Saturday, 6 December 2014

3 Video Iblis Laut Ditemui #BlackSeadevil


Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) menemui spesies ikan ‘The Black Seadevil’ atau iblis laut yang dilaporkan hidupan laut yang dikesan di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik pada November lalu.

Laporan berita SFGate berkata, spesies yang berukuran lapan sentimeter ini bagaimanapun masih dalam kajian kerana timbul keraguan terhadap hidupan yang amat jarang ditemui ini.


Penyelidik MBARI turut berkesempatan merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada masyarakat.

Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.

“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui di semua kawasan laut dalam,” katanya.

blis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.

Ikan ini didakwa mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.

Ianya juga dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus.

Spesies ikan menggerunkan ini mula dikenali menerusi salah satu watak yang dimainkan dalam filem animasiFinding Nemo pada tahun 2003. 


Menurut jurucakap Institut The Monterey Bay, Kim Fulton-Bennett, “Kami membawa robot (Doc Ricketts) ke dalam air pada beberapa siri kedalaman dan membiarkannya selama 10 minit pada setiap kedalaman. Di situ kami mengira pelbagai jenis hidupan laut yang kami temui.”

Selama 20 tahun penyelidikan, pelbagai jenis ikan dan haiwan laut yang jarang sekali dapat dijumpai berjaya dirakamkan namun spesis ikan ‘seadevil’ terutama betina adalah penemuan paling menakjubkan.

#HantuCinaBukit @NgaKorMing 10 Sebab Mengapa Kapitalis DAP Gesa Dato Bandar Dilantik Berdasar Undian

Tahukah anda mengapa DAP beria-ia mendesak Dato Bandar seperti Kuala Lumpur perlu dilantik berdasarkan undi?

1- Fikirkan antara dasar utama parti DAP adalah Politik Kapitalis (anda boleh rujuk web resmi DAP

Maksud Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. 

Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. 

Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. 

Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

2- Fikirkan dasar DAP juga ada menyebut menghapuskan hak bumiputera dan hak sama rata semua kaum. Adakah anda tidak terfikir apa aganda mereka setelah berjaya melantik proksi Dato Bandar?

3- Fikirkan bagaimana permulaan yang menjayakan stategi DAP. Langkah pertama mereka lakukan dengan mengawal BAR Council supaya mudah untuk manipulasikan undang-undang dan mudah mereka menjalankan aktiviti-aktiviti yang luar batas dari undang-undang seperti BERSIH.

4- Fikirkan bagaimana mereka manipulasi proses pengundian BAR Caouncil dan CEC DAP yang tidak dikawal oleh Suruhanjaya Pilhan Raya? Semuanya ikut suka hati mereka nak aturkan. 

Bayangkan jika mereka mula menapak proksi sebagai Dato Bandar disetiap bandar-bandar besar di negara ini?

5- Fikirkan Siapa yang memanopoli ekonomi di Malaysia.

6- Fikirkan kedudukan penguasaan ekonomi antara kaum 


7- Fikirkan siapa yang mempunyai modal paling besar.

8- Fikirkan bagaimana kerakusan PBT Pulau Pinang bagaimana mereka beria-ia menghapuskan peniaga kecil yang dilebelkan haram melibatkan kaum melayu dan india tetapi mendiamkan diri dengan pelbagai aktiviti haram yang besar seperti kilang, pusat judi dan sebagainya?

9- Fikirkan bagaimana kerakusan DAP mengusir orang melayu dan india keluar dari tanah Pulau Pinang yang ada antaramereka diami hingga ada sampai 50 tahun, tanpa ada bantuan penempatan semula yang sewajarnya?

10- Fikirkan bagaimana DAP Pulau Pinang mempunyai kuasa veto untuk menangguh sebarang usaha menyediakan rumah mampu milik?

Berdasarkan perkara di atas anda bayangkan bagaimana situasi negara ini jika Datuk Bandar melakukan tindakan bercanggah dengan perangkaan dan perancangan kerajaan pusat dalam mencapai misi membangunkan negara.

