DAP yang merupakan sebuah parti yang dimonopoli kaum cina yang sebahagian ahlinya penah menjadi penyebab belakunya peristiwa 13 Mei, sudah pasti tidak sesuai untuk diberi ruang kepercayaan oleh orang Melayu. DAP berteraskan politik perkauman. Itulah yang digambarkan bekas naib Pengerusi DAP. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sehingga mengambil keputusan meninggalkan DAP dan Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu.
Malah DAP dikaitkan mempunyai polisi dan hubungan rapat dengan PAP. Orang melayu Malaysia telah membuka mata sejak lama lagi dengan melihat bagaimana PAP melayan warga melayu Singapura. Menyebabkan kedua-dua alasan ini menjadikan ramai melayu di Malaysia melebel DAP sebabagi parti yang tidak boleh dipercayai.
Berdasar dari hakikat itu DAP telah bertindak memikat orang melayu melalui membawa masuk Tengku Abdul Aziz dan dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP malah lebih agrasif lagi menarik berberapa orang melayu untuk dicalonkan sebagai calon bertanding DAP dalam PRU13.
Dalam Pakatan Rakyat pula DAP menjadi raja kerana mampu mengawal Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menjadi tenaga kerja yang cuba memikat melayu mempercayai DAP. Sehingga PAS sanggup fisabilillah bersama DAP, menjemput sebagai tetamu ceramah di surau-surau. Malah PAS lebih memuliakan DAP dari oarng islam lain. Ini sudah tentu memberi hebuan besar buat DAP meraih kepercayaan masyarakat Melayu.
Tetapi sifat perkauman yang melampau DAP belum juga dapat kikiskan kerana sudah menjadi darah kesumat warga DAP. Sekarang DAP tertekan ketika saat-saat akhir menanti keribaan PRU13 apabila segala yang dirancangnya mula menemui kegagalan. Ini jelas dilihat apabila hanya Tunku Abdul Aziz yang benar-benar berada dalam sistem pentabiran DAP, telah bertindak meninggalkan parti dan memberi alasan DAP berteraskan politik perkauman. Ikuti ulasannya Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu
Tunku Aziz: DAP langgar prinsip dan etika partiKUALA LUMPUR: Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan DAP yang melaungkan perjuangan demokrasi, integriti dan ketelusan, terbukti melanggar segala prinsipnya apabila ia berkuasa di beberapa negeri.
Bekas Naib Pengerusi DAP yang keluar daripada parti itu kelmarin, berkata beliau beberapa kali menegur pucuk pimpinan DAP dalam mesyuarat jawatankuasa pusat (CEC) sejak menyertai parti itu pada 2008.
Bagaimanapun, semua tegurannya tidak diendahkan dan hanya dipandang sepi, kata beliau dalam temuramah dengan The Star semalam.
Tunku Aziz yang dilantik Ahi Dewan Negara selama tiga tahun hingga 31 Mei ini memberikan beberapa kes yang dmaksudkannya.
Terdapat ahli kanan parti menubuhkan Café Rocket di Petaling Jaya tanpa kelulusan majlis perbandaran.
"Apabila ahli-ahli lain bangkitkan isu ini, ia telah ditolak di bawah karpet dan tiada tindakan diambil," katanya.
Tunku Aziz menegaskan kesalahan itu berlaku di Selangor di mana parti gabungan utama pemerintah ialah DAP.
Seorang pemimpin utama parti menghalang pegawai penguatkuasa majlis daripada mengambil tindakan terhadap penjaja haram.
Tunku Aziz berkata pemimpin berkenaan melindungi penjaja terbabit hanya kerana mereka adalah penyokong DAP.
“Itu adalah salah dan tidak beretika. Saya membangkitkan kes ini dalam CEC tetapi saya dapat melihat bahawa mereka tidak selesa. Mereka harus sedar isu-isu etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting," katanya.
Aduan Ahli Dewan Negeri Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin mengenai pelbagai kelemahan dalam pentadbiran negeri Selangor ada kebenarnnya.
"Saya setuju seorang dua ahli majlis tempatan perlu diperhatikan, adakah orang-orang ini boleh dipercayai untuk menggalas tanggungjawab yang besar, dan adakah ini caranya sikap DAP dan Pakatan Rakyat?" katanya ketika mempersoalkan jika suatu hari nanti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara.
"Dalam kes ini, DAP adalah sebahagian daripada kerajaan di situ dan jika rakyat memperolehi gambaran buruk, maka ia adalah cerminan kepada diri mereka sendiri," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tunku Aziz berkata DAP dan PKR telah menjalankan tugas yang baik dalam menguruskan Selangor dan Pulau Pinang tetapi menzahirkan rasa bimbangnya terhadap pelanggaran etika dan prinsip yang dilakukan oleh beberapa pimpinan utama DAP.
Menurut Tunku Aziz, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri Lim Guan Eng menghabiskan masa menyalahkan pentadbiran kerajaan pemerintahan sebelum itu (Barisan Nasional) untuk segala-galanya dan sering mendabik kerajaannya diurus dengan baik.
Beliau juga mempersoalkan gaya kepimpinan Lim dengan berkata “untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu mesti menjadi pendengar yang baik.
"Lim Guan Eng perlu lebih banyak mendengar," katanya. Sumber Antara Pos
Dengan Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu adalah wajar kita meninggalkan DAP dari terus mengambil kesempatan memecah-belah antara orang-orang Malayu.
DULU HANG JILAT BILA DAH KELUAR HANG KUTUK.JENIS APA LA ORANG MACAM NI.TAK DAK PENDIRIAN.BODOH.
ReplyDeleteAlloohh anuar pn sama jugak dulu jilat pungkoq mahadir sekarang amacam?
ReplyDelete