Friday, 1 June 2012

Kenapa Nombor 14 Paling Menakutkan Anwar Ibrahim

Semakin hari Anwar Ibrahim dikejarkan bayangan-bayangan sendiri hingga hari-hari kehidupannya menjadi mimpi ngeri. Dalam kebingungan ini Anwar Ibrahim dihantui lagi dengan no 14 malah lebih membimbangkan lagi  dengan Felda penyenaraian kedua terbesar selepas Facebook.

Mana tidak buat Anwar Ibrahim bingung jika dibandingkan Najib Razak, Anwar Ibrahim hanya sekadar sampai tahap tukang hantar surat. Buktinya Anwar Ibrahim gagal membuktikan kemampuan ilmu ekonominya untuk membantu pembangunan ekonomi Selangor.

Kecuali kerja-kerja mencari helah merampas hak orang sebagai contoh peristiwa Selamatkan Padang Kami atau rakyat boleh menilai bagaimana mereka memtabirkan pengurusan sampah sarap di Selangor. Lihat apa kemampuan Najib Razak berbanding Anwar Ibrahim. Kenapa Nombor 14 Paling Menakutkan Anwar Ibrahim
MALAYSIA kini berada dalam kedudukan ke-14 ekonomi paling berdaya saing di dunia berbanding tempat ke-16 tahun lalu menerusi kajian yang dijalankan Institute for Management Development (IMD) of Switzerland. 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, di kalangan negara Asia Pasifik pula kedudukan Malaysia meningkat satu anak tangga selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan manakala bagi negara Produk Domestik Kasar (GDP) per kapita kurang dari AS$20,000 masih mengekalkan kedudukan kedua antara 29 negara.

Beliau berkata, kedudukan keseluruhan Malaysia dalam kajian IMD itu mencerminkan kesan langkah dijalankan kerajaan dalam meningkatkan daya saing ekonomi negara termasuk penambahbaikan perkhidmatan awam dan peningkatan pengurusan serta ketelusan.
Bukan setakat itu sahaja Najib Razak mempelbagaikan sumber pendapatan negara melalui contoh dibawah tetapi tidak berhenti setakat itu, malah ada lagi akandatang bertali arus hingga boleh menyebabkan Anwar Ibrahim koma!

KUALA LUMPUR - Peneroka Felda tetap mendapat keutamaan dalam langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) apabila lebih 70 peratus saham terbitan penawaran runcit FGVH diperuntukkan kepada golongan peneroka, warga pekerja Felda dan individu yang menyumbang kepada organisasi itu. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melancarkan prospektus FGVH hari ini sempena penyenaraian gergasi perladangan itu, mengumumkan daripada 255,371,000 saham terbitan penawaran runcit, sebanyak 182,408,000 saham terbitan diperuntukkan kepada peneroka, pekerja dan mereka yang telah memberi sumbangan kepada organisasi tersebut manakala 72,963,000 saham selebihnya adalah untuk pelabur awam.
Pembuktian ini sudah pasti akan menakutkan Anwar Ibrahim yang dirinya sedang dimalukan melalui kemahiran ilmiah dan tokoh sebagai pemimpin, bukan seperti Anwar Ibrahim yang yang tampil sebagai ketua dalang pemberontakan dan pengkhianat yang menggadaikan negara.

Oleh itu amat wajarlah TIBAI Anwar Ibrahim cukup-cukup kerana kehadiran Anwar ibrahim bukannya untuk membantu tetapi hanyalah merosakkan segala kebaikan yang telah terbina dengan kukuh hingga diakui mana-mana negara di dunia ini, kecuali puak-puak Pakatan Rakyat yang masih buta tidak mampu menerima kenyataan yang mereka gagal.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.