Jika Dato Bandar bercanggah kerana proksi tertentu apakah akibatnya jika melibatkan kedudukan kaum, penempatan kaum, pendapatan antara kaum dan pelbagai faktor penting yang lain.

Sesungguhnya DAP beria-ia membanding-bandingkan prihal Datuk Bandar di negara lain tetapi kenapa mereka tidak terbuka hati untuk membubarkan SJKC kalau betul-betul mereka mahu perubahan secara total?

Friday, 5 December 2014

Joe Biden Siarkan Gambar Penjara Guantanamo Amerika Lebih Adil Berbanding Kes Liwat2 @AnwarIbrahim



Kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengenai Akta Hasutan dan kes rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah cuba mencampuri hal ehwal dalaman negara.

Kritikan dibuat menerusi akaun Twitternya.
Biden berkata, ketika hubungan Amerika Syarikat-Malaysia sedang berkembang, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang, menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Dalam satu lagi 'entry' beliau berkata, rayuan Datuk Seri Anwar memberi Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menyerlahkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakimannya.

Dua kenyataan yang diakhiri dengan VP menunjukkan ia ditulis sendiri oleh Biden. Tetapi hanya satu sahaja jawapan mudah buat Joe Biden tolong tutup penjara Guantanamo dahulu sebelum hendak bercakap soal demokrasi atau soal keadilan.


#RCISabah Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah dan Laluan Ke Hadapan

Ini adalah maklum balas saya terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang dikeluarkan semalam. Saya ingin menegaskan bahawa fokus seterusnya harus menjurus kepada keperluan untuk terus melangkah, khususnya bagi rakyat Sabah. Usaha mesti terarah terhadap apa yang perlu dilakukan selepas ini dan bukannya menuding cari mencari kesalahan serta mengungkit apa yang berlaku pada masa lampau. Sabah hanya boleh melangkah ke hadapan dan mencapai kemajuan jika kita berfikiran proaktif.

2. Dapatan RCI itu perlu dilihat secara menyeluruh. Bagaimanapun, rakyat Sabah juga perlu melaksanakan peranannya untuk seiring bergerak ke hadapan. Tanpa disedari, kita juga adalah sebahagian daripada masalah ini. Sebagai contoh, rakyat Sabah mesti mengikis kecenderungan untuk menggaji tenaga kerja pendatang asing yang murah. Kita merungut mengenai kebanjiran golongan itu tetapi pada masa sama, kita tidak teragak-agak mengupah mereka berikutan gajinya rendah. Saya sedar mengupah orang tempatan akan meningkatkan kos kerana upahnya lebih tinggi. Kos yang lebih tinggi bermakna produk dan perkhidmatan terpilih juga akan menjadi lebih mahal. Bagaimanapun, pengorbanan itu berbaloi bagi mencapai manfaat jangka panjang. Lebih ramai rakyat tempatan diambil bekerja bermakna kita boleh mengurangkan pergantungan terhadap warga asing. 

3. Kerajaan perlu mengkaji semula dasar membabitkan pengambilan rakyat tempatan melakukan kerja yang dianggap kurang diminati (contoh: pembantu rumah, pekerja binaan, pekerja perladangan dan pembantu dalam sektor perkhidmatan). Antara dasarnya ialah upah lebih tinggi. Turut perlu dikaji ialah lebih banyak kemudahan dan persekitaran kerja kondusif. Ini penting jika Sabah benar-benar mahu melaksanakan dasar tiada pekerja asing tanpa izin - dasar yang boleh mengekang kemasukan pendatang asing atau mungkin terus menghentikannya. Ini hanya boleh dilakukan jika rakyat Sabah bersatu untuk menjadikannya kenyataan. 

4. Seperkara lagi yang wajar diperluaskan ialah dasar 'Memakmurkan Jiran' (Prosper Thy Neighbour). Malaysia mesti membantu Selatan Filipina mencapai keamanan. Keamanan di wilayah ini bermakna ia akan menjadi lebih makmur, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Filipina. Keadaan itu dengan sendirinya akan mengurangkan kecenderungan pendatang asing merentas sempadan untuk mencari pekerjaan di Sabah.

