Mat Sabu bukan sahaja tewas di Parlimen Pendang dengan undi 2638, hingga menyalahkan pengundi hantu Thai. Tetapi kali Mat Sabu lebih teruk kalah dari kalangan pengundi PAS sendiri hingga sekarang masih gagal mendapat sebarang pencalonan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden kecuali setakat yang berjaya dicalon adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Apa sudah jadi? Mungkin ini kerana pengundi hantu juga kot?
Tetapi Mat Sabu sebagai hamba setia Ambiga, JENTERA utama BERSIH mana mungkin tidak dicalonkan. Kerana tanpa Mat Sabu terkulai layulah golongan profesional walaupun Mat Sabu setakat SPM, Tetapi itu tidaklah menjadi masalah kerana Anwarinas adalah teras kekuatan Mat Sabu.
Hakikatnya apa yang dimahukan golongan ini lebih kepada mencari sokongan bukan melayu islam dan dicampur saki baki penyokong tegar melayu, untuk menguatkan Pakatan. Sebab corak kempen mereka sering mengabaikan prinsip perjuangan islam.
Setiap perjuangan mesti ada pengorbanan tetapi pengorbanan perjuangan sandangan Mat Sabu melangkaui Agama Bangsa dan Negara. Itulah cagaran Mat Sabu sebagai mufti kesetian kepada DAP yang seiring langkah perjalanan dengan Anwar.
Sebab itu adalah mustahil Mat Sabu disangkal dan dinafikan dari jawatan Timbalan Presiden. Mesti bakal ada kejutan ajaib dari Anwarinas yang bakal mengatur warna-warni PAS dari hijau putih berbayang biru merah.
Tetapi mungkin juga khidmat Mat Sabu tidak laku lagi sebab kekalahan pasca PRU13 lepas, yang mana dengan kelayakan Tuan Ibrahim mendapat empat pencalonan dan Mahfuz Omar tiga pencalonan, mungkin sebagai alternatif baru bakal mewarnai peranan tok dalang bernama Anwarinas di level Timbalan Presiden PAS.
Apa jua calon yang naik, keutamaan tetap kepada calon boneka Anwarinas.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.