Tuesday, 20 November 2012

Maksud Nik Aziz Mempelekeh Islam Murtad Adakah Anwar Anak Beranak Terlepas


Sungguh pening-pening jika kita meneliti apa yang diucapkan Nik Aziz hingga seperti biasa Utusan Malaysia bakal disaman lagi.

Mengikut ucapan Nik Aziz
"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang,"

Apa niat sebenar Nik Aziz mengucap ayat sebergini? Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam. Adakah Nik Aziz menggambarkan Melayu itu boleh murtad kerana perangai memperlekehkan Islam.

Dan apa pula yang dimaksudkan Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, Bukankah ayat Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam menjelaskan apa hukum yang boleh jatuh jika mengikut ayat Nik Aziz seterusnya Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam.

Adakah salah jika ia ditafsirkan oleh Nik Aziz yang UMNO murtad. Dan bagaimana pula Nik Aziz masih berdalih menghujahkan yang diri tidak bermaksudkan untuk melebel UMNO Murtad?

Persoalan seterusnya, bagaimana dimaksud mempelekehkan islam? Kalau mengikut ayar ini Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam. Kerana UMNO tolak islam tetapi tolak islam yang bagaimanapula? Adakah Nik Aziz cuba gambarkan kerana UMNO tolak Hudud PAS?

Jika Nik Aziz bermaksudkan UMNO tolak Hudud PAS bagaimana pula dengan PKR yang tidak bersetuju meletakan Hukum Hudud di dalam buku jingga dan manifesto PRU13. Tidakkah itu boleh dipanggil menolak islam dan mempelekehkan islam?

Bagaimana pula dengan kenyataan Nurul Izzah ini! Adakah ini tidak ditergolongkan Nik Aziz sebagai mempelekehkan Islam. Jika tidak kenapa pula sedangkan sebahagian besar masyarakat islam mempertikaikan kenapa perlu meresikokan akidah demi undi?

Tetapi sayang isu ini tidak digambarkan sebagai memperlekehkan islam. Adakah kerana Nurul Izzah merupakan sekutu Nik Aziz menyebabkan semuanya menjadi halal untuk berkata atau melakukan apa sahaja. Bergitu juga dengan Anwar Ibrahim adakah dia tidak terlibat dalam aktiviti memperlekehkan islam?

Kemudian bagaimana pula dulunya ada Prinsip Negara Islam tetiba dikatakan tiada didalam Al-Quran adakah ini tidak termasuk di dalam mempelekehkan islam.

Bagaimana pula dengan menyokong LGBT, Seksualiti Merdeka, kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dalam bentuk triniti, menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel, Pluralisme dan banyak lagi, adakah ini tidak termasuk memperlekehkan islam?

Persoalan seterusnya bagaimana Nik Aziz melebelkan UMNO tolak islam sedangkan dunia Islam lain mengikhtitaf Malaysia sebuah model negara islam yang terbaik. Adakah semata-mata UMNO tidak dapat menerima pendekatan hudud PAS menyebabkan Nik Aziz berhak melebelkan UMNO tolak Islam. Sedangkan PKR tidak penah menunjuk kerjasama untuk melaksanakan Hukum Hudud Nik Aziz lepaskan.

Sebenarnya adakah Nik Aziz bercakap atas ilmunya atau atas nafsunya bercita-citakan Putrajaya. Akibatnya ini bukan memajukan syiar islam di Malaysia tetapi sebaliknya adalah pertanda meruntuhkan setiap usaha memetabatkan islam selama merdeka dari satu tangga ke satu tangga bukanlah satu yang mudah. Tetapi usaha menjatuhkannya tidak susah. Hanya perlu buka pintu untuk kuasa luar masuk dan sekejap sahajalah kita boleh senasib dengan negara islam Arab. Perlukah kita politikan agama demi cita-cita ke Putrajaya.


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.