Sunday, 13 October 2013

Pertanda Awal Lim Guan Eng Cukup Terkilan Dengan Najib Razak.

Lim Guan Eng kali ini cukup terkilan dan sudah pasti cukup malu bila melihat kemampuan Najib Tun Razak dengan banggannya telah membuktikan UMNO lebih hebat berbanding DAP yang cukup misteri sepertiyang tertera pada pautan ini.

Kemampuan UMNO mengatasi DAP bukanlah fantasi tetapi telah dibuktikan semasa PAU13 dengan pemulaan pemilihan ketiga-tiga sayap parti itu, cukup "berbaloi" mengatasi CEC DAP.

Ini kerana para perwakilan dan kepimpinan UMNO berjaya melalui ujian transformasi pertama parti itu dengan cemerlang tanpa berlaku rungut-rungut tak berkesudahan seperti CEC DAP.

Walaupun jawatankuasa pemilihan parti menghadapi sedikit masalah teknikal sepanjang proses berjalan, namun ia akan menjadi panduan berguna menjelang pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno, Sabtu depan. Malah jika dibandingkan dengan CEC DAP ternyata kejayaan PAU cukup gemilang.

Didalam PAU13 hakikatnya tiada siapa dikecualikan untuk bertanding asalkan memenuhi syarat malah tiada siapapun di kecualikan dari mengundi. Berbanding CEC DAP yang 33% pewakilannya dinafikan hak untuk hadir dan mengundi. Malah dalam CEC DAP ada dua golongan layak mengundi dan tidak layak mengundi.

Berbanding dengan UMNO menyediakan persiapan logitik, beri latihan dan panduan menjadikan pemilihan kali ini mencabar sekali dan 'berbaloi'. Seramai 33,012; bilangan kertas undi, untuk wanita 110,000; Pemuda 87,000; Puteri 50,000 dan pusat mengundi 572 pusat menundi. Ini membuktikan Umno mendahului semangat demokrasi yang terbuka dan kedepan sekali.

Walaupun insiden di Gua Musang apabila seorang perwakilan dari cawangan Paloh bertindak menghempas mikrofon ke lantai.

Namun tidaklah menghalang parti itu daripada menjalankan transformasi parti yang bermula pada Perhimpunan Agung Umno 2009 selepas perlembagaan parti dipinda dengan tujuan parti perikatan itu benar-benar ditunjangi denga sifat demokrasi terbuka. 

Yang pasti puak-puak Pakatan tidak akan berdiam untuk mencari jalan memutar demi menggambarkan CEC DAP lebih baik. Tunggu dan lihat apa permainan mereka kali ini. Soal ini bakal membuat Lim Guan Eng lebih termalu pada sabtu depan.


1 comment:

  1. Ada macai2 DAP nak jawap ke ni.
    Siapa kasi tarik itu 17 olang pencalonan dan siapa kasi sorok itu 845 olang perwakilan. Ini macam demo punya krasi ka. Pegi la lu.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.