Mengejutkan Indonesia ada 200 Juta Umat Islam tetapi 2 Juta memilih Murtad setiap setahun, Ini sebabnya kenapa kita mempertahankan khalimah Allah dan menghalang desakan DAP untuk membenarkan remaja usia 21 tahun memilih agama sendiri. Tetapi yang sedihnya yang bergelar parti Islam menjadi barua DAP.
Bangkit saudara seislamku adakah ini yang kita mahukan di Malaysia?
Ini kenapa kita perjuangkan hak termatub islam dan sebarkan sebanyak mungkin yang anda mampu Insya Allah mudah-mudahan jihad kita memberi impak besar.
Murtad satu perkara SERIUS. Itu kenapa Allah SWT amat menegaskan menjaga penyakit barah ini.
ReplyDeleteIndonesia, banyak kesyirikan berlaku. Sehingga kini tahyul, memuja keramat dan meminta pertolongan makhluk jin masih berleluasa akibat desakan hidup yang teruja mencari kekayaan mudah, pangkat, jodoh dan berbagai lain niat jahat manusia.
Di Malaysia, sekular dan liberal sudah mula cuba di susup semula dalam Islam. Mereka sentiasa merujuk Human Right dan mula mengalih sesuatu amalan hanya keserasian hidup yang KONON nya lebih moderat (moderate) Ini lah "bullshit" yang di propogandakan musuh-musuh utama Islam nyata.
Suatu masa dulu, kejahilan menjadikan ketaksuban amalan tahyul. Kemudian para Pemimpin dan Ulama kita berusaha merubah ke jalan yang Benar dan sehingga kini banyak yang sudah berubah lebih menjurus cara sebenar amalan Islam.
Namun apabila sudah berpendidikan, gejala "lebih tahu dan mengabaikan yang haq" telah menjadi penyakit melanda Umat Islam, khas nya Melayu di Malaysia. Kenapa terjadi ? Ulama dan Pihak bertanggung-jawab tidak lagi "vokal dalam kepakaran ilmu-ilmu di miliki" kerana pengaruh politik yang tidak lagi menjurus kepada pembangunan ummah.
PM Najib melancarkan Indeks Syariah. Sekadar mana, harap pecahpalakmikir dapat cari butiran pemahaman semua...