Thursday, 10 October 2013

Bagaimana Pewakilan UMNO Harus Lihat Saingan Khairy V'S Akhramsyah

Apa yang diperhujahkan PecahPalakMikir dibawah ini tentu akan membuat banyak pihak tertanya-tanya kenapa pendekatan PPM berbeza dalam menyampaikan idea siapa yang layak untuk Pemuda UMNO..

Kita tak perlu fikir sangat siapa akan jadi ketua pemuda sebab semua yg bertanding adalah mereka yang layak untuk memimpin gerakan pemuda Malaysia..

Dalam process transformasi politik umno kali ini kita perlukan gabungan berbagai pemimpin di 1st level parti utk mantapkan parti namun pada masa sama utk kuatkan BN dan kerajaan dalam menghadapi PRU14..

KHAIRY JAMALUDIN adalah seorang anak muda yg baik dan beliau perlu terus memimpin kementerian belia dan sukan. Dengan adanya beliau maka kita berharap, misi BN kepada rakyat akan diteruskan dengan jayanya...

TAPI...kali ini kita juga perlukan transformasi untuk kuatkan agenda Melayu dlm mengharungi arus transformasi. MAKA adalah tidak salah kiranya kekuatan semangat MELAYU ISLAM dlm diri SAUDARA AKHRAMSYAH digunakan untuk memperkuatkan agenda agama dan bangsa tersebut..

Kita biarkan KJ terus sebagai menteri namun kita perlukan AKHRAMSYAH sebagai Ketua PEMUDA UMNO Malaysia.

Percayalah Gabungan mantap AKHRAM dan KJ pasti akan memberi satu kekuatan baru kepada kerajaan BARISAN NASIONAL. di mana AKHRAMSYAH boleh menumpukan pada agenda menguatkan agenda ABATA dan KJ boleh menumpukan diri kepada agenda pembangunan belia secara menyeluruh tanpa mengira bangsa..

Dalam kita berbicara dalam perjuangan bangsa. ..jangan kita lupa bahawa memang telah ditakdirkan bahawa negara juga perlukan lain2 bangsa dlm membangunkan negara dan mengekalkan keharmonian....

Amatlah rugi jika perwakilan meletakkan kepentingan satu pihak sahaja tanpa melihat impact pada tindakan tersebut..amatlah RUGI jika kebolehan dan individu seperti KJ dan AKHRAM dipecahkan...mereka amat diperlukan oleh UMNO dan BN...

Maka satu langkah drastic perlu di putuskan oleh perwakilan pada 12hb nanti..
KITA PERLUKAN TENAGA MEREKA...demi kebaikan AGAMA BANGSA dan NEGARA untuk jangka masa panjang..

Pada PPM yang penting ABATA dalam BN ketika kita dalam tempoh siap siaga PRU14..

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.