Ini bukan kali pertama @EricPaulsen101 menghina islam malah menjadi rutin harian dgn mencari pelbagai isu samada luar/dalam negara dan dikaitkan dengan islam di Malaysia.
Sekarang siapa yang anti islam? Sekarang kerana rakyat bangkit dia menafikan yang dirinya bukan anti islam.
Kalau bukan anti islam kenapa rutin hariannya hanya mahu memperburuk-burukan islam di Malaysia. Siapa dia yang layak sangat untuk menghina islam di Malaysia.
Adakah dengan hanya kelayakan seorang peguam memberi hak untuk menghina agama orang lain.
Ini bukan budaya Malaysia untuk menghina agama orang lain.
Merujuk Khutbah Jumaat pernahkah dia menghadiri khutbah Jumaat? Pada PPM sepajang usia belum pernah mendengar khutbah yang menyeru umat islam bangkit memusuhi mayarakat bukan islam disekeliling kita.
Kalau mereka anggap ekstrim adakah masyarakat islam yang menghadiri dan mendengar khutbah jumaat bangkit memerangi bukan islam selama ini untuk membuktikan tuduhan mereka yang Jakim salah guna kuasa?
Kalau benar adaian mereka sudah lama masyarakat islam bangkit membenci jiran tertangga mereka yang bukan sesama islam malah tidak mustahil ada yang bangkit sehingga ke tahap membunuh.
Tetapi itu langsung tidak berlaku malah bukan islam dan islam masih boleh duduk minum kopi bergelak dan ketawa, bekerja bersama-sama, saling bantu membantu malah dalam kesusahan yang sering diiklan di facebook ada bukan islam minta tolong yang islam datang menolong.
Kalau benar budaya ekstrim disemat dalam khutbah jumaat ini akan menjadi virus hingga berlaku minda di jajah menjadi masyarakat seorang perbenci bukan islam hingga bertindak diluar batasan kewarasan. Tetapi tiada bukti menjurus masyarakat islam telah dijajah oleh khutbah ekstrim Jakim?
Malah masyarakat islam melayu Malaysia masih bersifat lembut hati bila bersama-sama bukan islam selama ini. Dan ini membuktikan tuduhan mereka itu palsu.
Merujuk kepada Latheefa Koya kenapa dia menyokong Eric? Kerana mereka satu syarikat guaman dan menjadi anak buah kepada Ambiga yang sememangnya mempunyai agenda jelas memerangi Jakim sebelum mereka boleh menyerang pelbagai agenda lain. Kerana Jakimadalah kunci utama kekuatan islam di Malaysia.
Apa anutan Latheefa Koya sewenang-wenang memfitnah khutbah jumaat? Ini contoh pertanda kehadiran wanita akhir zaman memfitnah agama sendiri demi mempertahankan agenda ketuanya Ambiga.
"Buatlah kajian, khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jakim selama ini sentiasa menyeru umat Islam kepada kesederhanaan, perpaduan, saling menghormati sesama agama dan kaum serta nilai-nilai murni sejagat biarpun kerap menyentuh soal menjaga kesucian Islam dan akidah.
“Bagi beberapa sarjana Islam tempatan, khutbah Jakim dilihat agak 'lembut' dan adakalanya tidak reflektif kepada tekanan yang dihadapi oleh umat Islam,”
Lupakah kita dari puak mana yang mendesak hak pilihan agama buat anak-anak berusia 21 tahun ke atas. Siapa yang mendesak pindaan ini kalau bukan dari puak2 biadap ini?
Siapa yang cuba menghalalkan perkahwinan campuran agama dan jantan sama jantan dan memerdeka LGBT? Menghalalkan murtad, Menghalalkan pegang-pegang anjing dan banyak lagi yang menyentuh sesuatu dilarang dalam islam cuba di serang oleh puak-puak biadap ini?
Ini adalah langkah menuju agenda selanjutnya sedikit demi sedikit mereka mempertikaikan hak termaktub islam. Dan langkah paling utama musnahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mudah jarum-jarum yang lain datang menusup.
Inilah pertanda buat kita masyarakat islam untuk bersatu menentang dengan penuh kebijaksanaan iaitu memastikan mereka ini didakwa dan ditangkap. Malaysia akan musnah jika puak-puak ini terus menerus bertindak memecah-belahkan umat islam di Malaysia kerana kebanyakan melayu islam telah mengjadi pengikut mereka dan itu pertanda pengakhiran yang menakutkan. Bangkitlah saudara seislamku bersatu memerangi kejahatan mereka. Allahu Akbar
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.