Dalam artikel Al-Kisah Zairil Khir Johari untuk mengangkat DAP sebagai pembela melayu, dia tidak melepas peluang mencari alasan untuk menggelarkan Dato Sri Najib Razak sebagai bebal dalam text dibawah:
Dalam erti kata lain, selagi kekhuatiran Melayu berterusan, selagi itulah Umno akan kekal relevan. Bak kata presiden Umno, Dato’ Sri Najib Razak, “Tiada Umno berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini.”
Kenyataan yang dibuat oleh presiden Umno ini sebenarnya amat bebal, kerana sekiranya benar orang Melayu ditindas dan dipinggir di negara ini, maka secara logiknya Umno sendiri yang sepatutnya bertanggungjawab kerana menguasai tampuk pentadbiran sejak kemerdekaan.
Malah, adalah Umno sendiri yang menyebabkan kerugian besar harta negara melalui penyelewengan dan pengkhianatan seperti yang berlaku dalam skandal Bank Bumiputera pada awal tahun 1980an, skandal Forex Bank Negara pada awal tahun 1990an,
Mengapa Zairil menyokong deklarasi antara TDM DAP PKR dan PAN. Kalau Zairil menulis bebal siapa yang menyokong UMNO dengan mengaitkan contoh skandal dari Zaman Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO. Bukankah dia juga bebal?
Sebelum daripada itu layak kah Zairail mengaku melayu? Dan layakkah dia menulis perihal melayu sedangkan dirinya bukan anak melayu. Zairil boleh mereka apa sahaja kebajikan atas kertas dibuat DAP tetapi kenapa tidak sertakan sekali penyelewengan DAP.
Kenapa dia tidak menulis ucapan Hew Kuan Yau DAP menyeru orang cina menyokong calon melayu suaya mereka dapat menonton Melayu Skrew Melayu semasa PRN Sarawak.
Kenapa dia tidak serta sekali Nga Kor Ming Dap menghina wang pemberian di hari raya aidifitri sebagai dedak dan rasuah:
Kenapa dia tidak menulis bagaiamana Lim Guan Rampas 29 tanah melayu dan india, menggadaikan tanah Taman Manggis untuk Projek Perumahan Rakyat miskin demi dapat beli sebuah banglo dengan harga diskaun RM2.8 juta dari nilai sebenar RM6 juta malah kes ini sama dengan kes Khir Toyo yang DAP paling lantang menyerang.
Sebenarnya Zairil Khir Johari awak yang lebih bebal menjadi barua DAP kerana menyembunyikan segala salah-laku Lim Guan Eng kerana mengharap sesuatu demi peribadi bukan kerana memperjuangkan Agama Bangsa.
Joseph Lim, David Nga, Teresa Kok, Tony Pua, Anthony Loke,Hannah Yeoh....semuanya kristian evangelist.
ReplyDeleteSiapakah Christopher Lim aka 'Zairil Khir Johari'?