5. Konsep 'Memakmurkan Jiran' itu harus bergerak seiring dengan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). BIMP EAGA adalah kerjasama ekonomi yang diwujudkan empat negara ASEAN itu, bermatlamat untuk meningkatkan dagangan, pelancongan dan pelaburan di dalam serta di luar rantau ASEAN. Walaupun BIMP-EAGA tidak seaktif seperti sepatutnya, ia berperanan penting dalam membangunkan ekonomi serantau dalam lingkungan bidang kuasanya. Justeru, adalah wajar bagi Malaysia menilai semula peranan boleh dimainkan BIMP-EAGA apabila memulakan tugas sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Kita perlu memiliki strategi bersama yang lebih mantap, seiring usaha membawa lebih banyak kemakmuran ke rantau ini.

6. Saya memahami kepentingan untuk mengenal pasti dalang di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah. Hakikat itu adalah pengakhiran sempurna terhadap pelbagai persoalan yang dihadapi sejak berpuluh tahun lalu. Kita perlu melakukan segala yang termampu dalam membawa dalangnya ke muka pengadilan. Malah, ramai daripada mereka dapat ditangkap dan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1990-an. Saya yakin pihak berkuasa akan bertindak sewajarnya jika mendapat lebih banyak bukti. Pada masa sama, serbuan terhadap penempatan haram dan penghantaran pulang ke negara asal mesti diteruskan.

7. Pada masa sama, kita perlu berhenti daripada mempolitikkan isu pendatang asing di Sabah. Masalah ini adalah lebih besar daripada politik kerana ia membabitkan kehidupan harian rakyat secara kolektif, melangkau sempadan politik. Ini adalah masalah kemanusiaan yang perlu ditangani bersama. Hakikatnya, kebimbangan terhadap pendatang asing di Sabah berjaya menyatukan pemimpin daripada pelbagai fahaman politik atas matlamat sama kerana kita memikirkan soal masa depan rakyat Sabah di negeri sendiri. Justeru, jangan terperangkap dengan permainan mana-mana pihak yang cuba mencari kelebihan politik susulan laporan RCI ini.

8. Apa langkah seterusnya? Saya percaya kita mesti mendahulukan apa yang perlu. Selain daripada apa yang disebut di atas, banyak lagi langkah boleh diambil, dinilai semula dan diperbaiki. Sebagai contoh, kita perlu meningkatkan kawalan sempadan, selain memperketatkan proses pendaftaran kewarganeraan dan undang-undang Imigresen. Kita perlu memantapkan kawalan di sempadan Pantai Timur Sabah, selain mengawasi perairan negeri itu dengan lebih teliti. Ia boleh dimulakan dengan memberi tanggungjawab kepada masyarakat setempat di kawasan sempadan yang bebas daripada pendatang asing, untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa. Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman United Kingdom dan Australia dalam menangani kemasukan pendatang asing di negara mereka.

9. Kesimpulannya, keghairahan untuk saling menuding jari meletak kesalahan sejak tiga dekad lalu tidak menyelesaikan masalah dihadapi. Sebaliknya, ia banyak memakan masa, selain memperlahankan rentak kemajuan. Ketika sesetengah pihak sibuk mencari silap orang lain, sempadan Sabah terus diceroboh. Itu sebabnya mengapa kita perlu melihat semula usaha sedia ada supaya menjadi lebih konstruktif, terutama dalam aspek yang boleh membantu kita melangkah jauh ke hadapan dan memberi penyelesaian praktikal terhadap isu serba rumit ini. Cadangan di atas bukan secara menyeluruh dan saya yakin kita boleh memikirkan langkah rasional serta praktikal untuk menangani masalah ini jika dilakukan bersama. Ia boleh dimulakan dengan soalan ini: "Apa yang boleh saya lakukan untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya menambah masalah?".
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan/
Setiausaha BN Sabah.

