Tuesday, 21 May 2013

Kenapa Air Asia, Penumpang MAS Terkena Jangkitan Campak?

100 Penumpang MAS terkena jangkitan demam campak kerana sikap baik hati MAS sudi membawa seorang ibu dengan anaknya yang bekas mengidap demam campak. Inilah impak apabila baik hati sangat tolong orang.

Itulah harapan Air Asia yang ramalan sehingga meninggalkan ibu bersama-sama anaknya di Vetnam terkapai-kapai tanpa ada prihatin oleh Air Aisa. Tetapi apabila penumpang tersebut dibawa pulang oleh MAS pada hari yang sama jam 7 tidak pula berjangkit dengan demam campak anaknya.

Kononnya keputusan ini diambil atas nasihat seorang doktor tetapi lihat apa kenyataan dari saksi di tempat kejadian.

1. Saya berada di lokasi, lapangan terbang di Ho Chi Minh, Vietnam pada waktu kejadian. Hanya wanita berpakaian seperti jururawat mengambil suhu badan Maryam Sofea Mohd Reza berhampiran pintu 18.

TIADA individu warga Vietnam memperkenalkan diri sebagai doktor LAPANGAN TERBANG, berada di lokasi sewaktu insiden berlaku.

2. Menurut adik Izan, Saiful Mohd Ali, wakil syarikat Air Asia menawarkan 4 tiket percuma pada jam 8.41 malam, 19 Mei lalu, BUKAN sewaktu Maryam dinafikan hak menaiki pesawat pada 18 Mei.

FAKTA menarik ...

Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA, diterbangkan dari Ho Chi Minh, Vietnam, menggunakan pesawat MAS, kira-kira 1 jam sebelum itu, 7.45 malam, hari sama.

Barangkali Air Asia tidak langsung mengetahui perancangan 4 penumpang terbabit diterbangkan oleh MAS ke Malaysia.

3. Tan Sri Tony Fernandes dan Aireen Omar, please check the accuracy of the information stated.

Jadi bagaimana kenyataan Air Asia menyebut ada doktor memberi nasihat? Sepatutnya Air Asia kena beralah dan memohon maaf kepada keluarga tersebut dan kepada semua rakyat Malaysia yang semakin terkilan dengan sikap Air Asia semakin melampau-lampau tanpa batas.

4 comments:

  1. hahaha (padan muka Air Asia).

    ReplyDelete
  2. BOIKOT AIRASIA. ... BLOODY HELL

    ReplyDelete
  3. AirAsia pertahan sekatan pada pengidap demam campak
    2:57PM Mei 20 2013

    Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mempertahankan bahawa tindakannya yang menghalang seorang bayi pengidap demam campak daripada menaiki penerbangan syarikat itu dari Ho Chi Minh pada Sabtu lalu adalah mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Satu kenyataan AirAsia di Facebook menyebut, tindakan itu bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada penumpang lain.

    “AirAsia mengikuti piawaian kesihatan global di mana para tetamu yang menghidapi demam campak hanya dibenarkan menaiki pesawat sekurang-kurangnya selepas 5 hari dari tarikh mula muncul ruam ditubuh. Ini perlu disokong oleh sijil perubatan atau surat pengesahan layak untuk terbang dari doktor bertauliah.

    “Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan; penumpang yang tidak sihat, terutamanya jika mereka demam, harus menangguhkan perjalanan mereka sehingga mereka sembuh. Penumpang dengan penyakit berjangkit aktif tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan udara,” kenyataan itu dipetik.

    Kenyataan itu bagi menjelaskan masalah yang dialami keluarga bayi berusia 14 bulan, Maryam Sofea Mohd Reza, yang menjadi perhatian utama laporan media hari ini.

    Antara, laporan Utusan Malaysia yang menyebut AirAsia memaksa ibu Maryam Sofea tinggal selama lima hari di negara tersebut sehinggalah bayi tersebut diisytihar selamat menaiki penerbangan.

    Ibu saudara bayi tersebut, Norhamiza Mohd Ali, yang dipetik dalam laporan tersebut mendakwa AirAsia juga tidak membawa Maryam Sofea ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

    Laporan itu juga mendakwa, kakitangan AirAsia tidak menghiraukan penjelasan ibu Maryam Sofea, Izan Suhaila bahawa anak perempuannya sudah pulih dari demam campak.

    AirAsia bagaimanapun dalam kenyataannya menegaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak.

    “Hal ini telah disahkan oleh doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.

    “Seterusnya, AirAsia telah membuat persediaan untuk menerbangkan kembali ibu, bayi serta 2 orang dewasa secara percuma, setelah bayi itu diisytiharkan boleh menaiki pesawat oleh doktor,” kenyataan itu dipetik.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.