Tinggal sehari lagi menandakan saat-saat akhir berubahnya sejarah Medan Niaga Satok yang dibuka sekitar 1983, akan berpindah ditempat yang lebih selesa dan kemas berbanding medan niaga lama yang sering memberi pelbagai masalah buat pengunjung terutama menglibatkan hal tempat meletak kereta dan kesesakan jalan raya.
Lokasi Medan Niaga baru yang terletak ditepi sungai Sarawak benar-benar memberi suasana baru malah, kerajaan negeri telah melangkap segala infrastruktur yang amat memudahkan setiap pengunjung datang dengan selesa.
Malah lokasi kedudukan antara kawasan Satok dan Matang bakal memberi jaminan yang Medan Niaga baru ketahap lebih popular berbanding yang sedia ada, apatah situasi pembangunan dikawasan Matang mengalami pembangunan yang memberansangkan di samping bakal ujud 3 Hyper market, teminal bas, kawasan perumahan yang boleh mencecah populasi sehingga 100'000, pelbagai kemudahan lain meliputi hospital dan pelbagai kemudahan yang lain. Sekarang ini semua itu dalam fasa pembinaan.
Jadi menyebut soal ada golongan proPR yang sengaja cuba mensabotaj tranformasi kerajaan, dengan menghasut rakyat tentang keburukan Medan Niaga baru! Adalah tidak wujud dan ianya sekadar propaganda yang mahu menggagalkan perancangan penstrukturan bandar yang teratur di Kuching.
Malah kononnya timbul Amalan Kuku Besi yang digambarkan oleh proPR adalah tidak benar sama sekali jika kita merujuk kepada laporan ini:
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak bersifat ‘kuku besi’ dalam isu pemindahan para peniaga di Pasar Satok dan Pasar Minggu ke Medan Niaga Satok.
Malah, para peniaga diberi tempoh sebulan dari tarikh 1 Januari tahun depan untuk membuat keputusan berpindah ke lokasi perniagaan terkini itu, kata Pengarah FAMA Negeri, Paza Dan.
Menurut beliau, keputusan berhubung tempoh itu dibuat setelah FAMA menawarkan tapak niaga kepada 1,012 peniaga Pasar Satok dan 1,229 lagi peniaga Pasar Minggu di Medan Niaga Satok pada 27 Disember lalu.
Katanya, keputusan sebulat suara juga dicapai bahawa tapak yang tidak diduduki nanti akan diserahkan kepada peniaga baharu yang turut mengemukakan permohonan.
“Kami tidak bersifat kuku besi tetapi kemudahan yang disediakan di Medan Niaga Satok adalah percuma dan moden dengan sistem sisa buangan yang baik serta mesra alam,” katanya pada sidang media berhubung operasi Medan Niaga Satok, semalam.
Paza berkata, Medan Niaga Satok bernilai RM46.6 juta yang dibina di atas tanah seluas 12.25 ekar di Jalan Matang, Petra Jaya akan memulakan operasi secara rasmi pada 1 Januari, manakala Pasar Minggu pada 5 Januari tahun depan.
Beliau menarik perhatian, lokasi baharu projek berkenaan diilhamkan oleh Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg enam tahun lalu untuk menawarkan tapak niaga yang kekal, moden, bersih, teratur dan selesa.
Projek terbabit menyediakan 1,444 tapak bagi peniaga yang menjual hasil hutan, Pasar Minggu, pasar borong dan perniagaan jenis lain, jelasnya.
Selepas 1 Januari, tapak Pasar Tamu Satok akan dirobohkan bagi tujuan membina taman mini untuk menggalakkan sektor pelancongan negeri, tambahnya.
“Kadar sewa percuma diberi kepada peniaga untuk tempoh dua bulan kerana kita faham situasi peniaga yang berpindah ke tempat baharu. Kadar sewa hanya akan dikenakan bermula Mac tahun depan,” katanya.
Tapak niaga di Medan Niaga Satok dibahagi kepada Zon Basah (Blok B), Zon Kering (Blok C), gerai-gerai makanan/’Benteng’ (Blok D), Pasar Minggu dan pasar borong.
Sewa bulanan untuk Pasar Minggu dari RM10 hingga RM50 sebulan, manakala sewa Blok B, C, D dan E adalah antara RM45 dan RM3,000 (kafeteria).Sumber
Sebagai warga Kuching kita harus berbangga dengan kerajaan yang sering memikirkan kebaikan untuk rakyat dan dalam masa yang sama menyusun pembangunan bandar dengan teratur tampa meminggirkan kebajikan para peniaga kecil. Kita haruslah bersyukur dengan keperihatinan kerajaan yang tidak penah mengabaikan hak keperluan rakyat meliputi semua peringkat.
Yang penting Medan Niaga Baru ini cukup memenuhi kekurangan Medan Niaga Lama yang terletak tidak jauh dari Medan Niaga Baru. Malah jaminan pihak berkenaan akan sentiasa memantau dan mempromosi Medan Niaga baru adalah satu perkembangan positif untuk semua pihak.
Selamat tahun baru dan selamat berniaga dengan gembira. Salam dari PecahPalakMikir......
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.