Terbaru! Ada lagi! Video Anwar Ibrahim Keluar untuk tontonan orang ramai sebelum hilang. Dari sini anda boleh menilai kebenaran disebalik video ini! Semua orang boleh menilaikan video ini dari pelbagai sudut mengikut kecenderungan masing-masing.
Sesiapapun boleh datang ke rumah Allah tampa di halang kerana itu hak mereka untuk mengadap maha berkuasa lagi maha mengetahui. Itu kebenaran yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Oleh itu kehadiran untuk beribadat sudah semestinya tidak boleh dihalang!
Dalam video ini Anwar Ibrahim tidak dihalang untuk berjemaah bersama-sama jemaah yang lain. Tetapi apa yang berlaku dalam situasi ini Anwar Ibrahim dihalang untuk memberi ucapan berbentuk ceramah di dalam Masjid.
PPM amat menyokong tindakan ahli masjid yang menghalang kerana apabila Anwar Ibrahim membuat ucapan berbentuk ceramah, sudah tentu akan cenderung dengan niat meraih sokongan untuk pengaruh politik dan peribadi Anwar Ibrahim.
Kalau mengikut kebiasaan ucapan Anwar Ibrahim akan berbentuk hasutan yang cuba mempengaruhi pendengar dengan menunding kesalahan-kesalahan yang belum pasti akan kebenarannya! Wahal masjid adalah tempat untuk beribadat dan mengabadikan diri kepada tuntutan Allah.
Jika orang gagal menghalang! dikuatiri tindakan Anwar Ibrahim bukan bertujuan untuk menyampai ajaran Allah tetapi membentuk menghasilkan perpecahan perpaduan rakyat. Wahal Anwar Ibrahim masih ada ruang untuk mengadakan ceramah diluar kawasan masjid, Buatlah dan ceritalah sesuka hati Anwar Ibrahim, asalkan bukan menggunakan kesempatan jemaah yang ramai dalam masjid untuk menyampai propaganda politik Anwar Ibrahim.
Yang penting kita jadikan masjid tempat beribadat dan tempat yang menyatukan umat dengan mengetepikan masalah-masalah dunia yang tidak dibawa masuk ke rumah Allah. Selain dari itu fikir-fikir sendiri sebab masing-masing dah dewasa!
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.