Saturday, 12 October 2013

Keputusan Perhimpunan Agung Tri Tahunan Ke-13 PBB Terdedah Lebih Awal

Keputusan Perhimpunan Agung Tri Tahunan Ke-13 kelihatan menunjukan keputusan lebih awal walaupun ianya akan bermula pada 18 Oktober 2013. Sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan telah mendapat keputusan siapa yang menyandangnya.

1. Keluarga Tan Sri Alfred Jabu Numpang terus diberi kepercayaan akar umbi dengan Isterinya Datuk Seri Empiang Jabu dan anaknya Gerald Rentap Jabu masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita PBB dan Timbalan Ketua Pemuda PBB

2. Ketua Pemuda PBB terus kekal disandang Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof tanpa bertanding.

3. Datuk Fatimah Abdullah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita PBB.

4. 3 jawatan Naib Ketua Wanita PBB turut dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Rohani Abdul Karim, Senator Datuk Dayang Madinah Abang Openg dan Datin Catherine Gramong (Pesaka)

Setakat ini yang masih dalam pertandingan adalah 2 jawatan dalam Pesaka menjadi rebutan 4 calon iaitu Stanley Sila, Henrt Kilau Talek, Bell Bernard Aggan dan Dennis Ngau.

Mankala pertandingan Majlis Tertinggi Pemuda untuk Bumiputera menawarkan 8 jawatan menjadi rebutan 20 calon, serta 19 calon merebut 7 jawatan bagi Pesaka.

Semoga Perhimpunan kali ini berjalan dengan sebaik-baiknya dan tahniah kepada mereka yang  telah berjaya.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.