani Kecoh Dengan Lawan Maki Hamun @AnwarIbrahim


Adus asal nama pelimilihan PKR Mesti ada gaduh ada maki hamun paling henat kerus terbang, Almaklumlah dah sebati dengan budaya PKR kaki buat rusuh, maki hamun serang tumbuk terajang semua ada. Kalau tak ada benda ini tak tak hidup PKR apatah Anwar Lagi pakar merata katil dia bergusti tak kira laki ke pompuan sama je...




4 Perkara Pelik Semasa Himpunan #TolakGST @AzminAli & @AnwarIbrahim

Dimana stategi Rafizi Ramli yang hebat sangat sampaikan Himpuan Mansuh GST Gagal? Ada cukup banyak persoalan yang dibangkitkan peserta yang semakin celaru dengan tujuan sebenar himpunan dari tema sebenar Mansuh GST.

Tetapi apa yang hendak dihairankan jika level peserta adalah golongan 90% melayu yang langsung tidak memahami GST dan terlampau sedikit pro peniaga DAP dari golongan yang takut kehilangan simpanan wang gelap.

Himpunan yang semakin susut jumlahnya berbanding bersih dikatakan 100'000-200'000 yang datang mengikut perjumlahan rambang Malaysiakini, Harakahdaily, Roketkini dan Keadilandaily tetapi untuk Himpunan Mansuh GST hanya jumlahkan sekitar 15'000 hingga 50'000. Satu jurang besar yang cukup merisaukan Anwar Ibrahim.




Yang paling menarik tiada satupun ceramah menyentuh sebab apa mereka mendesak GST dimansuhkan kecuali, Azmin tidak habis-habis mendesakan Anwar diselamatkan dari penjara.

Mahfuz kata kita berhimpun sambil melancong tanpa sepatahpun penghujahan GST.

Anwar pula asyik bercakap masalah peribadinya, antaltuya, kapal selam dan MH370 tetapi GST entah mana hala dia terlupa.

Kena pula 90% melayu yang datang memang buta tuli langsung bab GST. Dah kena dah bapa penyanyak anak DAP penyamun dan manakala anak melayu bodoh bendul. Apa nak cakap lagi kalau dah jenis cukup sifat tidak mahu mengkaji.



Lawak @AnwarIbrahim Mohon Sampaikan Kuliah Universiti menggunakan Pengalaman Sebagai Mantan PM Malaysia

Adus apa punya penipu si Anwar Ibrahim. tak cukup dekat Malaysia dekat luar negara lagi hebat dia punya menipu sampaikan Anwar sanggup memohon ruang bersyarah dengan menggunakan pengalaman palsu yang kononnya dia Mantan Perdana Menteri Malaysia.



Inipun jalan juga ke? Tidak percaya lihatlah Universiti cap ayam mana dekat indon boleh terpedaya Anwar Mantan Perdana Menteri Malaysia.


Video Hussam Musa Marah Nik Abduh Tududuhnya Seleweng Derma Lebuhraya



Sebuah video yang dikatakan Hussam Musa sedang panas hati dengan Nik Abduh anda dengar sendiri suara siapa dan kepada siapa yang bersangkutan bab wang derma lebuh raya.


Video #MansuhGST Melayu Sanggup Pertahankan Peniaga DAP Amalkan Aktiviti Wang Gelap

Adakah orang melayu kita cukup bodoh atau tidak sedar diperbodohkan? Ini berikutan rakyat Malaysia digemparkan dengan Himpunan Mansuh GST dengan kehadiran 90% adalah orang-orang melayu yang tidak tahu apa itu GST. Paling menyedihkan rata-ratanya percaya bulat penipuan Pakatan Rakyat tanpa mahu belajar memahami apa fungsi GST.



Tetapi tahukah mereka bahawasanya peranan utama kerajaan wujudkan GST adalah untuk mengekang aktiviti 'wang gelap' pada kadar peratusan tertentu?

Mengikut stastitik negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus. Bayangkan 30% apa yang kerajaan mampu lakukan?

Dan tahukah kita bangsa apa yang paling banyak memegang kek peratusan peniaga paling berjaya di Malaysia?




