“Sebagai sebuah parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada parti Kerajaan Barisan Nasional, kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada kewajarannya,” katanya. HaramKahDailyDari tajuknya bukan sahaja dia menghina UMNO malah dia turut menghina rakan-rakan dalam PAS dan PKR yang menyertai perhimpunan menentang penghinaan terhadap Rasulullah. Adakah tajuk itu tidak berkait dengan sahabatnya sekali. Bukahkah ini bagaikan PAS Ludah Kemuka Sendiri Semata-mata Bela Ngeh Koo Ham.
Saturday, 22 September 2012
PAS Ludah Kemuka Sendiri Semata-mata Bela Ngeh Koo Ham
Kisah-kisah Disebalik Innocence of Muslims dan Desert Warriors
Apa yang pasti DAP sukar untuk dipercayai akan keikhlasannya menghormati islam selagi isu twitter Ngeh Koo Ham masih tergantung. Adakah ada satu kerisauan penyatuan umat islam di Malaysia hingga Ngeh bertindak mengeluarkan kenyataan mempertikai hak umat islam Malaysia membuktikan rasa cinta mereka kepada Rasulullah SAW.
Friday, 21 September 2012
RM20 Juta Dana Mengjadikan PAS Sebagai Kadam
Bergitu juga dengan Suaram yang terang-terang mengaku menerima dana dari kuasa asing.NED salur dana hampir RM20 juta kepada pelbagai NGO, agensi
KUALA LUMPUR 20 Sept. - National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011.Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan.NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan 'sejumlah kecil sumbangan' kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini.Bagaimanapun Ambiga seperti dilaporkan berkata, dana tersebut digunakan bagi projek lain yang tiada kena-mengena dengan perhimpunan haram anjuran Bersih dan disokong pembangkang pada 9 Julai 2011.Selain Bersih, NDI turut dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa terlibat secara langsung membantu parti itu dari segi dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di negara ini termasuk menyediakan buku panduan yang menggariskan pendekatan dan kaedah untuk PKR memenangi pilihan raya.Menurut sumber itu lagi, turut menerima dana daripada NED ialah Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) iaitu syarikat yang dikaitkan dengan pertubuhan tidak berdaftar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berjumlah kira-kira RM1.6 juta.Suara Inisiatif dan Suaram dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram dan Pengarah Suara Inisiatif.Kata sumber itu, turut menerima dana secara konsisten daripada NED bermula pada 2005 juga adalah beberapa pertubuhan seperti Centre for Independent Journalism; International Republican Institute; Open Dialogue Centre dan Southeast ASEAN Press Alliance."Pertubuhan-pertubuhan itu menerima sejumlah kira-kira RM13.3 juta iaitu 67 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan NED," katanya.Sumber itu mendakwa, MKini Dotcom Sdn. Bhd. iaitu pengendali portal berita propembangkang Malaysiakini pula dipercayai mula memasuki senarai penerima dana NED pada 2009 dan berterusan sehingga 2011 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM300,000.Pada tahun lalu pula, tambah sumber itu, beberapa pertubuhan lain turut tersenarai sebagai penerima dana daripada NED antaranya Lawyers for Liberty; Liberal Banter Sdn. Bhd. dan Merdeka Centre for Opinion Research.Kontroversi berhubung penyaluran dana daripada NED itu bermula apabila pelbagai pihak mendesak Suaram disiasat kerana menerima dana asing dalam jumlah yang besar sedangkan ia tidak berdaftar sebagai pertubuhan dengan mana-mana agensi kerajaan.Dana yang diterima Suaram itu turut dipersoalkan kerana ia disalurkan NED dan pertubuhan berkaitannya termasuk yang dipimpin penyangak mata wang asing, Soros yang cenderung menganjurkan aktiviti menjurus kepada demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram. Sumber
NED taja Suaram RM1.6 juta
