Tanggungjawab kerajaan adalah terhadap rakyat dan bukannya untuk memuaskan hati pembangkang.
Sebaliknya, pembangkang pula hanya mengkritik setiap inisiatif kerajaan dan menggunakannya untuk tujuan keuntungan politik semata-mata.
“Pembangkang hanya tahu … mencari keuntungan untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang memerintah.
“Mereka sering menggunakan idea yang tidak berkualiti untuk didebatkan, dan rakyat sudah tentu dapat meneka reaksi parti pembangkang.
“Rakyat sudah hilang hormat dengan pembangkang ini, sebab otak mereka beku, jiwa mereka jumud pada pandangan mereka sahaja,” kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menyelar pembangkang kerana sedia memperjudikan rakyat dan masa depan negara semata-mata hanya untuk keuntungan politik.
“Rakyat perlu dipastikan dapat menikmati hidup dalam keadaan ekonomi yang kukuh untuk jangka masa panjang dan perkara inilah yang sedang diusahakan oleh kerajaan persekutuan.
“Ini bukan soal politik. Ini soal masa depan negara. Saya sendiri rasa mereka tidak bertanggungjawab dalam masa kita nak yakinkan negara dan rakyat bahawa ekonomi negara kita OK supaya rakyat tidak panik dan sebagainya,” katanya.
Pembangkang tambahnya akan terus dan sentiasa membuat persepsi negatif terhadap sebarang langkah kerajaan BN dan lantaran itu adalah tidak berfaedah untuk berdebat mengenainya.
“Mereka marah kalau tidak dibawa berbincang, tetapi kalau dibawa berbincang negatif 24 jam, macam mana nak buat? Tidak akan ada satu kerja kita boleh buat.
“Soalnya sekarang, apa pun pandangan kerajaan salah. Macam mana nak berbincang dengan orang macam begini?” katanya.
Beberapa pemimpin pembangkang semalam menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menjemput mereka mendengar perutusan khas berkaitan ekonomi semasa negara dan tidak melakukannya di Parlimen
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.