Thursday, 25 April 2013

Video Haji Hadi Terduduk Menurut Karpal Singh

Semasa hari penamaan calon, memang benar DAP mempunyai masalah soal penggunaan logo sendiri. Menyebabkan PAS sertamerta menawar penggunaan logo PAS sebagai ganti logo DAP di kertas undi.


Tetapi itu tidak berlaku kerana situasi yang sebenar ROS tidak pernah mengharamkan penggunaan logo DAP dalam kertas undi PRU13 walaupun CEC DAP sedang disiasat akan tahap sah pelantikan CEC DAP.



Sebenarnya kesediaan PAS menawarkan logo PAS adalah semata-mata mengharapkan DAP berlembut menerima sepenuhnya kehendak PAS terutama soal menegakan hukum Hudud. Sayangnya semalam Karpal Singh dalam penyataan di Facebooknya pada jam 3.15 petang mengatakan meskipun DAP menghargai tawaran PAS untuk menggunakan simbol parti itu (PAS), ketika DAP mempunyai masalah mengguna lambang sendiri pada hari penamaan calon. ia tidak bermakna DAP menerima dasar islam termasuk hudud.



Menurut Karpal, DAP sudah nyatakan pendirian tetap menolak dasar PAS termasuk hukum hudud dilaksanakan dalam negara, apatah lagi untuk mewujudkan negara islam.



Situasi ini menjadi lebih rumit apabila Harun Din sendiri mengakui masalah ini tidak dapat diselesai melalui kenyataan akhbar semata-mata. Tetapi walaupun kenyataan Harun Din ada kebenarnya tetapi bila masakah DAP bersedia mendengar suara PAS dan bersidang sebulat semeja untuk membicarakan soal negara amat jauh sekali.



Walaupun diambang hari mengundi di PRU13 PAS sengaja mengwar-warkan Haji Hadi bakal Perdana Menteri dan kononnya telah dipersetujui oleh DAP. Jelas membuktikan satu karangan penyedap halwa telinga pengikut PAS. Kerana dari kenyataan Karpal Singh membuktikan kepekatan hati Karpal menolak pejuangan PAS adalah keras tanpa dapat diubah walaupun setitik dari hatinya.



Oleh itu PAS tetap sebagai kaldai dan terus-menerus menjadi hamba suruhan Pakatan Rakyat. Kerana dalam soal ini, pakej yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim lebih mengujakan DAP berbanding PAS. Lihat keberanian Anwar Ibrahim.



Majlis Syura Pas mengenai kalimah Allah menimbulkan polemik. Dalam hierarki kepimpinan Pas, Majlis Syura adalah kuasa tertinggi mengatasi yang lain termasuk pendirian Presiden. Pendirian Presiden mengenai persetujuan awal dalam kalangan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang sepatutnya dengan sendirinya terbatal.

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pakatan Pembangkang telah menyatakan pendirian yang sama adalah sebenarnya pendirian Anwar yang mahukan pendirian awal Abdul Hadi Awang kekal sebagai pendirian pakatan.Jika ini isunya kepimpinan pakatan pembangkang menghadapi dilema besar. Karpal Singh juga meminta Abdul Hadi menimbang semula pendirian sementara Lim Guan Eng yang mencetuskan isu ini enggan menyatakan pendiriannya meskipun dibantah oleh umat Islam

Akhirnya disaat-saat menjelang PRU13, atas saingan keberanian Anwar, akhirnya mendorong Haji Hadi pun bertindak dengan cara yang sama tetapi bagaimana dengan majlis syura? Huhu ada Haji Hadi kesah...... Pecah Palak Mikir

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.