Friday, 16 January 2015

Video: RCI Skandal Balak Punca Banjir Luar Biasa kelantan

Pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah menafikan penglibatannya dengan sebarang aktiviti pembalakan di Kelantan meski syarikat itu memiliki tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang.

Sebaliknya dakwa Ngeh Koh Ham, syarikat Upayapadu hanya terlibat dalam usahasama dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk projek penanaman semula pokok (pokok getah klon balak).

Serentak dengan penafian tersebut, Ngeh Koh Ham mengumumkan akan mengambil tindakan saman ke atas akhbar Berita Harian kerana didakwa menyiarkan laporan berniat jahat berhubung aktiviti pembalakan yang mencemarkan Sungai Kelantan.

Tindakan saman itu mungkin meredakan pertikaian ramai terhadap isu pembalakan yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu. Mungkin itu yang diharapkannya.

Pun begitu penafian Ngeh Koh Ham hakikatnya belum meleraikan


keraguan umum. Ada persoalan penting yang menuntut jawapan jujur dari Ngeh Koh Ham dan Upayapadu terutama sekali mengenai tujuan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar tersebut.

Ramai yang terus tertanya-tanya betulkan penglibatan Ngeh Koh Ham melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd sekadar untuk menanam pokok getah semata-mata? Kenapa timbul pertanyaan sedemikian tentu ada sebabnya.

Mengikut rekod, Ngeh Koh Ham bersama syarikat Efektif Kirana yang dikuasainya mula mengambil alih Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada April 2012. Tiga bulan sebelumnya tanah seluas 10,525 ekar di Gua Musang itu telah diklankan dalam portal iProperty.comdengan nilai RM36.8 juta bagi pajakan selama 70 tahun.

Berdasarkan iklan hartanah oleh iProperty.com yang bertarikh 12 Januari 2012 itu, kita dimaklumkan 1,000 ekar dari tanah yang berkeluasan 10,526 ekar itu telah ditanam dengan pokok getah. Baki 9,500 ekar lagi merupakan kawasan hutan balak yang berupaya menjana 20,000 tan hasil kayu balak.

Dalam iklan yang sama juga menyatakan 30 peratus dari hasil keuntungan hasil pembalakan di tanah tersebut perlu disumbangkan kepada YIK. Syarat ini membawa makna pihak yang menguasai tanah pajakan lebih 10,000 ekar itu akan beroleh manfaat dari hasil 20,000 tan kayu balak tersebut.

Di sinilah sebab musabab timbul persoalannya, benarkah syarikat Upayapadu milik Ngeh Koh Ham hanya terlibat menanam pokok getah semata-mata di seluruh kawasan yang luasnya melebihi 10,000 ekar? Apa buktinya kayu pokok getah telah ditanam tanpa perlu menebang pokok balak?

Kalau betul tujuannya hanya nak tanam pokok getah kot mana pun baki keluasan 9,500 ekar hutan balak mesti dibersihkan dahulu sebelum ditanam dengan pokok getah, bukan begitu? Jadi siapa yang tolong tebang kayu balak tersebut dan pihak mana yang meraih hasilnya? Mustahil balak yang ditebang dibiarkan tanpa meraih keuntungan. Per lu ada penjelasan di sini.

Kita sedia maklum 1,000 ekar tanah tersebut sudah ditanam dengan pokok getah sebelum Ngeh Koh Ham ambil alih kepentingan dalam syarikat Upayapadu, jadi takkanlah setakat 1,000 ekar itu sahaja perkembangan prestasi penanaman pokok getah? Betulkah syarikat Upayapadu langsung tak terliur dengan hasil balak di baki tanah seluas 9,500 ekar lagi itu?

Satu perkara yang cukup menarik dari iklan di iProperty.com ada mengepilkan sekali pelan lokasi tanah seluas 10,526 ekar itu yang bila kita bandingkan dengan imej satelit pada pilihan tab mapsdisebelah dan dizoomkan akan terpaparlah imej bukit-bukit yang gondol. Siapa yang bertanggungjawab menggondolkannya?.