Skandal SWP Masuk Pakatan Rakyat Sebagai Sekutu DAP merampas Kerusi PKR PAS Sarawak



SWP sudah nekad untuk menyertai Pakatan Rakyat. Dengan menghantar surat permohonan resmi kepada Pakatan Rakyat, telah membuktikan desas-desus berberapa pertemuan Larry Sng dengan Anwar adalah sesuatu yang sukar dinafikan apatah timbul surat permohonan ini.

Larry Sng adalah anak kepada ahli perniagaan terkaya di Sarawak iaitu Sng Chee Hua. Merupakan GODFATHER kepada banyak aktiviti politik di Sarawak. Kebanyakan hasil kekayaannya melibatkan hasil bumi Sarawak.

Di satu masa dahulu keluarga Sng adalah tersangat kaya kerana memperolehi pelbagai keistimewaan di Sarawak termasuklah konsesi balak dan projek Empangan Bakun. 

Itu di zaman Pahin Sri Haji Taib Mahmud dan sudah tentu situasinya berbeza di zaman Tan Sri Adenan Satem. Di zaman Ketua Menteri baru adalah lebih tegas memerangi pelbagai rasuah, aktiviti haram temasuk pembalakan malah membeku segala konsesi balak baru. Sudah tentu akan memberi tekanan kepada pelbagai pihak.

Ini bukan kisah baru SWP mahu menyertai PR walaupun pada masa yang sama mengakui kawan baik BN. Apatah sistuasi sekarang DAP amat memerlukan bantuan SWP dan sudah tentu menjadi peluang tebaik buat SWP untuk keluar dari kemelut parti bebas.

Dengan SWP bakal menjadi sekutu yang setia DAP, sudah tentu modus operandinya merampas sebahagian besar kerusi Pakatan Rakyat pada PRN akan datang. Di bawah adalah keputusan PRN10 2011

DAP memenangi 12 kerusi dari 15 yang DAP bertanding.
PKR memenangi 3 kerusi dari 45 kerusi PKR bertanding
PAS masih tiada kerusi dari 5 yang PAS bertanding
Manakala SWP telah bertanding atas tiket bebas

Kerusi di menangi Pakatan pada PRN 2011
  1. N9 Padungan Wong King Wei PR (DAP )
  2. N10 Pending Violet Yong Wui Wui PR (DAP )
  3. N11 Batu Lintang Lihat Chee How PKR
  4. N12 Kota Sentosa Chong Chieng Jen PR (DAP )
  5. N13 Batu Kawa Christina Chiew Wang See PR (DAP )
  6. N34 Krian Ali Anak Biju PR (PKR )
  7. N39 Repok Wong Hua Seh PR (DAP )
  8. U40 Meradong Ting Tze Fui PR (DAP )
  9. N45 Bukit Assek Wong Ho Leng PR (DAP )
  10. N46 Dudong Yap Hoi Liong PR (DAP )
  11. N48 Pelawan Wong Kee Woan PR (DAP )
  12. N59 Kidurong Chiew Chiu Sing PR (DAP )
  13. N63 Piasau Ling Sie Kiong PR (DAP )
  14. N64 Pujut Fong Pau Teck PR (DAP )
  15. N70 Ba'Kelalan Baru Bian PR (PKR )
Apa diketahui DAP amat berminat 5 kerusi berpotensi besar yang PKR dan bebas pernah bertanding melawan BN. 5 kerusi ini terdiri dari majoriti penduduk Dayak yang kemungkinan memberi peluang besar untuk DAP memenanginya.

Di sini menjadi faktor utama kenapa fungsi SWP adalah penting dalam membantu menjayakan hasrat DAP. Apatah SWP adalah GODFATHER dari kepercayaan kaum Dayak semasa SWP masih menjadi kawan baik BN.

