Lim Kit Siang bersungguh-sungguh mengeluarkan 6 alasan untuk menafikan tindakan beliau terbabit bersama DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa. HINGGA SEKARANG MENIMBULKAN SITUASI SIAPA BETUL DAN SIAPA YANG SALAH?
Katanya, enam sebab itu termasuk pertama beliau tidak bertanding mana-mana kerusi di Kuala Lumpur atau Selangor pada Pilihan Raya Umum 1969 lalu, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Bandar Melaka.
Kedua, beliau juga tidak berada di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969, sebaliknya ketika itu berkempen di Kota Kinabalu membantu seorang calon bebas bagi kerusi Parlimen, kerana Pilihan Raya Umum di Sabah diadakan selepas pilihan raya umum di Semenanjung pada 10 Mei 1969.
“Ketiga, jika saya penyebab rusuhan kaum 13 Mei 1969, sudah tentu saya tidak berani balik dari Sabah ke Kuala Lumpur, apatah lagi jika benar saya yang melaungkan slogan anti-Melayu dalam perarakan jalan raya di Kuala Lumpur dan kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor.
“Keempat, jika benar saya yang menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969 dengan melaungkan slogan anti-Melayu dalam perarakan jalan raya di Kuala Lumpur dan kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, sudah tentu sejak dulu lagi saya dituduh dan didakwa di mahkamah, kerana melakukan perbuatan jijik sedemikian dan tidak mungkin dilepaskan begitu saja.
“Kelima, jika saya pencetus rusuhan berkenaan, tentu saya tidak akan meminta, sejak 44 tahun lalu sehingga sekarang, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kejadian 13 Mei 1969 bagi mengenalpasti sebab dan dalangnya.
“Keenam, saya juga tentu tidak akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari Pusat Tahanan Muar pada 5 Ogos 1969 untuk meluahkan “kegelisahan mengenai masa depan Malaysia” dan mengemukakan tiga cadangan untuk mengukuhkan perpaduan nasional berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969,” katanya dalam kenyataan media,
Hakikatnya sekeping gambar diatas menggambarkan Lim Kit Siang pembohong dan ucapannya disini tidak pula berani disentuh sama sekali. Lim Kit Siang boleh bercakap apa sahaja atau menafikan apa sahaja tetapi CUKUPKAH HUJAH ITU MENGUBAH LATAR SEJARAH YANG TERSEBAR SELAMA INI?
HAKIKATNYA SEKADAR PENCERITAAN BELUM TENTU MENJADI BUKTI YANG KUAT UNTUK DIPERCAYAINYA. MUNGKIN KIT SIANG PERLU TAMPIL DENGAN BUKTI-BUKTI NYATA YANG KUKUH UNTUK MENYOKONG HURAIAN PANJANG LEBAR KIT SIANG.
PERSOLANNYA BOLEH LIM KIT SIANG MENJELASKAN KATA-KATA YANG RETSEBAR DIALAM MAYA INI.. Klik 10 kebiadapan Lim Kit Siang semasa 13 mei 1969
HAKIKATNYA SEKADAR PENCERITAAN BELUM TENTU MENJADI BUKTI YANG KUAT UNTUK DIPERCAYAINYA. MUNGKIN KIT SIANG PERLU TAMPIL DENGAN BUKTI-BUKTI NYATA YANG KUKUH UNTUK MENYOKONG HURAIAN PANJANG LEBAR KIT SIANG.
PERSOLANNYA BOLEH LIM KIT SIANG MENJELASKAN KATA-KATA YANG RETSEBAR DIALAM MAYA INI.. Klik 10 kebiadapan Lim Kit Siang semasa 13 mei 1969
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.