Mungkin ada pembaca yang memiliki komputer yang lebih baik prestasinya boleh membuat kaji selidik lebih mendalam dengan imej satelit itu seterusnya printscreent dan buat perbandingan dengan pelan tanah yang hampir seiras bentuknya itu sekadar untuk rujukan dan penilaian kita semua.

Penulis harap imej satelit kawasan bukit yang gondol itu bukannya tanah 10,526 ekar yang dimiliki Ngeh Koh Ham secara pajakan melalaui syarikat Upayapadu kerana Ngeh sendiri dah nafikan terlibat dalam aktiviti pembalakan yang menggondolkan hutan balak dan bukit di Kelantan. Mungkin imej gondol itu sebenarnya milik syarikat lain.

Apa pun banyak lagi persoalan sebenarnya yang menuntut penjelasan, tapi kalau Ngeh Koh Ham dapat memberi jawapan logik dan ampuh untuk beberapa persoalan yang telah diajukan di atas, penulis percaya selepas ini pertikaian yang mengaitkannya dengan aktiviti pembalakan di Kelantan akan hilang sedikit demi sedikit. Artikel kredit to isuhot.com

Monday, 12 January 2015

@LatheefaKoya @EricPaulsen101 Padam Twit kerana tiada bukti menuduh Jakim Ekstrimisme

Ini bukan kali pertama @EricPaulsen101 menghina islam malah menjadi rutin harian dgn mencari pelbagai isu samada luar/dalam negara dan dikaitkan dengan islam di Malaysia. 

Sekarang siapa yang anti islam? Sekarang kerana rakyat bangkit dia menafikan yang dirinya bukan anti islam.

Kalau bukan anti islam kenapa rutin hariannya hanya mahu memperburuk-burukan islam di Malaysia. Siapa dia yang layak sangat untuk menghina islam di Malaysia. 

Adakah dengan hanya kelayakan seorang peguam memberi hak untuk menghina agama orang lain.

Ini bukan budaya Malaysia untuk menghina agama orang lain. 

Merujuk Khutbah Jumaat pernahkah dia menghadiri khutbah Jumaat? Pada PPM sepajang usia belum pernah mendengar khutbah yang menyeru umat islam bangkit memusuhi mayarakat bukan islam disekeliling kita.

Kalau mereka anggap ekstrim adakah masyarakat islam yang menghadiri dan mendengar khutbah jumaat bangkit memerangi bukan islam selama ini untuk membuktikan tuduhan mereka yang Jakim salah guna kuasa?

Kalau benar adaian mereka sudah lama masyarakat islam bangkit membenci jiran tertangga mereka yang bukan sesama islam malah tidak mustahil ada yang bangkit sehingga ke tahap membunuh.

Tetapi itu langsung tidak berlaku malah bukan islam dan islam masih boleh duduk minum kopi bergelak dan ketawa, bekerja bersama-sama, saling bantu membantu malah dalam kesusahan yang sering diiklan di facebook ada bukan islam minta tolong yang islam datang menolong.

Kalau benar budaya ekstrim disemat dalam khutbah jumaat ini akan menjadi virus hingga berlaku minda di jajah menjadi masyarakat seorang perbenci bukan islam hingga bertindak diluar batasan kewarasan. Tetapi tiada bukti menjurus masyarakat islam telah dijajah oleh khutbah ekstrim Jakim?

Malah masyarakat islam melayu Malaysia masih bersifat lembut hati bila bersama-sama bukan islam selama ini. Dan ini membuktikan tuduhan mereka itu palsu.

Merujuk kepada Latheefa Koya kenapa dia menyokong Eric? Kerana mereka satu syarikat guaman dan menjadi anak buah kepada Ambiga yang sememangnya mempunyai agenda jelas memerangi Jakim sebelum mereka boleh menyerang pelbagai agenda lain. Kerana Jakimadalah kunci utama kekuatan islam di Malaysia.