Kerusi yang diidamkan DAP yang PKR/BEBAS pernah bertanding:

Mesyuarat Khas PKR yang melantik
Baru Bian Secara resmi Ketua PKR
Sesuatu yang menarik semenjak 2 tahun lepas, Chong DAP selalu menyerang  Baru Bian kerana Baru Bian melantik diri sendiri sebagai ketua PKR tanpa perlu pengundian dalaman PKR. 

Pada 29 November 2014, Anwar Ibrahim telah tiba di Sarawak, kerana mula sedar nasibnya  bakal memasuki penjara kerana kalah kes liwat2 semakin cerah.


Malah Anwar juga sedar perang dingin antara DAP PKR di Sarawak ini telah berlarutan selama 2 tahun  dan boleh menjejaskan jumlah 45 kerusi yang pernah PKR bertanding pada PRN 2011. 

Jadi andai kata Anwar benar-benar masuk penjara apa nasib PKR Sarawak, jika DAP menang lebih banyak kerusi pada PRN11 yang dijangka antara 2015-2016. Ini juga boleh mengubah status Pakatan di Semenanjung.

Anwar pada 30 November 2014, telah mengadakan satu mesyuarat khas PKR Sarawak semata-mata mentabalkan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak dan sekaligus mematikan usaha DAP Sarawak untuk mencari pasal dengan manipulasi Baru Bian.

Tetapi andai kata kehadiran SWP di terima dalam Pakatan nanti sudah tentu bakal menjadi cerita baru. 

Perlu diketahui situasi sekarang PKR telah telah mutamadkan dalam Pakatan Rakyat untuk bertanding dan yakin menang di 26 kerusi. 



Dalam pada masa itu PKR juga membuka 25 kerusi untuk dirundingkan dan dibahagikan dalam Pakatan Rakyat. Kerana kerusi ini kawasan kubu kuat PBB dan PRS yang sukar ditembusi PKR.

Manakala DAP mempunyai congakan lain. Berhajat memilih 12 kawasan dari kedua carta di atas kerana pada pendapat DAP, PKR tidak layak bertanding di Kawasan tersebut.

Berdasar rekod PKR telah bertanding 45 kerusi pada PRN 2011 tetapi hanya memenangi 3 daripadanya. Sudah tentu ini menjadi alasan yang paling kuat DAP untuk mendesak PKR sebagai tidak layak. Kerusi yang dimaksudkan.


Dengan pelantikan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak secara resmi oleh Anwar Ibrahim. Boleh menyukarkan stategi DAP untuk mempertikai hak Baru Bian pertahankan kerusi PKR yang bakal bertanding pada PRN11. 

Dan andai kata SWP menjadi ahli Pakatan Secara resmi bermakna usaha DAP menjadi lebih kuat.

Pada sejarah, Larry Sgn adalah bekas ahli PRS yang sudah pasti berminat kepada semua kerusi PRS bertanding pada PRN 2011. Pemintaan itu sudah tentu akan dipernuhi DAP sekiranya SWP menjadi rakan membantu DAP dalam Pakatan.

Manakala PAS yang merupakan parti pendatang yang baru menapak di Sarawak tidak mempunyai sebarang pengaruh yang kuat kepada rakyat tempatan. Tidaklah dipandang sebagai persaingan hebat oleh DAP mahu PKR. 

Walau bagaimanapun PAS tetap merayu bagaikan peminta sedekah untuk mendapat lebihan kerusi bertanding pada PRN 2011. Mungkin boleh menjadi rakan PKR menentang kehendak DAP. 

Sayangnya PAS tidaklah bergitu kuat hingga boleh menjadi ancaman kepada DAP. Apatah di semenanjung PAS dan DAP berperang besar. 

Sebab itu pada kesempatan kedatangan Anwar di Sarawak telah dipergunakan sebaik mungkin PAS untuk melobi Anwar membantu memenuhi hasrat PAS. Tetapi adakah ini dipersetujui PKR Sarawak?

Namun bergitu ada berberapa perkara perlu diketahui. Pada PRU13 PKR dan DAP Sarawak telah berjaya mencari dana yang besar dari luar negara. untuk kempen PRU13 tetapi sayangnya sebahagian besar dana PKR DAP Sarawak telah diambil oleh PKR dan DAP pusat.