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta.Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835.Suaram dan Suara Inisiatif dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram selain turut bertindak sebagai Pengarah Suara Inisiatif.Seorang lagi pengarah dan pemegang saham dalam Suara Inisiatif ialah Yeoh Seng Guan.Antara pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertubuhan itu ialah Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.Turut terlibat ialah Cynthia Gabriel selaku Pengarah Suaram dan aktivis lain seperti Irene Fernandez; Irene Zavier serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini, Premesh Chandran.Selain dipimpin individu sama, kata sumber itu, Suaram dan Suara Inisiatif turut berkongsi alamat perniagaan dan nombor telefon serta faksimile yang sama."Kedua-dua pertubuhan ini dipercayai beroperasi di alamat pejabat sama iaitu di Petaling Jaya, Selangor menggunakan nombor telefon dan faksimile yang sama. Malah, kakitangan Suaram juga dipercayai merupakan kakitangan Suara Inisiatif," katanya.Sumber itu mendakwa, sebarang dana yang diterima Suaram termasuk daripada NED dan OSI dimasukkan ke dalam sekurang-kurangnya empat akaun yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif.Berikutan itu juga, kata sumber tersebut, operasi Suara Inisiatif yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat dengan objektif menjalankan perniagaan dilihat janggal apabila pendapatan utama syarikat berkenaan diperoleh menerusi sumbangan dana dan bukannya daripada aktiviti perniagaan.Isu mengenai kaitan antara Suaram dan Suara Inisiatif mula dibangkitkan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana pertubuhan itu boleh menerima dana asing dalam jumlah yang besar untuk menaja pelbagai program dalam negara sedangkan tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan.Dana itu turut dipersoalkan kerana diterima daripada sumber-sumber meragukan seperti NED dan OSI yang mempunyai kaitan dengan George Soros serta gerakan mewujudkan ketidakstabilan dalam negara menerusi demonstrasi dan perhimpunan haram.Sehubungan itu, kerajaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan siasatan terhadap Suaram dan mengesan pelanggaran sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Akta Syarikat oleh pertubuhan tersebut. Sumber
Nik Aziz Masuk Kelas Oh My English
Bukti Nik Aziz Wajip Didesak Bersara
Jangan sampai kita tunggu hal ini merosak agama bangsa kita jadi patut dinilaikan semula kewajaran Bukti Nik Aziz Wajip Didesak Bersara fikir-fikirkan PecahPalakMikir
Mendaulatkan Maruah RASULLULAH S.A.W
oogle pada hari AHAD bersamaan 23.9.12 bertempat di speaker square padang kota jam 6.00 petang.
Seluruh umat islam di seru hadir bagi mendaulatkan maruah RASULLULAH S.A.W yang di hina oleh puak puak yahudi, kami akan membongkarkan apa yang youtube dan google sedang kelabui mata orang islam.
YA RASULLULAH KAMI AKAN TENTANG YAHUDI LAKNATULLAH HABIS HABISKAN UNTUK SELAMATKAN MARUAHMU YA AMIRUL MUKMININ,TAKKAN KAMI BIARKAN MARUAHMU TERCEMAR YA ABAL QASSIM DAN AKAN KAMI BUKTIKAN YANG KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH AKAN SETIAP KATA KATAMU.
TIADA TUHAN YANG LAYAK DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH! TAKBIR!!!!! ALLAHUAKBAR
**di harapkan rakan rakan yang membaca posting ini dapat share post ini di serata group demi RASULLULAH S.A.W insyallah.
ikuti perkembangan kami diwww.facebook.com/persatuanmukabukupulaupinang
Thursday, 20 September 2012
Apa Bezanya Kadir Shiekh Fadzir Dengan Nabi Musa
Kesian Nik Aziz Terkena Tempias Tibai Dengan Tengku Aziz
Aduhai dalam diam boleh kira orang PAS termasuk Nik Aziz kena tempias ditibai Tengku Aziz. Walaupun persoalan yg kursus kepada DAP. Waima macam itu!! PAS boleh dianggap terdesak sampai sanggup menjadi mangsa diperalatkan DAP. Itulah kalau makin kita kuPAS semakin niPIS dan harus di puPUSkan.
Keluar pakatan jika tentang hudud - Tunku Aziz
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam isu hukum hudud.
Beliau mendakwa, tindakan berdiam diri kedua-dua pemimpin berkenaan hanya kerana tidak mahu kehilangan undi orang Melayu.
Tunku Abdul Aziz menegaskan, Kit Siang dan Guan Eng perlu bersikap lebih jujur dan ikhlas dalam menangani isu hudud dengan menyatakan pendirian menyokong atau menentang kerana ia melibatkan kepentingan rakyat terutamanya penyokong DAP sendiri.
