Berdasarkan kenyataan Phahrolrazi menggambarkan Haji Hadi tidak berminat lagi dengan kejersama Pakatan Rakyat. Dari kesinambungan itu PASma diwujudkan demi memastikan hubungan PAS dalam kerjasama Pakatan Rakyat terus berkekalan.
Tanpa menjelaskan kenapa Haji Hadi bertegas mahu meneruskan ketegangan PAS terhadap Pakatan Rakyat. Memang pada awalnya hubungan PAS dengan PKR dan DAP lebih berkisar kepada peristiwa perebutan kuasa Menteri Besar Selangor di mana Pemecatan Khalid Ibrahim tanpa sebab yang khusus dan jelas menyebabkan PAS tidak berpuas hati dengan tindakan PKR.
Malah PAS tidak bersetuju dengan pelantikan Wan Azizah dan masih mahu melantik Azmin Ali walaupun hakikatnya PAS adalah lebih berhak menjadi Menteri Besar. Isu yang berpanjangan ini menyebabkan DAP menjadi marah atau berpura-pura marah terhadap PAS atas sesuatu agenda yang kurang jelas pada masa itu.
Isu ini menjadi DAP dan PAS terus menerus tegang walaupun PKR sudah hampir mahu melupakan. Timbul pula isu pelaksanaan Hudud di Kelantan menyebabkan ketegangan PAS DAP menjadi lebih ketara.
Ramai dikalangan DAP mula menyerang Haji Hadi secara bertubi-tubi dan pada masa yang sama orang-orang popular PAS Mahfuz, Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad dan ramai lagi. Tidak bergitu mengambil berat untuk mempertahankan Haji Hadi dari diserang DAP. Malah ramai dikalangan mereka lebih menjurus mempertahankan apa jua agenda DAP memerangi islam seperti isu Khalimah Allah, Khutbah Jumaat, murtad dan pelbagai lagi.
Pada masa itu jugalah wujudnya gerakan khas PASma yang mempunyai agenda yang hampir sama dengan rancangan DAp.
Gerakan PASma semakin jelas apa bila mula berhubung dengan DAP untuk menjaringkan hubungan baru dengan misi baru.
Tidak kah nampak sekarang ini pergerakan PASma dan DAP adalah sama untuk menyingkirkan Haji Hadi. Calon terutama pergantinya sudah pasti Mat Sabu yang mempunyai hubungan dengan DAP cukup arkab hingga menikmati pelbagai faedah besar dari DAP.
Manakala PASma adalah kehendak individu yang lain selama ini kurang menyerlah dan peluang menjadi yang utama dalam PAS selepas kejatuhan Haji Hadi.
Manakala Phahrolrazi dulunya amat kecewa dengan sikap Haji Hadi tidak mengambil endah untuk melantik dirinya sebagai MB Kedah dan menyelahkan Haji Hadi atas jatuhnya Kedah kepada BN. Semua isu lama mula diungkitkan dalam hujah Phahrolrazi. Adakah ini dendam lama?
PasMa terus berusaha untuk bekerjmencari kerjasama dengan DAP dan PKR, Phahrolrazi merasakan sia-sia untuk bertemu Hadi kerana beliau telah melarang ahli PAS menyertai PasMa.
“Saya telah beberapa kami bertemu dengan beliau ketika PAS memerintah di Kedah dan memberi amaran bahawa kita akan kehilangan negeri ini sekiranya (Allahyarham bekas) menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus memerintah, tetapi presiden (Hadi) tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan kami hilang Kedah,” katanya.
Phahrolrazi, yang disebut-sebut untuk menggantikan Azizan pada 2012, menolak pelantikan semula dalam exco negeri sebagai tanda protes.
Bagaimanapun, PAS waktu itu memutuskan agar Azizan kekal sebagai MB, manakala Phahrolrazi dipujuk untuk terus kekal dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.
“Hadi menyerang PasMA sebelum kami dapat berjumpa dengannya (Hadi), tetapi sekiranya beliau mahu bertemu dengan kami, kami tetap sanggup berjumpa dengannya,” tambahnya lagi. MalaysiaKini
Andai katalah kerjasama PASma dengan DAP PKR berjaya menyingkir Haji Hadi dan diganti dengan Mat Sabu. Bermakna DAP telah memasang proksi yang kuat yang boleh mengawal pergerakan PAS mengikut terlunjuk khusus DAP.
Malah individu dalam PAS seperti Haron Din yang lebih mengutamakan perpaduan Islam akan dikunci dalam peti besi dari bersuara. Mereka tidak memaksanya keluar dan akan terus pertahanan pengekalan dalam PAS kerena itu adalah sumber penarik melayu islam untuk terus setia bersama PAS walupun sudah menjadi boneka mainan DAP.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.