Dan fikirkan semula pada PRU13 Barisan Nasional kehilangan undi kerana kaum mana? Oleh itu berdasar poster di bawah agak-agak:

1- Benarkah mereka ini tidak yakin dengan fungsi GST?
2- Atau mereka tidak memahami fungsi GST kepada negara?
3- Atau mereka berpura-pura tidak memahami demi mengambil kesempatan tersirat?


Kerajaan boleh berjaya membendung aktiviti ini, kerana GST akan mendesak semua peniaga untuk mengumumkan setiap pendapatan sebelum mendapat perolehan rebet cukai dan kaedah ini akan meningkatkan pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016.

Hasil perolehan ini lebih banyak membantu orang-oran bumiputera yang dalam kelompok kek peratusan kesusahan paling besar di negara ini. Adakah orang-orang bumiputera terutama melayu di semenanjung sanggup berkorban demi wang gelap peniaga DAP?

Friday, 2 May 2014

Iktibar Dari Malaysia, Brunei Haramkan Bukan Islam Guna Khalimah Allah dan 18 Perkataan Lain

Nampaknya  Sultan Brunei cukup peka dengan apa yang berlaku kepada Malaysia dan menggambil tindakan tepat sebelum menjadi isu besar berlaku di Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN 1 Mei - Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.
Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. 
Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali. 
Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam. 
“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya. 
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.  
“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya. sumber

#MissingMh370 5 set Video Rakaman perbualan antara kokpit MH370 dan menara KLIA #RIPMH370


Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dan menara kawalan udara Kuala Lumpur didedahkan kerajaan sebentar tadi kepada orang ramai. Berikut adalah rakaman tersebut:



Berikut pula adalah tindakan yang diambil ketika perbualan terputus antara MH370 dan Menara Kawalan.









Sumber

Thursday, 1 May 2014

Himpunan Tolak GST Video dan Gambar-gambar Persoalan Luar Tabie @AnwarIbrahim

Apa yang telah terjadi hari ini? Himpunan GST terang-terang semakin susut dari angka 100k kepada 30k. Apa yang telah berlaku sebenarnya

Pertama kali setelah gagal mencari pasal dengan Polis sesama sendiri mereka lepaskan geram bergaduh..


Keduanya adakah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri besok hari?




Ketiganya dalam banyak-banyak pecacai PAS melaung GST dan ambil kesempatan promosi Hukum Hudud.. Adakah esok harinya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mewakili DAP termasuk Anwar Ibrahim mewakili PKR akan menyokong pelaksanaan Hukum Hudud?




keempat.. Hebat betul sokongan diberi Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang sanggup turun padang turut serta memberi sokongan ahli PAS yang sanggup menjadi hamba PKR dan DAP. tetapi beranikah PAS anjur Demo Tegakan Hudud dan mampukah mereka membawa PKR dan DAP turut serta bersama?




Yang kelima... kenapa masih wujud kisah ini...



Post by Pecah Palak Mikir.


Yang terakhir dan yang pasti kanak-kanak tetap menjadi perisai menyelamatkan nafsu Anwar Ibrahim.. Tak kiralah berapa banyak demo mereka lakukan kanak-kanak barisan hadapan.. Inikah calon PM Malaysia?



Video #HimpunanBantahGST Bila Tak Jumpa Polis Bergaduh Sesama Sendiri Unit Amal & SAMM / ANARKI Pun Jadilah


Kalau sudah jenis kaki buat onar, kaki liwat, kaki gaduh. Hajat turun Himpunan GST hendak serang polis tetapi tidak jumpa polis bergaduh sesama sendiri.





@NikAbdulAziz Bagaimana Hendak Laksana Hudud Jika Ahli PAS Talibarut DAP PKR



"Bagaimana Hendak Laksana Hudud Jika Ahli PAS Talibarut DAP PKR" Ini adalah persoalan tepat yang patut Nik Aziz utarakan. Ini masalah dalaman yang paling kritikal yang boleh menggambarkan usaha PAS hanyalah sia-sia ataau dianggap sebagai mainan politik semata-mata.

Atau mungkin benarlah kata Teresa Kok yang agenda Hudud PAS hanya agenda meraih undi orang islam untuk PAS. Nik Aziz mungkin tidak mahu dipertikaikan sedemikian rupa! jadi kenapa harus bersiam diri demi Allah sementara masih diberi keizinan untuk berbuat sedemikian di dunia ini.

Akhir nanti niat kata-kata Nik Aziz akan dipersoalkan di Makamah yang lebih hebat di dunia ini..



