Semakin haru-biru keritikan mantan calon Perdana Menteri ke-7 Malaysia. Anwar sanggup pamerkan kebodohan yang ada pada dirinya, semata-mata terlampau marah kepada Khalid Ibrahim.
Yang menyedihkan Anwar juga sanggup mengutuk sesama ahli dalam PKR lebih bodoh berbanding ahli DAP. Adakah ini berlaku kepada Anwar demi hanya untuk menunjukan taat setia kepada DAP.
Apa yang sudah terjadi kepada Anwar sebenarnya?
Sekali pandang, Anwar kelihatan cukup profesional dan terbuka mengkritik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi kerajaan negeri itu, walhal ia gagal dalam membelanjakannya dengan baik.
Sebelum ini Anwar juga pernah menghantar Saifudin Nasution Ismail untuk pulihkan keadaan apatah Anwar bukanlah suka sangat dengan Khalib. Tetapi 2x5 juga masalah semakin teruk adalah!
Bila Anwar menggambarkan cara kendalian Lim Guan Eng lebih baik berbanding Khalid yang merupakan menteri kesayangan Wan Azizah. Tentulah ada banyak benda yang menjadi misteri? Laki bini serumah berbeza kem?
Yang menjadi soal pokoknya sekarang layakkah orang seperti Anwar menjadi Perdana Menteri apabila caranya mengutuk-ngutuk MB Selangor gagal mengurus kewangan negeri secara bertanggungjawap, ketika dirinya sendiri terlupa yang siapakah Penasihat Ekonomi Selangor? Anwar lah Penasihat Ekonomi Selangor yang kononnya hanya bergaji RM2. Cuba kita terlitikan adakah gaji RM2 atau mentaliti RM2?
Jika difikirkan betul-betul apa yang Anwar hebah-hebahkan, adakah ini pendedahan tentang Khalid gagal atau Anwar mendedahkah dirinya gagal menasihat Khalid mentabir negeri?.
Ketika Anwar cukup lancang mengutuk dan mendesak Khalib mencontohi Lim Guan Eng seperti kenyataan di bawah ini:
"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.
"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini."Apa yang lebih penting ialah pengurusan cekap, kita mahukan perubahan jentera perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam kerana masih banyak aduan orang ramai dan itu yang kita mahu atasi," katanya dalam forum laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi. baca sepenuhnya dipautan sumber ini
Pernahkah Anwar terfikir tentang soal "Apakah gunanya Anwar menjadi Penasihat Ekonomi kepada Khalib?"
Cara Anwar memperburukan Khalid seolah-olah patut berguru dengan Lim Guan Eng sebenarnya Anwar terdedahkan yang dirinya sendiri harus berguru balik dengan Lim Guan Eng.
Ini suatu yang cukup memalukan buat sesseorang yang bernama Anwar Ibrahim, yang sepatutnya Anwar lah yang lebih hebat dari Lim Guan Eng!
Ini bukan satu sindiran kosong, ini adalah fakta yang semua orang tahu, yang Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Dr Mahathir.
SEPATUTNYA ANWAR LEBIH HEBAT MEMBENTUK KHALID DAN KHALID SEPATUTNYA MENCONTOHI ANWAR BUKANYA MENCONTOHI LIM GUAN ENG.
Melihat kepada pengalaman Lim Guan Eng masih baru diawal penggal kedua mentabir negeri Pulau Pinang berbanding Anwar mentabir ekonomi Negara Malaysia yang lebih besar dan mencabar.
Pembandingan peranan dan pengalaman antara Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kenapakah Khalid harus mencontohi Lim Guan Eng dan bukan mencontohi Anwar Ibrahim?
Bukankah selama ini Anwar mengaku dirinya cukup hebat tentang ekonomi negara hingga bergitu berbangga untuk bentangkan bajet 2014 PR lebih awal dari Datuk Sri Najib.
Dan kesimpulannya Anwar mahu mengajar Najib bagaimana untuk uruskan ekonomi dan kewangan negara! tetapi pada masa yang sama Anwar gagal mengajar Khalib urus ekonomi dan kewangan negeri? Lucu bukan?
Sedarkah Anwar ketika dirinya mengutuk-ngutuk Khalib Ibrahim sebenarnya Anwar telah nendedahkan dirinya paling jahil ilmu mengendali ekonomi mahupun kewangan. Malu betul wujud Ketua Pembangkang yang terang-terang terserlah kebodohannya.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.