Puncanya baik DAP atau PKR Sarawak adalah parti pendatang yang berpusat di Semenangjung. Dan sudah tentu setiap dana yang diperolehi PKR dan DAP Sarawak perlu disalurkan ke pusat dan sudah tentulah hasilnya PKR dan DAP Sarawak akan peroleh 1/4 dari dana tersebut. 

Persoalan disini orang Sarawak tidak suka orang luar masuk campur politik tempatan tetapi kenapa membenar PKR DAP PAS bertapak di Sarawak?

Akhirnya apakah SWP akan diterima masuk dan bagaimana Nasib PKR sekiranya SWP dan DAP bersatu menjadi kuat. Dan andai kata misi DAP berjaya hingga PRN11. Siapa paling layak dicalonkan sebagai Ketua Menteri dari PKR atau DAP.  PecahPalakMikir




Thursday, 4 December 2014

Sekali Lagi Lim Kit Siang Bermain Api Membela Pemisah Sabah Sarawak #AktaHasutan

Tindakan Lim Kit Siang agak melampau dengan sengaja mempertikaikan Akta Hasutan dan sekaligus membela kehendak dan impian puak Pemisah Memedekakan Sabah dn Sarawak.

Walaupun Lim Kit Siang berdalih tidak bersetuju dengan puak pemisah tetapi dia juga menyatakan menentang keras tindakan kerajaan menggunakan Akta Hasutan untuk menangkap individu atau kumpulan ‘pemisah’ Sarawak dan Sabah.

Apa jua dolak dalih Lim Kit Siang, sebarang tindakan memberi harapan kepada puak Pemisah adalah satu tindakan yang tidak petriotik kepada negara. Sepatutnya sebagai MP yang dilantik rakyat bertanggungjawap mmenentang tanpa kompromi apa-apapun kepada mana puak pemisah yang bercita-cita memederkakan Sarawak dan Sabah dari Malaysia.

(Video) Lawak!! Kelajuan Kejantanan Mahfuz Pertahankan Ustazah Abby Abadi

Huh jangan cakap bila Mahfuz bergegas menjadi jantan sejati, tampil membela Abby Abadi Srikandi PAS. Opss bukan setakat srikandi automatik dilantik Ustazah bertauliah.

Yang peliknya Dr Mashitah tidak menyentuh sama ada salah atau tidak, untuk artis menyertai PAS sebaliknya yang Dr mashitah pertikaikan yang berlagak menjadi Ustaz dan Ustazah segera tanpa perlu mendalami ilmu-ilmu agama. 

Hinggakan kadang-kadang terbabas melalut ketika sesi ceramah para Ustaz Usatzah Mee Seger,a bila menyentuh bab-bab islam.

Bila merujuk kepada persoalan Mahfuz: 
Apa Masalah Dr Mashitah:-

"tindakan tersebut disifatkan sesuatu yang tidak wajar kerana Islam tidak pernah menghalang mana-mana umatnya untuk menyebarkan ajaran agama melalui dakwah. 
“Apa masalah dia tu (Mashitah) terhadap isu penghijrahan artis-artis ini? Mereka ini (artis) berhijrah daripada kehidupan mereka sebelum ini ke arah kehidupan yang lebih Islamik. 
“Setiap orang seharusnya menghayati hidupnya sebagai seorang Islam, bukankah ini juga ajaran yang diajarkan kepada kita?” katanya pada sidang media di sini, hari ini".


Soalan sebenar yang patut diajukan adalah "APA MASALAH MAHFUZ?" Kerana Mahfuz sendiri tidak boleh jelaskan setiap Fatwa PAS yand diwar-warkan mesti ada bercanggah antara satu sama lain?

