Walau sejuta kali sekalipun Pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP diadakan semula, keputusannya tetap sama… tiada orang Melayu dan tetap parti anak beranak yang menguasai, demikian kata bekas Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula CEC yang berlangsung pada 29 September lalu.
Jelas beliau lagi, pegangan dan perjuangan DAP sebenarnya sudah cukup jelas dan terbukti bahawa mereka adalah sebuah parti cauvinis yang tidak mungkin berlaku adil dan telus.
“Sekiranya mereka sering menuding jari menuduh UMNO tidak telus dan korup, kita lihat pula parti mereka dengan bukti terbaru pemilihan semula CEC ini… Di manakah letaknya telus dan kejujuran mereka?
“Sejak dari dahulu parti ini dikuasai oleh Kit Siang dan Karpal anak beranak. Parti lain telah bersilih ganti pemimpinnya namun mereka masih sama malah tiada orang Melayu yang mampu untuk berada di dalam atasan DAP.
“Bagi mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan keadilan khususnya orang Melayu, berada di dalam DAP adalah satu kesilapan besar dan ianya tidak akan mampu untuk mengubah sebarang perkara walau sebesar hama,” jelasnya lagi kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, keputusan pemilihan semula CEC ini telah menggambarkan dengan jelas bahawa tiada orang Melayu yang boleh bertapak di dalam DAP dan tidak akan ada individu yang boleh menggugat kedudukan anak beranak hakiki ini walaupun keputusan undi mereka merosot.
Jelas beliau keputusan undi tidak akan memberi impak kepada mereka kerana kedudukan mereka telah diaturkan.
“Pemilihan CEC ini hanyalah satu wayang untuk mengaburi mata orang ramai tetapi pada dasarnya siapa yang patut berada di jawatan apa telah ditentukan. Ianya tidak akan boleh diubah.
“Sebab itu saya tekankan walau sejuta kali pemilihan CEC ini diadakan ianya tidak akan membawa sebarang erti kerana keputusannya akan tetap sama,” ujarnya lagi.
Jadi tegasnya benarlah yang diperkatakan bahawa nilai orang Melayu dalam DAP hanyalah 50 sen… – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.