Wednesday, 11 September 2013

DAP Sengaja Tiupkan Perkauman SK Seri Pristina Strategi Menghalang PPPM

DAP antara pihak yang paling takut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilaksanakan. Kerana DAP mempunyai pemintaan yang melampau untuk dimasukan PPPM tetapi tidak dituruti oleh Kerajaan. Sebenarnya DAP sedar yang permintaan mereka adalah keterlaluan jika didedah secara berterusan kepada umum yang berbilang kaum. 

Setelah pemintaan mereka tidak dipenuhi, DAP bertindak memainkan isu yang berdasarkan perkauman Sk Seri Pristina untuk menghasut rakyat menentang pelaksanaan PPPM.

DAP menggambarkan kementerian gagal bertindak terhadap insiden yang berlaku di SK Seri Pristina dengan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan bukan saja menganggap peristiwa itu sebagai masalah kecil malah polis menyoal siasat murid tanpa keizinan penjaga. Tetapi sejauh mana sangat isu yang sebenarnya terkantoi seperti pautan( pengadu cabut lari) ini terang-terang membuktikan DAP tiada isu untuk dimainkan.

Sebenarnya kerajaan menyediakan sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.



Tetapi apa yang diharapkan DAP melalui tuntutan Ultra Kiasu iaitu:

* Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.

* Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

* Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

* Keempat, rombak Akta Pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Inilah perbezaan rancangan dan tindakan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu tunduk dengan desakan DAP dan Ultra Kiasu yang terang-terang mempunyai agenda bersifat melebihi Ultra Kiasu.


Sepatutnya ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. PPM amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan.


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.