Kononya Ini adalah surat yang membuktikan PAS tidak berahsia dalam soal penguniaan Tanah Balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di SinarHarian tetapi mari kita lihat yang Nik Abdul Aziz Selincin-lincin Belut Terkantoi Dalam Bubu juga akhirnya.
Dari sini mereka PAS cuba membuktikan Pisau.Net memfitnah Nik Aziz yang kononya ini adalah rundingan rahsia. Samada rahsia atau tidak selama ini rakyat tidak tahu sebelum Pisau.Net mendedahkan apa yang berlaku.
Persoalan yang bergitu ketara kenapa mesti orang luar yang mendapat kurnia tanah balak yang boleh mencecah jutaan ringgit keuntungannya.
Apakah tidak ada orang Kelantan yang lebih layak menerima berbanding yang dikaitkan dengan Pemimpin DAP? Atau tidak adakah orang Kelantan yang layak untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan.
Bukankah lebih untung Kerajaan Negeri usahakan sendiri berbanding memberi kepada orang lain. Sedangkan PAS Kelantan perlukan dana yang besar selesaikan pelbagai janjinya kepada rakyat Kelantan yang masih belum sempurna dan belum ditunaikan. Malah masalah air Kelantan pun belum selesai bukan?
Jadi apa faedah kurnia tanah ini dan rakyat juga ingin tahu apa matalamat sehingga menghalalkan pengurniaan tanah ini? Dan adakah ada perjanjian lain disebalik pengurniaan ini yang belum didedahkan PAS?
TETAPI ITU SEMUA ADALAH PENIPUAN UNTUK MENUTUP PEKONG PAS DAN DAP. Nik Abdul Aziz Selincin-lincin Belut Terkantoi Dalam Bubu Hal ini semakin jauh terbongkar apabila Nik Aziz Kantoi Menipu Semakin Menipu Semakin Banyak Pertualang Dibongkar menurut kenyataan orang cuba dikaitkan oleh PAS bagi membela Nik Aziz
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata beliau tiada kaitan dengan dakwaan kelulusan tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Beliau berkata surat yang ditandatanganinya ketika menyandang jawatan Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah bertarih 16 Januari 2006 adalah sebagai sokongan untuk menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan bersepadu tanaman getah hutan dan industri hiliran di kawasan itu.
"Saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bachok hari ini.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata surat itu sekadar memanjangkan permohonan bagi mendapatkan bantuan membangunkan tanah di kawasan terbabit.
"Surat itu dikeluarkan berikutan permohonan Pengurus Besar Upayapadu Plantation Sdn Bhd, Bazlin Ab. Hamid untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan bagi meningkatkan kegiatan ekonomi di Kelantan.
"Itulah yang tertera dalam surat berkenaan dan saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya.
Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata perbuatan mengaitkan namanya dalam isu itu adalah satu fitnah dan pembohongan.- Bernama
Sekarang cukup terang-terang Nik Aziz semakin jauh terkantoi dan yang paling menarik Ngeh menjadi jutawan segera apabila rakyat semakin berani mempertikaikan bagaimana Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming mampu memilikii hampir 100 peratus ekuiti dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.
Lebih menyakitkan hati projek tersebut direstui Nik Aziz? Bukankah Nik Aziz telah kianati rakyat Kelantan sendiri. memang betulpun Nik Abdul Aziz Selincin-lincin Belut Terkantoi Dalam Bubu rakyat dapat nila siapa Nik Aziz sekarang
Bagi isu ini, kita cukup hairan dari mana datangnya kekayaan dua pemimpin ini hingga mampu mengumpul puluhan juta ringgit. Sebagai parti yang lantang di pentas-pentas ceramah (TERMASUK NIK AZIZ DAN PAS) menentang unsur kroni, salah laku dan rasuah, kita mahu kategorikan apakah jenis Pakatan Rakyat ini?
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.