Ramai yang terkejut dengan cara persiapan Anwar Ibrahim untuk hadapi PRU14 kali ini jauh berbeza malah membibit-bibit perasaan mengcurigakan. Anwar lebih kelihatan mendiam diri dari politik seolah-olah dia menghadapi sesuatu masalah yang kronik tanpa siapa dapat mendugakannya.
Dari mana datangnya masalah hingga mendesak dirinya perlu membuat perubahan?
Kenapa wajah-wajah unik perlu disembunyikan dengan penampilan baru?
Untuk apa dan untuk siapakah, dia harus berubah wajah?
Ini adalah 3 bentuk persoalan yang bermain dikalangan masyarakat tidak kiralah samada dari BN, PR atau Atas Pagar.
Tetapi semua barisan kawan-kawan Anwar yang berada disekeling juga tertanya-tanya malah tidak keterlaluan terasa janggal dengan penampilannya kali ini.
Biasanya menjadi kebiasaan masyarakat islam akan memilih ke mekah samada untuk umrah atau haji sambil mengambil angin muhasabah diri. Tidak kurang ramainya yang pulang dengan azam dan peribadi baru.
Tetapi ianya berbeza untuk Anwar setelah kekecewaan PRU13 hingga meracau dengan undi popular tidak tentu hala. Kemudian senyap seketika dan tampil ke padangan umum dengan penampilan wajah baru. Hanya wajah tetapi peribadi belum ada perbezaannya.
Adakah ini perubahan yang difikirkan oleh Anwar semasa menyepi seketika dan apa motifnya?
Rasa-rasanya Zulkifli Nordin, Ezam Nor dan sudah pasti ahli keluarganya sendiri, tentu ada cerita dan pandangan sendiri?
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.