Thursday, 21 July 2016

#SCS14 #Lim2GoneEnd Rahsia Di Sebalik Bubar DUN @CmLimGuanEng

Sebelum ini DAP bermati-matian menafikan P.Pinang akan bubarkan DUN untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri awal dijalankan.

Setelah hampir 2 minggu pelbagai pihak dari DAP menafikan dan melebelkan sebagai mainan jahat pihak yang cuba melaga-lagakan DAP. Semalam Lim Guan Eng dalam pertemuan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dihadiri Azmi dan Nurul Izzah telah membincangkan secara khusus prihal isu bubar DUN awal Pulau Pinang.

Dalam sidang media Lim Guan Eng meluahkan kekecewaan bila perjumpaan yang sepatutnya menjadi rahsia telah terbongkar dari pihak-pihak tertentu. Yang menjadi kelakarnya dalam kekecewaan terbongkar agenda rahsia ini, Lim Guan Eng mendedahkan 3 lagi rahsia iaitu Lim Guan Eng telah ulang-alik dari Penang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan PKR Selangor dan Mat Sabu PAN untuk mebincangkan isu yang sama hingga pertemuan semalam.

Dalam kecewa rahsia terbongkar dia bongkar lagi rahsia. Apa rahsia yang sebenarnya? Apa motif jenaka yang di buat oleh Lim Guan Eng.

Kalau di imbas kembali kenapa timbul isu bubar DUN. Semuanya berpunca dari Lim Guan Eng ditangkap dan didakwa di Makamah atas kes salah guna kuasa Ketua Menteri hingga Lim Guan Eng dapat membeli rumah banglo murah RM2.8juta dari nilai sebenar cecah RM6juta, dari Ms Phang dan syarikat Ms Pahang memiliki Tanah Taman Manggis dyang akhirnya berjaya menikmati untung atas angin RM59 juta. Isu ini sama dengan kes Khir Toyo Mantan Menteri Besar Selangor, yang menyebab beliau merengkok dipenjara.

Bila Lim Guan Eng di dakwa timbul isu Lim Guan Eng wajar letak jawatan Ketua Menteri seperti lazimnya tindakan yang diambil mana-mana menteri dan YB yang terbabit dalam kes membabitkan kes pendakwaan Mahkamah akan meletak jawatan.

Sebenarnya isu bubar DUN ada 2 sebab:

1. Sebab Lim Guan Eng hendak pelarikan isu letak Jawatan ketua Menteri kerana dia sendiri yang tahu apa yang dia lakukan sukar untuk dielak dari desakan meletak Jawatan dari hari ke hari.

2. Momentum populariti Lim Guan Eng sekarang dalam keadaan makin popular kerana simpati kaum DAPigs tetapi berapa lama boleh tahan momentum simpati. Kalau kelaziman senario politik Malaysia sesuatu simpati dari senario salah laku tak akan bertahan lama. Seperti kes Anwar Ibrahim, Khir Toyo dan ramai  lagi.

Apatah kes Lim Guan Eng amat kukuh dengan pelbagai bukti malah ada kes yang sama seperti kes Khir Toyo sebgai rujukan. Lim Guan Eng cuba mengelak dari terpaksa meletak jawatan kerana jika berlaku senario kesnya dan tanggapan masyarakat akan menjadi lebih kritikal.

Di samping itu Lim Guan Eng ada banyak isu yang lain mula meningkat popular bersama kes yang didakwa di makamah ini. Ini akan menyebabkan populariti Lim Guan Eng tidak mampu untuk bertahan untuk tempoh yang lama.

Sekiranya Lim Guan Eng mampu mendesak DUN Pulau Pinang dibubarkan sekarang tentulah dia fikir dia akan berpeluang untuk menang dengan mudah dan menangkis desakan meletak jawatan Ketua Menteri.

Tetapi hasil dari perjumpaan sulit dengan Pakatan Harapan yang didedahkan Lim Guan Eng sendiri. Menggambarkan situasi tidak sepakatan antara DAP, PKR dan PAN.

Pada Mat Sabu mungkin tidak ada masalah sebab dia mana boleh lawan Lim Guan Eng kalau tak bajet kena potong tetapi PKR akan menimbangkan berberapa perkara:

1. Kalau Lim Guan Eng menang sekarang tiba-tiba kes Lim Guan Eng kalah di Mahkamah. Impaknya adalah PRU14.

2. Isu yang dipertimbangkan PKR bukan setakat isu Banglo dan Taman Manggis tetapi pelbagai isu lain seperti isu besar Terowong Bawah laut, Bajet pengankutan Pulau Pinang dan isu sampingan lain seperti pelabur besar lari, banjir, penindasan peniaga melayu dan india malah kes rampasan 29 kampung melayu india hingga kroni untung makan hasil mula menjadi bualan semula.

Persoalannya mampukah Lim Guan Eng menangkis semua ini dan memenangi PRN Pulau Pinang jika DUN dibubar awal. Lim Guan Eng perlu ingat PRU12 PRU13 Lim Guan Eng boleh menangkis semua isu kerana dia tidak terbabit dengan kes Mahkamah tetapi senario sekarang kes adalah sukar untuk menang kerana kes Khir Toyo adalah sama dengan kesnya.

Apa yang pasti ibarat malam-malam Lim Guan Eng terkencing atas tilam. #Lim2GoneEnd

Like and Share PecahPalakMikir Facebook

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.