Wednesday, 30 April 2014

Video @AnwarIbrahim PKR berjaya menangkap pengundi hantu untuk dihadap ke Mahkamah

Akhirnya Anwar Ibrahim ada bukti jelas untuk membawa kes Pengundi Hantu ke Mahkamah. Ini berikutan PKR telah berjaya menangkap pengundi hantu dengan jayanya.

Tetapi beranikah Anwar membawa isu ini ke Mahkamah? Sepatutnya Anwar akan buktikan sifat ketulusannya walau apa jua keadaan demi membenteras gejala pengundi hantu.



#KrisisAir Sisa Rumah Industri termendap di dasar lombong bepuluh tahun minuman rakyat #Selangor @AnwarIbrahim @KhalidIbrahim

Ada rakyat Selangor ketawa bila dikatakan air lombong tercemar dan tidak sesuai untuk diminum. Persoalannya tahukah kita air lombong berbeza dengan air sungai?

Air sungai biasanya akan menhalir terus mengalir hingga ke lautan. Tetapi air bekas lombong secara umumnya kawasan lombong berkaitan logam berat. Malah ada lombong mempunyai saliran air longkang membawa masuk pelbagai sisa rumah dan idustri ke dalam lombong.

Persoalanya kemana sisa ini pergi kalau bukan mendap di dasar lombong?

Berapa lamakah sisa ini mendap? Kalau lombong itu berusia 40 tahun dengan kemasukan pelbagai sisa saban hari, bagaimana keadaan air tersebut?

Adakah air itu akan mempunyai kadar logam yang tinggi?

Persoalan yang paling penting mampukah air lombong yang disalurkan ke empangan menapis segala sisa mendap yang mungkin lebih dari 40 tahun?

Macam anwar senang sebab dia tidak pernah tunggu air datang dan di rumahnya mempunyai penapis air yang kebanyakan rakyat Selangor tidak mampu memilikinya.


@Ambiga_S Sembunyikan Keganasan Pemilihan PKR Batang Sadong Yang Ganas



Kalau sesiapa bertemu ular melintas depan Ambiga jangan sesekali anda ketakutan dengan ular itu, sebabnya Ambiga lebih lincin membelit berbisa. Jika mahu mengenal siapa Ambiga dialah yang paling buta dan pekak badak tuli!

Jangan ditanya bagaimana rupa pemilihan PKR Batang Sadong, Pemilihan PKR Kemaman Terengganu atau CEC DAP. Ambiga haram tak nampak sebab mata buta dekat tapi terang dalam fantasi otak kuningnya. Ini manusia perosak sebenar dalam negara ini. Yang kita cuba hindar itu yang dia mahu. Yang dia mahu itulah perosak nusa bangsa.




Ambiga hanyalah manusia perosak yang bukan dapat disembur dengan racun serangga sepertimana serangga perosak tetapi kita kita hindarnya dari menhampir anak bangsa. Inilah yang sering merangcang bagaimana hendak memalukan negara dan bagaimana hendak membawa kuasa luar untuk menjajah negara ini semula. Lihatlah apa Comango telah buat?

Sekarang ada hati berjumpa Obama untuk memburukan negara tetapi dalam dia mengatakan kepada Obama PRU Malaysia kotor sebenarnya hatinya yang lebih kotor dari bangkai yang dilenyet tayar terdampar tepi jalan...



@AnwarIbrahim Air Empangan naik 1.26% Dah Kecoh Macam Pakar Selesaikan Masalah


Aduhai apa punya malang rakyat Selangor ikut percaya sangat dengan kepakaran pembawa bala macam Anwar Ibrahim ini? Air empangan baru naik 1.26% sudah kecoh ini dia pakar 1 saat baik punya ada...

Kalau setakat air naik 1.26% kira nasiblaa tapi tidak menjaminkan ianya berkekalan sampai berbulan-bulan lamanya. Sepatutnya projek empangan langat 2 dah bermula 4 tahun yang lepas tetapi akibat keras kepala macam pakar sangat, inilah punca Anwar sebenarnya pembawa bala kepada rakyat Selangor. Patut-patutnya Anwar kena bertanggungjawap letak jawatan dan bersara dari politik dari datang menyusahkan rakyat tidak sudah-sudah.

