KOTA BHARU - Adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di sini, semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.
“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.
“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV. Sumber Sinar Harian
Isu yang timbul sekarang! adakah dikalangan 40k ahli yang sembahyang hajat kuburkan BN boleh terima doa KO BN? Kerana mengikut pengjelasan Nik Razi dia buat tampa arahan mana-mana pihak.
Akibat terlampau marahkan UMNO BN, nafsu menguasai akal dan tindakan ini akan memberi mesej jelas kepada masyarakat islam. Yang PAS hanya mempolitikan Islam semata-mata nafsu berhajatkan Putrajaya.
Hendak minta maaf nanti jatuh imej PAS sebagai perjuang islam, jadi berduyun-duyun akar umbi terpaksa berdusta pertahankan PAS.
Akibatnya samada akar umbi PAS atau atas pagar mula menilaikan yang PAS masih PAS yang dikenali pada 1982. Tidak berubah landung dari sekadar peralatkan agama demi nafsu gila kuasa! Dan pada masa yang sama memecah-belah perpaduan dikalangan Masyarakat islam.
Nampaknya ketentuan Allah telah membuka satu persatu sifat keburukan PAS yang mendahului nafsu dari matalamat perjuangan islam.
Mereka boleh sentiasa berdalih, tetapi kalau hari-hari berdalih untuk menutup pekung lama! Lama-lama berdalih baru dan lama mengjerat diri. Sekarang Adik Nik Aziz Melompat Kepanasan Kena Serang
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.