Saturday, 25 August 2012

Berapa Kali Karpal Gertak Tun Dr Mahathir

Watch "20120825 Tun Dr M sedia berdepan Karpal dalam mahkamah" on YouTube
Cuba kita fikir semula! Sudah berapa kali puak-puak Pakatan Rakyat duduk sebar sana-sini, yang konon hendak heret Tun Dr Mahathir ke makamah? Malah sudah berapa kali Tun Dr Mahathir kata bersedia bila-bila masa, bawalah kalau hendak bawa!

Tun sudah acap melaung kesediannya tetapi puak-puak ini tidak juga dapat mengheretnya, kenapa? Adakah puak-puak ini sememangnya tidak mempunyai alasan atau bukti dengan hanya setakat gertak sahaja.

Inilah penyakit dalam Pakatan Rakyat yang sehingga sekarang kecut perut dengan kemampuan dan kegemilangan Tun Dr Mahathir. Bukan di arena pentas politik Malaysia malah antara yang terbaik di dunia. Setakat Anwar Ibrahim taraf tapak kaki Tun belum ada.

Iyalah selagi Tun tidak dapat dijatuhkan selagi itulah sakit mereka bukan main kepalang. Apa daya mereka sudah mati kutu bagaimana untuk menjerat Tun Dr Mahathir.

Sepatutnya Merdeka Disambut Kibaran Bendera Bukannya Menghina Bendera Malaysia

Malaysia sekarang sudah semakin haru biru dengan sikap setengah rakyat yang telah kepupusan sifat cintakan bendera Malaysia dan mengangkatnya sebagai maruah bangsa.

Inikah dikatakan contoh orang yang tua dan matang dijadikan panduan dalam alam yang telah hanyut dengan sifat kebongkakan melampau.

Apakah wajar idea tidak mengenal batas dibenarkan buat tatapan anak generasi kita. Jika semua rakyat Malaysia semakin hebat menghina bendera sendiri apatah warga negara jiran yang tidak puas-puas menghina, mengcaci malah membakar negara kita.

Ini yang pelik atau sememangnya kebenaran yang berlaku di negara ini. Kalau akta alam maya boleh menyabit mana-mana fb atau web yang menyentuh sensiviti dengan pelbagai akta yang releven termasuk Akta 114A.

Lain pula dengan setengah pihak yang berulang-ulang kali menghina bendera Malaysia tidak pula ditegur atau dikaji sebarang tindakan yang berpatutan.

Apa yang sedang berlaku sebenar jika setengah boleh dan setengah lagi tidak walaupun hal ini membawa impak yang sama. Memang PecahPalakMikir kalau undang-undang ada tetapi ketegasan pasang surut. Harap dikaji dan dinilai secara menyeluruh dan bukan antara yang boleh makan atau tidak berani hendak sentuh. Tanganilah dengan bijak dan saksama.


Wednesday, 22 August 2012

Kehebatan Permahaman Islam DAP Dari Sudut Pandangan Haji Hadi


Cukup menyerlah penampilan DAP dewasa ini. Semuanya adalah hasil kesabaran PAS mengdidik DAP mengdekati dan memahami konsep islam.

Inilah yang cuba digambarkan Haji Hadi yang amat berbangga bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Alasannya mudah sesangat diberi oleh Haji Hadi yang kononnya DAP lebih baik berbanding MCA dan MIC.

Semuanya terbukti dengan apa yang boleh membanggakan Haji Hadi, bilamana DAP sentiasa mengamalkan diskriminasi terhadap pemecatan 90% pekerja  melayu dalam salah satu jabatan kerajaan Pulau Pinang. Apa jawapam Haji Hadi? Mudah sahaja semua angkara UMNO?

Semua hal di pandang mudah oleh Haji Hadi demi dapat terus berpura-pura dalam persoalan siapa sebenar DAP? 

Inilah dikatakan DAP yang memahami konsep islam oleh PAS atau sebenarnya PAS yang terpaksa memahami apa kehendak sebenar DAP?

Untuk mengcapai tujuan itu, Haji Hadi mahu Nik Aziz bersedia untuk menggugurkan mana-mana tentera mereka yang mula menyedari kepincangan prinsip sejak menjadi tungangan DAP. Hasan Ali telah lama dipinggirkan dan sejarang Haji Hadi dengan berpura-pura terpaksa berkata yang Umno kehilangan tokoh agama dan terpaksa mengambil pemimpin agama dari parti Pas untuk "tumpang semangkuk" kerana mereka tidak ada kewibawaan yang cukup dalam menjawab isu agama.