Udahlah fatwa PAS pakai sedap hentam secukup rasa asalkan menyalamatkan parti, yang haram jadi halal, yang salah jadi betul. Sampai ketahap mengkafirkan sesama islam. Itu belum kira doa melaknatkan sesama islam. (Tengok Video Bawah)

Jadi bila ada pula Ustazah dan Ustaz segera berlajar dengan Fatwa tangkap muat asalkan sesuai dengan kehendak parti!! bayangkanlah apa akan terjadi akhirnya.

Tetapi bila bab-bab hendak serang Dr Mashitah bukan main lancar cerita negara islam lah, syiar islam lah. 

Cuma bila Bab DAP serang tindakan PAS ingin melaknakan undang-undang islam dan negara islam. kecut telur Mahfuz bersembunyi dalam longkang sedalam-dalam yang mungkin.

Bila nasib ahli Iszuree Ibrahim PAS dipecat di Penang kerana pertahankan hak kehidupan orang islam di penang. 

Mahfuz jadi bisu buta tuli senyap tak terkata. langsung tak ada suara. 

Malulah kalau orang seperti Mahfuz setakat berani tunjuk berani depan perempuan dan bila kejantannya diperlukan demi agama islam. kecut telur. chit pirahh.

Dan pada masa yang sama kenalah dengan Abby Abadi nak juga tunjuk pandai dan lebih pandai yang lain!! Tunggu keluaran seterusnya...PPM

Permainan Licik ProPakatanRakyat menguasai #BarCouncil

Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya meneruskan tradisinya menguasai Bar Council sebagaimana DAP dari legasi Lim Guan Eng Mengusai CEC DAP.

Tiada beza bagaimana kuasa-kuasa yang gemar merevolusikan politik demo jalanan cukup cekap membuat helah demi memastikan hanya puak-puak anti akta hasutan sahaja yang layak berada dalam BAR Council.

Sepatutnya BAR Council yang wujud sebelum Akta Hasutan terlebih dahulu dimansuhkan sebelum mereka yang berhajat menggesa kerajaan mansuhkan Akta Hasutan.

Yang pelik bagaimana mereka ini layak bercakap soal undang dan orang tidak terutama yang mahu perkasakan Akta Hasutan.

Sedangkan mereka sendiri melanggar peraturan dengan mencipta klausa tandatangan Aku Janji luar dari luar undang-undang dalam BAR Council untuk memastikan hanya PRO PR berjaya dalam pemilihan mereka.

Dimana ketulasan pemilihan ini sekiranya pengiraan undi menjadi perkara sulit yang tidak boleh melibatkan calon yang bertanding. 

Hasilnya Pro PR berjaya menyekat 12000 ahli Bar Council untuk mengundi dan keputusannya sudah tentu 12 undi tertinggi hanya dikalangan mereka sahaja. 

Wednesday, 3 December 2014

Kenapa Pendatang Zuraida @ybz99 Tidak Layak Memasuki Sarawak

Kalau jenis akal sejengkal macam Zuraida memang sengaja mempamirkan buta-tuli menyaman Kerajaan Sarawak kerana menghalangnya masuk ke Sarawak.

Hakikatnya memang patut sangat orang macam Zuraida dihalang masuk Sarawak. Kerana kelahiran Singapura ini tidak pernah mahu menghormati tatasusila sebagai YB semasa di semenanjung. Tidak ubah macam manusia lupa diri yang langsung tidak menghormati kelebihan diberi.

Malah Zuraida adalah antara yang paling banyak menimbulkan huru-hara di semenanjung termasuk himpunan Bersih dan pelbagai himpunan haram. Aktiviti menghasut secara melampau termasuk memfitnah kerajaan memang tidak dapat dinafikan lagi.

Jadi patut sangat dihalang masuk ke Sarawak. Lagipun orang macam Zuraida mana pernah hendak ambil faham maksud Kuasa Autonomi Sarawak. Sebab itu cara dia mempertikaikan hak Sarawak adalah amat dangkal. 

