Pasca PRU13 cukup membuktikan peranan media sosial dalam peperangan penuh sengit antara Barisan Nasional berentap dengan Pakatan Rakyat. Tetapi cukupkah dikalangan UMNO dan Barisan Nasional berpuas hati dengan pencapaian Pasca PRU13?
Datuk Sri Najib cukup mengambil berat bila dikatakan Jentera Media Sosial Barisan Nasional apatah beliau sedar kehebatan Red Bean Army yang asalnya bergerak secara bawah tanah selama 5 tahun, dan akhirnya membuat kejutan besar bila sampai saat-saat akhir kempen PRU13.
Sekarang samada ada yang mengakui atau tidak peranan media sosial boleh memberi impak yang berkali ganda bila menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang mungkin dalam 2 tahun ini dan Pilihanraya Umum ke 14 dalam tempoh 5 tahun.
PPM masih inggat Datuk Sri Najib bercakap keputusan pru14 ada didalam gejet anda. Dalam betul dimaksudkan Najib.
Pernah Zulkifli Nordin berkata Blogger yang baik perlu ada fakta dan bukti untuk sesuatu isu dan terlebih dahulu mestilah didahulukan dengan penyelidikan yang tepat. Itulah lebih kurang yang PPM ingat dari mulut Zulkifli.
PPM percaya kesungguhan Najib sehingga sanggup turun ke Lebah Selikon semata-mata untuk bertemu pihak ternama dalam Google, Facebook dan Twitter. Sudah pasti tujuannya amat mudah difahami.
Iaitu untuk mendalami peranan penyampaian media sosial yang boleh dimamfaatkan dalam pentabiran kerajaan dan sudah pasti memperkukuhkan benteng UMNO dan Barisan Nasional. Lebih membanggakan bagamaimana Mark Zuckerberg luahkan tentang kesungguhan Najib Razak.
Iaitu untuk mendalami peranan penyampaian media sosial yang boleh dimamfaatkan dalam pentabiran kerajaan dan sudah pasti memperkukuhkan benteng UMNO dan Barisan Nasional. Lebih membanggakan bagamaimana Mark Zuckerberg luahkan tentang kesungguhan Najib Razak.
Tetapi adakah dikalangan Blogger termasuk PPM sendiri memahami fungsi dan matlamat perjuangan masing-masing. Yang paling penting tahukah kita semua etika dalam blogging perlu dimatabatkan dan diperkasakan supaya menjadi medium yang dihormati rakyat yang mengikuti atau yang belum mengikutinya.
Selama ini media sosial Barisan Nasional kerap digelarkan sebagai wadah porno. Salah siapa sehingga timbul isu ini?
PPM sendiri tidak pernah mendapat latihan khusus dalam mendekati bidang media sosial dan lebih tepat dikatakan main terjun masuk je dan bantai sesuka hati. Dari itu terdetik dihati PPM adakah ini benar-benar membantu Barisan Nasional berkempen?
Mujur jugalah PPM ada berberapa kenalan yang benar-benar memahami media sosial sering menegur dan memberi pandangan kepada PPM untuk mencari haluan perjuangan PPM.
Kita masih perlu berlajar mendalami lebih khusus dan berharap satu blueprint hebat dari Barisan Nasional supaya terkeluar dari persepsi Syok Sendiri.
Sebab itu PPM amat bersetuju dengan apa pernah diperkatakan Tun Faisal. Sepatutnya semua jentera Blogger, Facebooker dan Twitter perlu diberi kursus supaya mereka-mereka ini tidak tersasar dari haluan perjuangan memperkasakan jentera media sosial Barisan Nasional.
Kesungguhan ucapan Tun Faisal kepada PPM amat dipercayai oleh PPM kerana Tun Faisal sanggup turun padang mengadap sesiapa sahaja tanpa mengira apa status mereka demi menyelesai kemelut jentera media sosial Barisan Nasional. Malah Tun Faisal cukup terbukti dirinya seorang berkemampuan menggerakan UMB dan membantu BNYCT dengan strategi yang cukup teratur dan tidak menjadi perosak kepada parti.
Tetapi masalah dalam Media Sosial UMNO BN, masih banyak perlu didekati dan diperkasakan. Malah menyatupadukan kesemuanya adalah faktor yang perlu diutamakan.
Selama ini terutama selepas PRU13 blogger UMNO BN terlebih melatah mendahului kerajaan. Ini termasuk PPM sendiri kerana apa? Tentu banyak sebab yang perlu dirungkaikan dan diperkasakan oleh UMNO BN demi PRU14.
Oleh itu, melihat kesungguhan Datuk Sri Najib ingin memperkasakan jentera Media Sosial dan sudah pastilah dalam Majlis Tertinggi kali ini wajib ada seorang wakil jentera media sosial yang berpengalaman jauh dan memahami serta rajin mendekati segala permasalahan di bawah. Kerana akar umbi UMNO sekarang lebih ramai aktif di Alam Maya dan mereka ini lebih rajin dan peka membantu UMNO BN dalam perjuangan yang tidak pernah selesai.
Ini penting demi perjuangan Agama Bangsa Negara di zaman ini adalah jauh lebih mencabarberbanding era 90 an, 80 an dan sebelum-sebelumnya. Demi ABATA kita perlu berubah dari baik kepada lebih baik.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.