PPM amat tertarik sebuah cerita yang disampaikan oleh seorang kawan, mengenai konflik dalaman dan keberanian seorang Ketua Pemuda UMNO berundur demi mengeratkan perpaduan dalam parti diketika pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Rasah Negeri Sembilan. Mari kita amati masej yang tersirat dalam cerita dibawah ini...
Semasa ucapan terakhir beliau sebagai ketua pemuda Bhg Rasah selama 2 penggal, penulis tertarik kepada satu perkara iaitu bagaimana ada blogger yg menghentam beliau dgn teruk sekali sedangkan beliau tidak mengenali blogger tersebut.
Terpaku penulis apabila Saudara Helmy Din bertanya ; "Apa salah saya pada Tepak Bersulam.? Kenapa sebegitu dendam kepada saya?
Saya mohon untuk berjumpa Tepak Bersulam untuk memohon maaf andai ada silap saya pada beliau...Adakah kerana saya menegur pemimpin maka saya dilayan sebegini..?
Salahkah saya bersuara atas tanggungjawab saya sebagai K. Pemuda dengan menyampai suara pemuda kepada pihak yang lebih tinggi dari saya..?
Tahniah kepada Saudara Helmy Din atas keikhlasan beliau dalam perjuangan dan selama 2 penggal sebagai k.pemuda umno bahagian Rasah merangkap Ketua Pemuda Umno Negeri berbagai kejayaan telah dikecapi di antaranya adalah membantu kemenangan BN dalan PRK Bagan Pinang yg lepas.
Pemimpin yang baik hanya di rasakan kehilangannya apabila beliau mengundur diri...Teruskan Berjuang Saudara Helmi Din Demi agama bangsa dan negara..
Sebelum menutup beliau memohon maaf kepada seluruh ahli ahli pemuda negeri sembilan khususnya Pemuda Bahagian Rasah sekiranya sebarang silap yg beliau lakukan..jua beliau dgn sepenuh ikhlas menyampaikan bahawa beliau memaafkan semua kesalahan ahli2 kepada beliau sekiranya ada..dan beliu memohon izin mengundur diri dengan memberi penuh komitmen utk terus berjuang bersama kepimpinan yg terpilih tanpa sebarang dendam dan niat lain semata demi utk Umno dan negara..
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.