Tuesday, 21 May 2013

BILA SINDROM BLACKOUT JANGKIT AHLI PAKATAN RAKYAT


Kau orang perasan tak apa sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat terutama Anwar dan PKR. Dari satu sudut Anwar terlampau terdesak malah sesuai dikatakan gelojoh seperti mana kata-kata Nik Abduh "GELOJOH"

Mari kita fikir sekejap, Anwar beria-ia  berkempen sana-sini dengan ceramah BLACKOUT 505 untuk apa? Adakah sekadar melepas geram? Bukankah tindakan ini boleh mencetuskan rusuhan jalan raya malah boleh menyebabkan pergaduhan berdarah berlaku antara kedua belah pihak, jika situasi tidak terkawal lagi.

Tindakan Anwar telah membangkitkan kegairahan Adam Adli yang terdiri dari kelompok MAHASEWEL. Terus naik sewel mengajak rakyat turun ke jalan raya rampas kuasa, kerana tidak sabar dan tidak tahan akan kekakalahan PRU13. Adam kata dia tidak sanggup tunggu 2018.

Kemudian kebanyakan dari PAS tidak mahu terlibat dengan kaedah rampasan kuasa melalui menjatuhkan kerajaan di jalan raya. Malah Rafizi sekarang dah tarik handbreak tidak setuju kaedah mahasewel. Kononnya Rafizi tidak mahu turut sewel!!

KALAU KAU ORANG TIDAK MAHU GUNA KAEDAH MAHA SEWEL, ABIS YANG MENGGALAK BERKEMPEN BERHIMPUN SERATA NEGERI DALAM HIMPUNAN BLACKOUT, APAHAL?

Adakah mereka tidak terduga yang budak sewel sampai ketahap itu, atau ini semua mainan semata-mata. KALAU TIDAK TERDUGA TERNYATA OTAK PAKATAN TAHAP BUDAK TAK MATANG.

Lagi tidak faham bila PAS tidak setuju kaedah rampas kuasa dijalan raya dan dalam masa yang sama tidak setuju Adam Sewel yang menghasut rakyat jatuhkan kerajaan di jalan raya ditangkap. ITU MENGHASUT DAN KALAU BENAR-BENAR BERJAYA BERMAKNA KITA BERPERANG NAMANYA. Tapi PAS kata zalim tangkap orang menghasut. Haii bukankah Pakatan Rakyat terkena sindrom BLACKOUT? betul tak.

Betul agaknya ada ramalan terdahulu sebelum PRU13. SESUNGGUHNYA ADA DIKALANGAN PAKATAN RAKYAT MASUK TANJUNG RAMBUTAN KERANA KECEWA. Agak-agak berlaku ketidak sebab Anwar sekarang sudah celaru mengira nombor.. ada perasan tak.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.