Tapi apa yang berlaku? Anwar seringkali kalut mencari helah supaya boleh mendesak DS Najib letak jawatan. Tetapi bagaimana kegagalan akibat keras kepala Anwar Ibrahim yang berbulan rakyat Selangor tanggung bala tanpa air tidak boleh memaksa Anwar untuk letak jawatan?


Tuesday, 29 April 2014

Panas !! Rafizi Serang Pengundi Hantu Dalam Pemilihan PKR



Selepas sambutan hambar di Keningau, SABAH, Rafizi menerima satu lagi tamparan yang lebih berat. kali ini di KUBU beliau sendiri, Kemaman, Terengganu.

Menghidu kekalahan ketika proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, kem Rafizi membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi. Provokasi bertujuan untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.




Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang.”

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.


- SUMBER

AKHIRNYAI PESAWAT MH370 DI TELUK BENGAL




Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000KM jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa.


Syarikat GeoResonance berkata kajian mereka mengenalpasti elemen-elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan dari sebuah kapal terbang.


Setelah enam minggu berlalu semenjak MH370 hilang, operasi pencarian di Lautan Hindi masih menemui jalan buntu.


Menurut Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengatakan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah amat tipis.


Tambah beliau lagi, kini usaha ditumpukan ke atas pencarian di dasar lautan.


Namun, GeoResonance percaya kawasan pencarian yang difokuskan oleh pihak berkuasa adalah salah. Syarikat itu juga mengatakan mereka sendiri telah memulakan operasi pencarian pada 10 Mac yang lalu.


"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear , kapal selam ... pasukan kami di Ukraine memutuskan kami perlu mencuba dan membantu ," kata David Pope dari GeoResonance .


Syarikat itu telah meninjau 2,000,000 KM persegi zon kemungkinan pesawat terhempas berdasarkan imej yang diperolehi dari satelit dan data pesawat.


Ahli-ahli sains kami menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir penerbangan yang diketahui , dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.


Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka telah temui di Teluk Bengal.


"Pasukan kami sangat teruja apabila mendapat ia adalah adalah bangkai sebuah pesawat komersil," kata Encik Paus.





Pavel Kursa dari GeoResonance memberitahu 7News : "Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang boleh didapati pada sebuah Boeing 777 ... ini adalah aluminium , titanium , tembaga , aloi keluli dan bahan-bahan lain . "


Imej-imej yang menunjukkan unsur-unsur kimia yang dikesan di kawasan itu syarikat itu percaya ia telah terletak MH370.


Satu laporan awal telah dihantar kepada pihak berkuasa manakala kotak hitam masih mempunyai dua minggu punca kuasa bateri.


Penemuan pasukan itu kemudian disahkan dengan menganalisis imej dari kawasan yang sama pada 5 Mac , tiga hari sebelum pesawat itu hilang.


" Bangkai itu tiada sebelum kehilangan MH370 ," kata Encik Paus.


Laporan penuh telah dihantar pada 15 April.


“Kami cuba untuk tidak mengatakan bahawa ia adalah kepastian pesawat MH370 , bagaimanapun ia adalah satu petunjuk yang kami rasakan perlu disusuli," Encik Paus memberitahu 7News .


7News cuba menghubungi penyelaras syarikat pencarian itu, Angus Houston hari ini tetapi gagal mendapatkan maklum balas. - Sumber: 7News , Terjemahan TengokTVonline

Monday, 28 April 2014

Kesian @NurulIzzah Jawapan Obama Cukup Menyakitkan Hatinyanya Dan @AnwarIbrahim



Kesian melihat Nurul Izzah membebel , Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab.

MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitment terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”.

“Bagaimanapun, pertemuan selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan terbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah

Tetapi jawapan Obama cukup mudah untuk buat Nurul Izzah sakit hati.

Presiden Obama : Kerajaan Amerika sentiasa memberi perhatian di dalam isu-isu human right di seluruh dunia, keadilan dan sebagainya termasuklah di Malaysia kita melihat kerajaan Perdana Menteri Najib telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya yang berbilang kaum. Saya tidak ada keperluan untuk bertemu Anwar Ibrahim !




Jadi pesan buat Nurul Izzah simpan jelah bebelan kamu tu, Obama dah nak pulang terimalah hakikat bapa kamu tu taklah bertaraf antarabangsa sangat!!