Saturday, 24 January 2015

3 Agenda Menjurus Penguasaan Secara Mutlak DAP Sebagai King Pulau Pinang

Agenda DAP semakin jelas dan terang untuk menjadi Pulau Pinang dikuasai secara mutlak yang membolehkan mereka menjadikan Pulau Pinang tidak dapat disentuh oleh mana-mana pihak lain.

Jika diamati benar-benar sekiranya DAP berjaya kuasai PBT dan mendapat kuasa Autonomi terhadap Pulau Pinang. DAP boleh membentuk Pasukan Peronda Sukarela lebih kebal dari sebelum ini.

Dan jika digabungkan penguasaan PBT, kuasa Autonomi dan PPS. Menjadikan DAP di Pulau Pinang kebal tanpa dapat disentuh langsung.

Ini agenda jangka panjang yang paling bahaya yang boleh melebarkan jurang ekonomi di antara penduduk bandar dan desa. 

Boleh menyebabkan berlakunya penindasan yang lebih hebat dari yang telah berlaku di Pulau Pinang, boleh menyebabkan campur tangan atau pencabulan DAP terhadap hak-hak termaktub dalam perlembagaan dan terus mencetuskan rusuhan perkauman.

Agenda membolehkan DAP merangka pelbagai peraturan baru melangkau apa yang kita dapat fikirkan sekarang. Apatah dikalangan DAP kebanyakan pakar pengkaji undang-undang akan mengkaji apa sahaja menjadikan Pulau Pinang bebas dari cengkaman mana-mana pihak.

Ini bukan suatu yang mustahil berlaku sekira kerajaan terlampau beri muka dengan agenda ini. Fikir-fikirkan.. Apa yang telah berlaku terhadap melayu dan india sering menjadi mangsa penindasan diusir dari kampung diusir dari mencari makan. 

Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng berani mendahului Yang Dipertuan Agong dengan membenarkan Khalimah Allah bebas digunakan oleh mana-mana pihak sedangkan Makamah melarang penggunaannya.

Lihatlah bagaimana pada 14 Ogos tahun lalu Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Tetapi DAP tetap mahu melaksanakan melalui peralatkan Pakatan Rakyat yang sekarang ditentang Haji Hadi.

DAP tidak buat suka-suka jika kesan jangka panjang tidak menjamin penguasaan DAP dengan pelbagai kelebihan secara mutlak.


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.