Tuesday, 1 October 2013

10 Misteri Tersembunyi Disebalik CEC DAP Yang Perlu Anda Tahu

Siapa sangka selama ini Denasti Lim menguruskan CEC DAP berjalan dengan penuh misteri hingga lebih 20 tahun.

Jika diikuti kata Karpal Singh "Jangan main-main dengan DAP" Tetapi siapakah yang sedang bermain-main dengan DAP sebenarnya?

Cuba lihat CEC DAP terpaksa dilakukan buat kali kedua setelah DAP gagal membuktikan kepada makamah yang CEC DAP 2012 dilakukan dengan penuh tulus. Yang dipersalahkan adalah ROS kononya berniat jahat. Tahukah anda CEC DAP kali ini lebih hebat tahap jahat yang penuh misteri hingga tidak mampu disedari orang-orang melayu yang taksud.

Apa yang misteri sangat tentang CEC kali ini..

1. Yang paling misteri adalah Janice Lee Adun Teratai sudah dipecatpun boleh mengundi. Entah parti mana yang ada undang-undang sebergini dalam dunia ini, hanya DAP sahaja yang boleh buat.

2. Bertambah misteri apabila 845 pengundi hilang dan 17 orang calon mengundur diri dengan tiba-tiba disaat-saat akhir menjelang CEC DAP bermula. Apa sudah jadi?

3. Misteri seterusnya, Denasti Lim dapat berdiri walaupun Lim Guan Eng hanya di tempat ke 5 bagi katogeri undi terbanyak manakala Lim Kit Siang tidak lagi memegang undi paling popular tetapi sebaliknya di tempat kedua.

Cuba lihat keputusan Pemilihan Semula CEC Kongres Khas DAP 2013.
  1. LIEW CHIN TONG – 1438
  2. LIM KIT SIANG – 1436
  3. KARPAL SINGH – 1421
  4. GOBIND SINGH DEO – 1409
  5. LIM GUAN ENG – 1304
Yang menjadi misterinya Denasti Lim boleh terus menerajui DAP? Jika mengikut keputusan Lim Guan Eng, adalah tidak layak menyandang Setiausaha Agung kerana dia gagal mencapai undi paling popular. Bukankah hanya undi popular yang layak menjadi Setiausaha Agung DAP sebagai mana Anwar pernah war-warkan semasa selepas PRU13 kononnya undi popular layak memerintah negara.

4. Bertambah-tambah misteri apabila Liew Chin Tong (1438 undi) hanya layak memangku jawatan pengarah pendidikan politik walhal telah mendapat Undi paling popular berbanding Lim Kit Siang (1436 undi). 

5. Yang paling misteri dan menghairankan kenapa Chong Eng 1111 undi, Ngeh Koo Ham 809 undi dan P Ramasamy yang bukan dari senarai 20 ahli undi tertinggi layak menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung. Sepatutnya Liew Chin Tong  lah yang paling layak menyandang Timbalan Setiausaha Agung.

6. Sungguh misteri manusia celup seperti Khir Johari dianggap wakil melayu walhal dirinya hanyalah campuran kacukan cina. Kenapa sudah tidak ada melayu sejati ke?

7. Dalam ucapan penuh misteri Lim Guan Eng “Kita bukan mahu laungkan hidup Melayu atau hidup Cina tetapi kita mahu laungkan hidup Malaysian Malaysia,” tetapi mana wakil orang melayunya? Sedangkan selama ini nilai orang melayu dalam DAP hanya 50 sen. 

Dan jika benarlah mahu melaungkan "Malaysian Malaysia" kenapa tiada orang melayu  yang menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung sedangkan ianya ada diwakili cina dan india. 

8. Malah situasi menjadi lebih misteri apabila P Ramasamy  boleh menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung, walhal dirinya bukanlah dari golongan 20 orang mendapat undi tertinggi dan terpilih. Kenapa tiada orang melayu yang layak mendapat jawatan yang sama? Jika P Ramasamy diberi pengecualian untuk menyandang jawatan tersebut.

9. Bertambah-tambah misteri lagi dengan kewujudan Jawatankuasa Disiplin yang hanya disandang kaum Cina dan India sahaja. Malah P Ramasamy juga dilantik selain 2 jawatan lain. Yang misterinya adakah orang melayu dan bumiputera tidak layak menjadi sebahagian jawatankuasa tersebut. Adakah mereka ini tidak berkelayakan?

10. Akhirnya misteri Lim Guan Eng melaung-laungkan dalam CEC DAP kononnya ini pendekar-pendekar Melayu DAP  Ahli Parlimen Raub Dato’ Mohd Ariff Sabri bin Hj Abdul Aziz dan ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.

Yang menjadi misterinya rupa-rupanya hanya dibibir Lim Guan Eng dan bukan diterjemahkan dengan melantik wakil melayu untuk menyandang jawatan kedua tertinggi CEC, malah tiada sebarang jawatanpun di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP diberikan, walhal kaum lain sampai merangkum 4 jawatan pun ada iaitu  Anthony Loke Siew Fook. Itu dinamakan Malaysian Malaysia?

Jika diamati ucapan dasar Lim Guan Eng semasa CEC DAP:
Kejayaan besar DAP dalam pilihan raya lalu telah menjadikan DAP sebuah ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN) dan sebab itu mereka menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menghabiskan DAP apabila mereka mengeksploitasi kejujuran Parti.

Persoalanya jika kita amati semua magik ini siapa sebenarnya sedang mengeksploitasi kejujuran parti untuk dinasti keluarnya disebalik selogan Malaysian Malaysia pun mereka tidak dapat jujur dalam pelantikan CEC DAP apatah untuk jujur kepada 28 juta rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.