Itu apa yang disuarakan Haji Hadi, hakikatnya sekali sejarah di dalam PAS membuktikan suara yang betul-betul ikhlas memperjuangkan islam mengamalkan sikap menentukan siapa dan siapa musuh di dalam kelompok umat islam di Malaysia. Suara-suara sebergini adalah tidak ujud sama sekali. Kerana PAS telah berdalih dan berdrama soal prinsipnya malah rela mengjadikan diri hamba tunggangan DAP. Kenapa PAS harus berubah takala PAS seolah-olah betul-betul yakin dengan ramalan menawan Putrajaya.

Dari itu PAS terus bersikap tidak kisah jika hilang tentera kuat mereka. Seolah-olah semua akar umbi PAS bersedia untuk itu! Seolah-olah PAS yakin Qada dan Qadar telah tercatat memihak kepada mereka.

PAS sudah jauh terlupa dengan tari mereka menyabung digelangang. Bisa racun ditaji sendiri, jika tersalah tari, tercucuk meracun badan sendiri. Kerana persoalannya sekarang samada DAP mendalami tatacara Islam atau PAS mendagangi diri sebagai kadam? PecahPalakMikir


Rupa-rupanya Akta 114A Bakal Diguna Pertama Kali Untuk Jentera Sendiri

Perh!!! Akhirnya buat julung-julung kali. Tampa perlu belas kasihan, Akta 114A bakal digunakan buat kali pertama  setelah di luluskan bulan lepas untuk menutup sebuah page fb Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah buat sesiapa yang beria-ia sangat. Kerana kes macam FB PUM bukan ada cara lain untuk diselesaikan. Lainlah kes spina kapal selam, atau kes post sesuka hati web page lawan yang mengarang pelbagai bentuk reka cerita yang boleh dikaji melalui akta 114A...... Lagi menghairankan kalau kes salah laku orang atasan banyak pula bentuk main tarik tali dengan pelbagai rundingan dan soal jawap yang masa berlalu cukup panjang. Malah akan keluar cerita jasa sipolan bergitu dan bergini.............. Semuanya cukup dihalusi dengan sabar kononnya demi keadilan........ Akar Umbi pun bersabar memehatinya demi keadilan....... Iyalah orang atas yang berjasa kena diadili secara saksama setelah mati kutu dalam cubaan mempertahankan nasib orang tersebut......... Itu kerana mereka yang teratas bukan!......... Lain pula cerita orang yang tidak bernama, yang berjuang tampa penah ada yang di atas mengenang apatah membalasnya....... Itupun tidak orang seperti kami ambil kesah kerana atas nama fisabilillah walaupun muka naik tebal kena maki hamun hari-hari!............ Tak apa bukankah itu adat berjuang bukan!...... Tapi sayang kalau kami tetiba tersalah langkah kerana kegairahan berjuang atau disalah anggap isu yang dibawa dengan mainan hujah. Hukuman yang bakal menanti bukannya ringan. Malah kami tidak hak diadili dengan cara yang sama dengan yang di atas. Malah hendak mengaku keujudan kami pun tidak mahu. Setakat angka 53k ahlipun tidak dipandang beb!!! Biarpun hampir 4 tahun berhempas pulas membawa dan menyebar tranformasi kerajaan. Semuanya tidak ada makna lagi. Iyalah itu dilakukan semata-mata membuktikan kepada lawan yang mereka tulus tapi yang aku nampak setakat akar umbi sendiri berani sangat tapi kepada lawan buat-buat tidak dengar pun ada........Tidak apalah engkau durian kami mentimun. Tapi biarlah simentimun  tlg peringatkan yang durian kalau terlampau masak bakal menjadi tempoyak yang akhirnya  timun juga mencecahnya le yeeee...... Sabar-sabar kerana akar umbipun ada senjatanya..... Hanya persoalannya adakah isu post FB PUM ditangani dengan bijak atau kita pakat-pakat buat rojak...... Sama-sama kita nantikan kesudahan yang bagaimana di akhir cerita??????? note: sry ye sejak akhir2 ini karang pakai hpn galaxy advance je. itulah  tak ada perengan dan ayat salah ke betul susah nak pastikan. Laptop dah kong jadi maaf le ye keadaan semekin ini je yg mampu... apapun tetap bersyukur krn  masih juga boleh mengarang..PecahPalakMikir