Sepatutnya Zuraida mengkaji dahalu kenapa Rakyat China yang mahu ke Hongkong perlu mendapat permit masuk, walhal mereka adalah satu negara? Itulah dinamakan "Kuasa Autonomi" Dan bergitu jugalah dengan Sarawak yang tidak berminat membenarkan pengacau seperti Zuraida datang buat onar di negeri orang, jadi hak Sarawak lah mempertahakan hak mereka.

Sepatutnya DAP, PKR dan PAS adalah lebel parti yang patut diharamkan penubuhan dan pergerakan di Sarawak kerana itu parti pendatang tetapi mujurlah kerajaan Sarawak tidak sezalim itu untuk mengharamkannya.

Sebaik-baiknya Zuraida belajar dulu prihal kuasa Autonomi Sarawak sebelum hendak membebel tidak ketahuan hala.




Tuesday, 2 December 2014

‏Tergelak Majlis Peguam Sahaja Berhak Cakap Undang2 Negara @HishammuddinH2O

Tergelak bila mendengar Majlis Peguam cukup perasan yang hanya mereka bercakap soal perundangan negera!! Walaupun hakikatnya dalam Pakatan Rakyat sesiapa sahaja layak membicaranya.

Kecuali kalau ada sesiapa yang menentang Mansuhkan Akta Hasutan itu dianggap tidak layak membicarakan soal undang-undang negara. PPM bersetuju dengan kenyataan Datuk Sri Hishammuddin:-

Hak untuk perbincangan soal perundangan bukan milik Majlis Peguam, sebaliknya hak seluruh rakyat negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerana itu, penubuhan Bona Fide Friends (BFF) of UMNO membuktikan suara Majlis Peguam tidak mewakili semua komuniti perundangan di negara ini.

"Kita bersuara dan pertahankan apa yang ada di dalam Perlembagaan. Bona Fide Friends of UMNO buktikan suara Majlis Peguam tidak mewakili suara seluruh rakyat.

"Soal perundangan adalah hak seluruh rakyat. Undang-undang perlu laksanakan secara adil dan saksama. Kita sama-sama tambah baik Akta Hasutan," katanya semasa ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hishammuddin dalam pada itu turut memberitahu, agenda peremajaan wajib dijadikan agenda utama parti selain menjadi tanggungjawab bersama dalam keluarga besar UMNO.

"Pelan strategik perlu dibina segera agar agenda peremajaan kita bukan hanya berkisar pada usia atau jawatan semata-mata.

"UMNO merupakan parti seluruh rakyat yang bukan hanya pada nama namun pada hati, jiwa, nurani dan berdetik di dalam jantung setiap anak bangsa tercinta," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu, parti kini harus memberi penekanan kepada pendaftaran keahlian dan daftar pemilih dan pembasmian kemiskinan.

"Sebab itu kita akan memfokuskan kepada kawasan yang perlu kekal kemenangannya. Dan kedua, kita fokus kepada kawasan yang perlu ditawan kembali dalam PRU14.

"Kedua-dua gerak kerja ini membawa pendekatan yang berbeza namun kedua-duanya perlu bergerak berasaskan kepada cawangan di bahagian dan negeri. Lebih banyak cawangan dan ahlinya, maka lebih banyaklah jentera kita di bawah," jelasnya.

Shafie turut menegaskan kepentingan untuk mewujudkan badan khusus bagi mengkoordinasi sekaligus memantau program-program pembasmian kemiskinan.

"Badan ini akan mengkaji semula kesemua agensi dan keberkesanan program sedia ada.

"Badan ini akan bertanggungjawab menyelaras, menetapkan Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) selain memerhati dan memantau agensi berkenaan," jelasnya Sumber

Video Amanat terakhir @AnwarIbrahim Sebelum ke penjara #Sarawak #RakyatHakimNegara



Kehadiran Anwar ke Sarawak bukan sahaja untuk menabalkan Baru Bian sebagai sah ketua PKR Sarawak setelah menjadi isu pergaduhan dengan DAP (tunggu pendedahkan PPM nanti). Anwar juga datang ke Sarawak untuk memberi ransangan kepada anak muda menyebelahinya walaupun di penjara.