"Adakah ini dinamakan telus? Mengapa Kit Siang asyik mendiamkan diri? Mengapa Guan Eng hanya membiarkan Pengerusi DAP, Karpal Singh berjuang sendirian sehingga sekarang? Jika sokong kata ya, jika tidak, keluar sahaja daripada pakatan. Jebat Utama Ir Jebat Modern Mohd Noor Idris Aqbal Yunus Khan Hachi Bugs Jason King Siti Aisah Ahmad Sis Hamidon Markom Fariyal Ahmad Tok Dinz
Gempar Video Baru Terbongkar SEK SA Pakatan Rakyat
Sekali pandang Barisan Nasional tersentak tetapi rupa-rupanya alhamdulillah UMNO BN kembali lebih berkesan dan berani membuat perubahan.
Syukurlah Allah mentakdirkan negara ini mempunyai barisan pemimpin yang kena pada zamannya. Ini bakal membuktikan UMNO BN akan sentiasa releven mengikut arus masa yang saling berbeza dari satu generasi ke satu generasi.
Apa yang terjadi dengan Pakatan Rakyat, Alamak nampak macam bagus tetapi alahai rupa-rupa berdaki lebih teruk dari biasa. Alamat memang sahlah Pakatan Haram akan tumbang dengan sumber-sumber haram, almaklumlah perjuangan menggunakan sumber-sumber haram mana hendak berkat!!
Wednesday, 19 September 2012
Hormati Sensitiviti Islam Hanyalah Retorik DAP
Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan Rasulullah SAW berpesan: “Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.” Malah, ALLAH SWT mahu orang beriman berselawat kepada Nabi Muhammad sebagai penghormatan kepada Baginda. (Al-Ahzab:56)
Tuesday, 18 September 2012
Gerakan Suaram Mirip Parti Komunis Malaya
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) kerana didapati wujud keraguan dalam dokumen dan penyata kewangan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, (SSM) akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap syarikat yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (Suaram)."Tindakan undang-undang diambil kerana didapati ada unsur yang mengelirukan di dalam akaun SISB."Dipercayai cara laporan di dalam akaun mengelirukan."Petang ini kita akan berbincang dengan wakil daripada Jabatan Peguam Negara untuk berbincang hal ini," katanya kepada pemberita.Katanya, terdapat lima tuduhan yang telah dikenal pasti, namun setakat ini hanya satu sahaja yang telah diputuskan untuk disiasat iaitu Akta Syarikat 1965 di bawah seksyen 364(2)."Kita akan siasat di bawah lima tuduhan dan seksyen, tetapi yang telah dikenal pasti sekarang siasatan di bawah Akta Syarikat 1965 di bawah seksyen 364(2)," tambah beliau lagi.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap Suaram, Ismail berkata SSM tidak mempunyai kuasa kerana pertubuhan tersebut kerana tidak berdaftar di bawah suruhanjaya itu.Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa enam lagi agensi yang bermesyuarat bersama SSM dan wakil Bank Negara hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap badan bukan kerajaan (NGO) itu.Suaram sebelum ini didakwa menerima dana daripada spekulator mata wang terkenal, George Soros melalui NGO yang berpengakalan di Amerika Syarikat berdasarkan dokumen dan emel antara kedua-dua pihak.Sementara itu, Pengerusi Suaram Arumugan Kalimuthu berkata pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama berhubung siasatan keatas pertubuhan itu.Namun katanya, Suaram akan meneruskan pendedahan berkaitan dakwaan skandal kapal selam Scorpene."Suaram bersedia untuk dikecam dan disiasat. Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SSM dan mana-mana badan yang berminat untuk melihat "buku" kami."Saya memberi amaran kepada pihak kerajaan yang bertanggunjawab dalam skandal Scorpene untuk bersedia," kata beliau lagi. sumber
Nik Aziz ! Bahana Paip Air Berkarat Tersembur Kemukanya
Ini akibat lalai dalam ambil berat kemudahan dan keperluan Rakyat! Bila orang dah tolong ramai pula pecacai sakit hati. Kalau tidak boleh buat kerja diam-diam dan berterima kasih laa sikit. Bersyukurlah kerana kerajaan pusat sudi menyelesaikan masalah anda.
Alat Penapis Dipasang Di 500 Sekolah Di Kelantan Atasi Masalah Air Kotor
Share on facebookMore Sharing Services
KOTA BAHARU, 14 Sept – Kerajaan pusat akan memasang segera alat penapis air di 500 sekolah di negeri ini yang sedang menghadapi masalah bekalan air kotor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata pemasangan alat penapis air di 500 sekolah di bawah Kementerian Pelajaran yang sudah dikenal pasti itu, dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.
