Memang kali ini rakyat Malaysia diberi rahmat oleh takdir Allah, dengan mempertontonkan wayang sendiwara Pakatan Haram dalam mentabir Selangor. Semenjak Hasan Ali dipecat, bukannya hendak memberi ruang nafas lega buat Pakatan Haram, sebaliknya makin mengelabah segala wajah-wajah Pakatan haram yang mengtabir Selangor.
Kadam oh kadam kenapa engkau buat auta. Macam mana aku tak Auta, Anwar yang suruh! Anwar yang Suruh! |
Satu persatu tampa putus-putus wakil Pakatan Haram menyerang Hasan Ali seorang. Macam-macam edisi cerita cuba didedahkan membabitkan hal salah laku Hasan Ali. Pelik bukan! Kenapa sehingga Hasan Ali di pecat baru hendak nampak salah laku Hasan Ali. Adakah sebelum ini setiap salah laku Hasan Ali itu halal selagi dia masih bersama-sama Pakatan Haram dan bertukar menjadi haram bila keluar atau dipecat dari Pakatan Haram. Bagaimana dengan menteri yang belum dipecat, masih halalkah salah laku mereka?
Kali ini Khalib Gagap pula mendedah yang Hasan Ali masuk campur dalam urusan pemberian tender prasarana Selangor. Kenapa pulak baru sekarang Khalib baru boleh nampak dan menegur Hasan Ali. Kenapa tidak sebelum ini semasa Hasan Ali masih lagi sebahagian dari Pakatan Haram.
Apakah sebelum ini fungsi Khalib Gagap hanya sekadar kadam tua yang tidak boleh mencampuri urusan-urusan salah laku exco lain. Bukankah Menteri Besar berkuasa memantau setiap pergerakan Exco dibawahnya, dan kalau betul kuasa Menteri Besar boleh memantau kenapa Khalib Gagap kena tunggu Hasan Ali dipecat baru boleh hendak mendedahkan segala salah laku Hasan Ali.
Dimana hilangnya sistem SELCAT yang dibanga-bangakan kerajaan Selangor, yang konon paling telus dan cekap. Kenapa SELCAT tidak berfungsi untuk memantau salahlaku menteri dari Pakatan Haram atau hanya berkuasa untuk mendedah salah laku pemimpin UMNO dan mendakwa mereka sahajakah. Jika betul hanya boleh digunakan untuk menentang lawan, dimana pula letaknya intergriti sistem SELCAT yang dicanang-canangkan selama ini. Rujuk sini
Sekarang rakyat Selangor boleh lihat dengan jelas dari apa yang dipertontonkan takdir Allah. telah membuktikan selama ini pentabiran Selangor sekadar mainan wayang untuk menyelamat kroni dan bukannya berdasarkan ketulusan dan kecekapan menjaga kepentingan rakyat. Malah kesungguhan berbakti kepada rakyatpun tidak ada! Sedangkan janji-janji PRU12 dengan rakyat yang berjela-jela belum ditunaikan, sebaliknya rakyat Selangor ditipu hidup-hidup dengan dalih lagu "bangau oh bangau" menunding salah orang lain. Kini muncul lagi pembuktian menteri Pakatan Haram lebih mengutamakan kekayaan kroni dari mentabir dengan baik dan berkesan.
Berbeza pula dengan Najib yang sanggup merelakan mana-mana menteri disoal dan dibicarakan tampa campur tangan dan beliau sendiri turun ke padang, dengan sendiri untuk memenuhi pengisian Tranformasi Kebajikan Rakyat. Najib itu permata dan Pakatan Haram bukanya kaca sebaliknya plastik luntur dalam tong sampah. Allah telah takdirkan dengan pentunjuk yang jelas bahawasanya kepimpinan Pakatan Haram hanya manis dimulut tapi penjaham segala-galanya. Kenapa pula kita perlu menafikan dengan apa dipertontonkan Allah. Fikir-fikirkan sebelum terlewat dalam penyesalan.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.