Samada UMNO Yang Takut Atau Anwar Menggeletarpun

Adus Pak Anwar buat lawak pecah perut! Sejak bilalah pulak UMNO takut sangat hubungan arkap antara PAS dan DAP. Sikitpun tidak hairan mahupun menggeletar cek ooooiiiiii!!!...............  Datanglah searkab manapun ada kesah!!!   Tapi kenyataan yang Amwar lupakam atau sengaja Anwar ingin sembunyikan adalah ternyata yang kearkaban hanya memaparkan satu drama sendiwara..... Satu drama bertajuk DAP Menggembala Kaldai PAS....... Tetapi dimanakah kedudukan Anwar dsn PKR? Mereka sememangnya ujud sebagai kadam yang menolong membawa kaldai masuk dan keluar kandang........ Buktinya berapa kerusi PKR dan PAS setelah DAP peroleh 60 KERUSI?......  Nampak sangat Anwar kegusaran bila rakyat didedahkan dengan kedayusan PKR dan PAS takut bersuara menuntut lebih banyak kerusi supaya mereka dapat menyeimbangkan penguasaan suara DAP jika mereka berjaya memawan Putrajaya!......Tapi apa yang berlaku UMNO BN juga dosalahlan.... Aii!!! Betul rupanya PKR dan PAS hidup mereka hanya tahu bercakap dan berjanji sahaja. Hendak bekerja tak reti. Hendak berdiri tak mampu. Kalau tidak ada DAP alamat mati kering gamaknya...... Inilah punca PAS rela korbankan prinsip perjuangan islam demi satu harapan yang mereka sendiri meremang seram sejuk dengan apa yang bakal mampu dipermainkan DAP......... Pembohonglah kalau PAS tidak gusae hati...... Lainlah Anwar yang sememangnya terpaksa memengdam rasa keran terpaksa membalas budi DAP melepas tengkok Anwar dari situasi "suka sama suka".  Walaupun DAP menggunakan alasan paling mengaibkan Anwar dalam makamah dan rakyat jelata. Tapi adakah Anwar punyai pilihan dan sehingga sekarang Anwar terpaksa melurut apa sahaja keputusan DAP......... Siapa yang sebenarnya tertekan sekarang kalau bukan Anwar sendiri. Memang PecahPalakMikir Anwar Ibrahim memikirnya......

Tuesday, 21 August 2012

Kenapa Baru Sekarang Menafikan FB Pemuda UMNO Malaysia

  1. Kenapa baru sekarang ada suara-suara untuk menyerang fb Pemuda UMNO Malaysia. Yang menyedihkan yang menyerang itu terdiri dari pemimpin atasan UMNO sendiri. Tidak tahukah mereka yang  fb PUM selama ini telah melahirkan facebooker yang terlahir dengan mempunyai semangat fisabilillah untuk berjuang di alam maya.........    Disinilah ramai akar UMBI tampil memberi idea dan pandangan tampa mengharapkan apa-apa balasan!-...... Tetapi sayang ada pemimpin atasan yang tidak penah atau mahu tampil menghargai penat lelah akar umbi yang bersusah payah menghidupkan FB PUM dari awal keujudan melebihi 4 tahun kalau tidak silap PPM........................ Selama ini akar umbi yang berakar dalam FB PUM hanya sekadar memendam rasa kerana tidak penah dikunjungi oleh Ketua Pemuda sendiri......................... Tetapi hari ramai akar Umbi kecewa dengan sikap serangan hendap keatas page PUM....................... Adakah suara akar umbi disini tidak dihargai????????       Wahai yang di atas jangan lupa yang kami akar umbi bisa menaik atau menjatuhkam parti! Tapi kami akar umbi amat setia dan sentiasa  berjuang bersama-sama mengikut yang di atas!!........... Ini langsung tidak bermakna buat mereka????   Jangan kerana ego akar umbi dibuang bergitu sahaja........    Harus diinggat akar umbi di dalam page PUM amat setia kepada UMNO BN bukannya sampah tidak berperasaan yang boleh suka-suka dihentam........ Kami tidak juga berhajat untuk berperang sesama sendiri walapun perasaan kesal memuncan kepada mereka yang terlampau ego dengan kuasa yang mereka ada selama ini. Mereka sudah lupakah  darimana datang asalnya kuasa yang mereka ada selama ini?........... Kami akar umbi tidak mempunyai kemampuan untuk tampil ke atas untuk bersuara tetapi jangan pula dilupakan tampa akar umbi seperti kami siapalah UMNO BN di hari ini............    Hentikan peperangan menjatuhkan parti dan memecah belah sesama kita.  Kita bergitu lantang menuduh lawan ada perasit yang merosakan perpaduan mereka tetapi kita juga menmbawa masuk anasir perasit yang meruntuhkan perjuangan kita. Sampai bila? dalam UMNO masih kuat dengan unsur PHD yang menyemarakkan sengketa ini!!......... Tamatkan sengketa kita demi PRU13 atau satu lagi sunami PRU12 berulang di PRU13!!! Satu soalan yang PecahPalakMikir itukah cara yang paling terbaik buat Ketua Pemuda menyelesai masalah dengan membuang kehendak akar umbi dari jumlah 53k yang setia bernaung di dalam FB PUM? Tidak cara lain yang paling terbaikkah?