Dr Mashitah sedang menilai ketokohan seorang Ulama dan Tok Guru agama diseluruh Malaysia. tetapi sepatut Nik Aziz patut dicalonkan dulu. Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz
Malah siapa yang paling layak untuk diktirafkan sebagai ketokohan Ulama dan Tok Guru yang wajar di contohi masyarakat. Ikuti dibawah siapa yee hingga Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz !!
Antara signifikan pemilihan Masjid Taman Bukit Indah, Ampang sebagai lokasi perasmian Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) Khamis depan, ialah untuk menghargai jasa dan peranan ulama dan tok guru pondok di Selangor.
Kebanyakan mereka berasal dari Tanah Jawa, berhijrah ke Selangor untuk membangunkan institusi pondok atas kesedaran mendidik masyarakat tanpa meminta bantuan mana-mana pihak. Dari hutan belantara yang tiada kemudahan dan peralatan, mereka bertungkus-lumus bina pondok dan mengajar ilmu agama kepada penduduk, malah mampu memacu anak-anak bangsa ke menara gading.
Pengasas awal pengajian pondok di Selangor ialah Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun (lahir 1833), berasal dari Mataram, Jogjakarta. Beliau disarankan bapanya, Qaribun bin Suriyan al-Mentarami, seorang pengiring sultan di Istana Keraton, untuk ke Tanah Melayu bersama dua beradiknya, Kiyai Hj Abbas dam Kiyai Shafie, untuk menyebarkan dakwah. Mengikut catatan sejarah, mereka tiba di Selangor melalui Johor sekitar 1917.
Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun pada mulanya mengajar di masjid, tapi apabila muridnya mencecah ratusan orang, beliau dirikan pondok secara gotong-royong di atas tanah 0.4 hektar di sebelah masjid. Pondok beliau lebih dikenali ramai sebagai Pondok Sijangkang.
Antara 1920 dan 1950, beberapa pondok lagi dibuka di Selangor: Pondok Kiyai Muhammad Hairawi di Kg Kanchong Tengah, Banting (1925), Pondok Masyudi dan Pondok Kiyai Darda’ di Sg Pinang (1937), Pondok Kiyai Hj Muhammad Khalil al-Jawi (1940), Pondok Ribat al-Fuad, Kelang (1940an) dan Pondok Kiyai Hussain atau nama penuhnya Pondok Ma’ahad Al-Talabah Al-Abbassiyah (1950).
Di pondoknya, beliau mengajar pelbagai kitab, antaranya Safinatun Naja, Fathul Mubin Sayah Arba’in karangan Ahmad Ibnu Hajar, Matan al-Jurumiyyah karangan Abdullah Ahmad al-Faqih, Mukhtasar Jiddan karangan Sheikh Zaini Dahlan, Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali dan Khazinah al-Asrar. Murid-murid lama dan berpengalaman dibenarkan belajar Tafsir al-Munir karangan Imam Nawawi al-Bantani, dan Tafsir Jalalain atau Al-Futuhat al-Ilahiyah bi Tawdhih Tafsir oleh Imam Al-Jalalain. Selain itu, Ilmu Hikmah seperti Mujarobat dan Tafsir Yassin juga diajar.
Walaupun berusia hampir satu abad, beliau terus melaksanakan tanggungjawab sebagai mudir. Setiap waktu subuh, beliau akan memukul tin-tin kecil mengelilingi pondok untuk mengejutkan murid-muridnya dan menunggu mereka di pintu masuk. Yang lewat mengerjakan solat subuh akan didenda. Begitu juga sesiapa yang masuk tandas tidak tutup kepala atau memakai songkok didenda 20 sen untuk membayar keperluan dapur dan upah tukang masak.
Beliau juga mengamalkan suluk, seperti seorang lagi tokoh pondok terkenal, Tok Selehor, di Kelantan. Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun meninggal dunia pada tahun 1955 namun legasi dan semangatnya hidup hingga ke hari ini. Antara pondok yang masih aktif di Selangor ialah Pondok Bustanul Arifin di Banting, Madrasah Raudhatul Ulum atau Darul Atiq di Batang Kali, Madrasah Diniah Ahmadiah di Kajang, Madrasah Tahfiz Al Quran Lil Banin di Dengkil dan yang terbesar, Madrasah Islamiah Jenderam Hilir, yang mempunyai kira-kira 5,000 pelajar.
Ketokohan dan sumbangan para ulama, tok guru dan mudir pondok seperti yang saya kisahkan di atas akan diberi pengiktirafan pada majlis pelancaran YPP1M pada 8 November depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan anugerah selain beramah mesra dengan ribuan warga pondok yang dijangka hadir pada majlis itu.
Warga pondok yang dijemput dari seluruh pelusuk negara, beserta pelajar-pelajar sekolah tahfiz daerah Ampang, akan diraikan dengan pelbagai acara termasuk karnival pameran ilmu dan forum bertajuk “Pondok Jer...” yang akan menampilkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadot, pendakwah terkenal Ustaz Badli Shah Alauddin dan Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Forum ini akan berlangsung pada jam 2.30 petang.
Penduduk setempat dijemput hadir ke majlis ini. Istimewanya, semua dijemput bersolat Asar berjemaah dengan Perdana Menteri. Jangan lepas peluang untuk melawat puluhan gerai pameran dan jualan di pekarangan masjid. Singgah juga di gerai YPP1M untuk mendapatkan senaskhah Direktori Pondok-Pondok di Malaysia, yang julung kali diterbitkan di negara kita. Sumber
Ohh baru faham kenapa Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz kerana kita perlukan Tok Guru yang... anda bijak anda fikirkan sendiri!
Ohh baru faham kenapa Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz kerana kita perlukan Tok Guru yang... anda bijak anda fikirkan sendiri!
DR MASHITAH JUGA HARUS MENCERMIN DIRINYA ADAKAH DIA LAYAK DIKATAKAN SEBAGAI TOKOH AGAMA SEDANGKAN PAKAIANNYA JUGA TIDAK MENCERMINKAN SEORANG MUSLIMAH SEJATI YANG SEBENAR...
ReplyDelete