Wednesday, 16 May 2012

02 Arena London-Anjing Terjerit Bersih 3.0 Lari Apabila Najib Razak Perlawa Bersemuka

Memalukan.....kalau nak menjerit sekalipun, tunggu la PM habis speech....nak suruh orang respect korang...tap diri sendiri tak respect orang lain....dah dewasa pun kadag2 bodoh jugak....macam budak2..cuba korang bagi speech, pas 2 orang lain ganggu, korang pun marah gak kan.....MEMANG DASAR PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN PENYOKONG AMBIGA=ANTICHRIST YANG KURANG AJAR...TAK ADA PERASAAN RESPECT TERHADAP PEMIMPIN DI NEGARA ORANG Dengar daripada video. Adalah suara satu dua ekor yang menjerit Bersih. Banggang....

Jangan kacau-bilau negara

LONDON 15 Mei - Di hadapan kira-kira 1,500 rakyat Malaysia dari seluruh United Kingdom yang berkumpul bersama Perdana Menteri di sini semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang.

''Saya boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi ia haruslah dilakukan secara berhemah kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau.

''Berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia - para perantau, para pelajar dan orang Malaysia yang sayangkan negara yang datang dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dewan Indigo, Arena O2, Greenwich, timur London, petang semalam.

Segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum, termasuk yang membawa anak-anak datang ke majlis itu.

Rata-rata yang datang amat teruja melihat Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turun dari pentas, dalam suasana yang cukup santai, bertemu, beramah mesra, dan bergambar dengan mereka - walaupun pada peringkat awal ucapannya, Najib diganggu oleh dua tiga lelaki yang menjerit-jerit slogan antikerajaan kepadanya.

Jeritan mereka langsung tidak disambut oleh para hadirin.

Najib bagaimanapun, menasihatkan salah seorang lelaki yang menjerit-jerit ke arah beliau supaya berjumpa dengannya, namun dia kemudiannya meninggalkan dewan itu.

Ribuan rakyat Malaysia menguasai suasana dan majlis itu berlangsung dengan cukup mesra sekali.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap lebih 30 tahun di kota raya kosmopolitan ini, inilah pertama kali beliau melihat satu perhimpunan paling besar membabitkan rakyat Malaysia dalam satu masa, di satu tempat.

Najib dalam ucapannya berkata, sebagai rakyat yang matang mereka haruslah menghormati beliau sebagai Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.

''Kita mengamalkan amalan demokrasi, siapa yang mahu mengundi saya atau tidak bukan menjadi hal. Kita mempunyai pilihan, namun walaupun kita mengamalkan sistem demokrasi, tidak bermakna kita boleh membuat kacau.

''Anggota-anggota polis yang mengawal keselamatan juga adalah manusia dan mereka juga mempunya hak asasi seperti kita. Mengapa diserang mereka.

''Demokrasi haruslah dilaksanakan secara bertanggungjawab. Saya berharap saya telah menyampaikan mesej yang cukup jelas, patuhlah kepada undang-undang. Apabila sampai masanya buatlah pilihan masing-masing," katanya.

Najib berada di sini atas lawatan kerja selama dua hari. Beliau dijemput khas oleh Putera Charles, pewaris takhta Britain, ke Istana St James hari ini sempena penganugerahan Piagam Diraja ke atas Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh ibundanya Ratu Elizabeth yang meraikan ulang tahun Jubli Intan pemerintahannya.
Sumber Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.