Apa anutan Latheefa Koya sewenang-wenang memfitnah khutbah jumaat? Ini contoh pertanda kehadiran wanita akhir zaman memfitnah agama sendiri demi mempertahankan agenda ketuanya Ambiga.

"Buatlah kajian, khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jakim selama ini sentiasa menyeru umat Islam kepada kesederhanaan, perpaduan, saling menghormati sesama agama dan kaum serta nilai-nilai murni sejagat biarpun kerap menyentuh soal menjaga kesucian Islam dan akidah.

“Bagi beberapa sarjana Islam tempatan, khutbah Jakim dilihat agak 'lembut' dan adakalanya tidak reflektif kepada tekanan yang dihadapi oleh umat Islam,”

Lupakah kita dari puak mana yang mendesak hak pilihan agama buat anak-anak berusia 21 tahun ke atas. Siapa yang mendesak pindaan ini kalau bukan dari puak2 biadap ini?
Siapa yang cuba menghalalkan perkahwinan campuran agama dan jantan sama jantan dan memerdeka LGBT? Menghalalkan murtad, Menghalalkan pegang-pegang anjing dan banyak lagi yang menyentuh sesuatu dilarang dalam islam cuba di serang oleh puak-puak biadap ini?

Ini adalah langkah menuju agenda selanjutnya sedikit demi sedikit mereka mempertikaikan hak termaktub islam. Dan langkah paling utama musnahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mudah jarum-jarum yang lain datang menusup.

Inilah pertanda buat kita masyarakat islam untuk bersatu menentang dengan penuh kebijaksanaan iaitu memastikan mereka ini didakwa dan ditangkap. Malaysia akan musnah jika puak-puak ini terus menerus bertindak memecah-belahkan umat islam di Malaysia kerana kebanyakan melayu islam telah mengjadi pengikut mereka dan itu pertanda pengakhiran yang menakutkan. Bangkitlah saudara seislamku bersatu memerangi kejahatan mereka. Allahu Akbar

Sunday, 11 January 2015

Ambiga Cuba Bela Eric Paulsen Hina Khutubah Jumaat Melalui Mahkamah Kenakan Jakim

Semangat anti islam dan mahu memusnahkan Jakim adalah ranka kerja Ambiga sejak dulu lagi dan kali ini Ambiga dengan berani mempertahankan tindakan Eric Palusen menyamakan khutubah jumaat dengan extrimis.

Ini adalah langkah setrus menutup kisah pembalakan haram di Kelantan dan menjatuhkan matabat islam. Andai kata mereka menang di Mahkamah bermakna islam di Malaysia akan jatuh sehingga khutubah jumaat boleh disangkal dan menang mana kata yang lain akan satu persatu akan di hapuskan oleh syaitan iblis.

Rupanya Sayang Sangat PAS Dengan @EricPaulsen101 Walaupun Menghina Islam

Sesuatu yang amat-amat mengejutkan bila kenyataan lembut PAS hanya boleh sebut padam kenyataan di twitter dan mohon maaf. Setakat itu sahaja abis cerita. Sayang sangat orang pas rupa-rupanya terhadap si bangsat ini.

Inilah yang diperkatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, Eric perlu padamkan kenyataan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada umat Islam sekiranya kenyataannya itu merujuk kepada khutbah Jumaat.

Itu sahaja yang PAS mahu dan selepas ini makin ramai orang-orang bangsat seperti Eric Paulsen berlumba-lumba menghina mencacai islam dan lepas itu mohon maaf dan abis cerita. Adakah kenyataan lembut ini kerana sayang sangat dengan si bangsat ini atau takuyt DAP mengugut PAS diusir keluar dari Pakatan Rakyat.

Inikah rupa PAS setelah menjadi talibarut DAP? Walhal ini bukan kali pertama Eric Paulsen menghina islam dan malah acap kali menghina PAS. Jangan jadi bacul semata untuk tali barut.