Di bawah adalah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang disiarkan oleh akhbar the Star semalam. Bloggers dan cybertroopers PR, terutamanya dari Pas sedang sibuk memanipulasi berita ini dari segi dengan menyatakan bahawa Chua menghina hudud. Silalah teliti kenyataan di bawah untuk memahaminya.
Kesimpulan saya, blogger dan cybertrooper menipu kerana tidak ada kenyataan menghina hudud, melainkan menyatakan perasaan tidak yakin dan ketakutan kepada hudud Pas
Dalam kenyataan Chua, dia menolak Pas sebagai Islam. Pas hanya parti politik.
Jika ada perkara yang tidak tepat dalam kenyataan ini adalah, Chua menyebut dan menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini sedangkan di dalam Perlembagaan, Islam disebut sebagai agama Persekutuan. Kedua, adalah lebih manis dan sesuai jika Chua melakukannya dengan lebih berhemah, sama ada menyatakan pandangannya melalui saluran BN atau tanpa perlu sama sekali menyentuh Datuk Seri Jamil Khir.
Ekspresi Chua adalah tentang ketakutan dan ketidak yakinan bukan Islam bahawa Pas boleh melaksanakan hudud dengan adil tanpa menjejaskan mereka.
Spin pemimpin dan cybertrooper PR pula menunjukkan bahawa mereka cuba menidakkan ketakutan mereka terhadap Karpal dan DAP yang terang-terang menolak hudud dan PKR yang secara `malu-malu' menolak hudud.
PR cuba menafikan pembongkaran bahawa DAP adalah anti-Islam yang dibuat oleh beberapa orang bekas pemimpin DAP dan PKR. Pas pula cuba menafikan hakikat bahawa PR sebenarnya menolak hudud melalui kenyataan bahawa hudud bukan agenda PR. Hakikatnya - jelas bahawa Pas bersubahat menolak hudud apabila PR menolaknya untuk dijadikan sebagai agenda. Sumber
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.