“Kita harap ini boleh mengurangkan masalah air kotor, saya tidak mahu pelajar di Kelantan menghidap penyakit yang berpunca daripada sumber air kotor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemasangan alat penapis air itu berikutan kejayaan projek perintis yang dilaksanakan di beberapa sekolah di negeri ini menghasilkan air bersih yang dijamin kualitinya untuk kegunaan pelajar.
Beliau meminta pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan menyemak sekiranya masih terdapat sekolah lain yang menghadapi masalah sama untuk dipasang dengan alat penapis tersebut.
Ditanya mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) di Selangor yang menjadi kontroversi, Muhyiddin berkata komitmen kerajaan pusat ialah projek tersebut akan diteruskan dan meminta kerajaan negeri Selangor memberi kebenaran “development order” supaya kerja boleh dijalankan.
“Kita dapati dari laporan yang ada, status air di Selangor sudah sampai di tahap kritikal, ini bukan politik, ia realiti, pakar-pakar mengenai air sudah beritahu kalau kita tidak mula projek Langat 2 sekarang yang tempoh pelaksanaannya dua setengah tahun hingga tiga tahun, sampai tahun 2015, 2016 pastinya tidak cukup air, keadaan darurat air boleh berlaku.
“Komitmen kerajaan pusat ialah setuju atau tak setuju kita nak mulakan, kalau tunggu dia (kerajaan Selangor) setuju, setahun lagi baru nak panggil tender, mungkin tidak akan siap dalam masa tersebut,” katanya.
Muhyiddin berkata kita hendak minta kerajaan negeri Selangor membantu penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, kerana ia melibatkan nasib rakyat dalam mendapatkan bekalan air yang mencukupi dan terjamin.
“Saya sudah minta Peguam Negara untuk meneliti Kanun Tanah Negara, ada fasal-fasal yang memperuntukkan di mana kalau ia dianggap projek nasional yang penting, kalau perlu kita boleh laksanakan juga walaupun ada halangan,” katanya dan menambah kata loji tersebut akan memproses air yang diperoleh dari Pahang yang akan disalurkan melalui terowong.
PAS-PIS-PUS semakin kuPAS semakin niPIS semakin puPUS
Idea Bida AP Rafizi Lebih Memalukan Diri Berbandingkan Muhkriz
Bidasan Dr Asri Terkena PAS Rela Sekular Dari Agama Dipolitikkan
SHAH ALAM - Politik dan agama sememangnya wajar digabungkan kerana agama akan membimbing politik, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Bagaimanapun katanya, pada dirinya sendiri, beliau lebih rela hidup di negara sekular daripada membiarkan agama dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan politik.“Saya lebih rela negara sekular, saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik kalau agama digunakan untuk kepentingan politik. Sekurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik sahaja," katanya.Beliau turut membidas tindakan sesetengah pihak yang menggunakan perkataan kafir harbi, sedangkan menurut ulama terulung, Dr Yusuf Al-Qardhawi, istilah itu hanya untuk Zionis Israel sahaja.Beliau berkata, penggunaan kafir harbi memerlukan perbincangan kerana hanya mereka yang layak berhak untuk membuat keputusan menentukan siapa kafir harbi."Ini juga masalah media. Hanya kerana kawan itu pakai serban dan ada (sekolah) pondok, dia belum berhak untuk membuat keputusan yang besar seperti itu. Ada kesan besar apabila mengatakan orang kafir harbi."Dr Yusuf Qaradhawi kata negara kafir harbi hanya Israel sahaja. Amerika Syarikat tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan sebagainya," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di sini, semalam. sumber
Monday, 17 September 2012
Kadir Allah Minta Saya Turun Selamat Negara
Pratonton Sembahyang 2 Imam
Haji Hadi Berjenaka Ala Maharaja Lawak
Kisah Benar Disebalik Hudud Kelantan
Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Keretapi Laju Nik Azi Vs Tun Dr Mahathir Kapal Perang
KUALA LANGAT - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin syarikat pembinaan kapal tempatan mampu membina sendiri kapal lebih besar termasuk kapal perang pada masa hadapan.Beliau berkata syarikat tempatan yang terlibat dalam bidang itu perlu diberi peluang membuktikan kemampuan mereka, dengan menjadikan syarikat NGV Tech yang sehingga kini berjaya membina lebih 140 buah kapal pelbagai jenis, sebagai contoh."Saya yakin NGV Tech mampu membina kapal lebih besar dan kapal perang kerana ia syarikat sofistikated yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan membina dua kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selain telah menjalin usahasama dengan syarikat dari Korea Selatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran NGV Tech di sini, hari ini. sumber dan sambungan