Thursday, 31 October 2013

Video Kebodohan Pengacara Islam Menghina Menyindir Khalimah Allah Dan Keputusan Makamah

Negara kita memang mempunyai hak kebebasan bersuara, tetapi wajarkah kebebasan kita itu dipergunakan untuk mencetuskan sentiviti agama? Penerbit video Allah Apa Lagi, cukup seronok bermain isu panas dengan agenda mereka sendiri tanpa memikirkan impak dan sentiviti orang-orang islam.

Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak hari ini membuat laporan polis terhadap satu klip video bertajuk That Effing Show #95: Allah, Apa lagi? di laman YouTube yang memaparkan unsur sindiran terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah pada 14 Oktober lalu.

Dari segi bahasa memanglah nampak tidak salah tentang perkataan "Allah" tetapi orang islam yang menjadi jurucakap dalam video tersebut tahukah tentang agenda tersembunyi ini dan apa ertinya:
  • Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.

  • Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;

  • Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;

  • Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;

  • Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;

  • Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;

  • Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;

  • Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;

  • Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;

  • Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;

  • Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;

  • Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;

  • Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;

  • Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, SebabAllah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;

  • Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapaengkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor
Rujuk sini untuk mengetahui persolan secara terperinci dan dalam masa yang sama pengacara islam dalam video ini ada menyebut "Apa hendak takut islam agama resmi" tetapi tahukah mamat ini, ketika ini ada agenda sulit tuntutan NGO COMANGO yang berusaha keras menghapuskan atau melucutkan status Islam Agama Resmi baca pautan ini untuk lebih lanjut

Pendek kata kalau kita bercakap dari pengertian bahasa memang tidak salah tetapi jika kita teliti dari sudut gerakan halus dan agenda sulit anada rasa ini wajar dipermain-main dan disindir-sindir sesuka hati?



2 comments:

  1. Puak-puak ni, kalau kita terang macamana pun tak akan paham. Mungkin Allah dah tutupkan pintu hidayah kepada mereka-mereka ini

    Satu-satunya cara untuk menyedarkan mereka-mereka ini adalah dengan berdoa kepada Allah semoga dibukakan pintu hati mereka untuk melihat kebenaran.

    Kalau mereka masih mahu kekal di dalam kemaksiatan kepada Allah, semoga Allah hapuskan kebathilan ini agar Agama Allah terselamat ....

    ReplyDelete
  2. Melayu Islam murahan yang segala benda nak diberi kepada orang kafir memang santapan orang kafir. Umpama tahi yang dihurungi lalat. Agenda kafirun hendak guna pendekatan kontekstual untuk memurtadkan umat Islam telah sampai ke negara kita.Malangnya umat Islam Malaysia berbalah yg kemuncaknya pemimpin parti Islam dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Org kafir dijadikan saudara. Ini punca kesesatan dan penarikan hidayah mereka

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.